CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 9

kreativiti seorang usahawan

[Copy link]
Post time 16-12-2009 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Budu dalam bentuk debufisal ahmad bersama-sama produk Debudu yang mudah dibawa ke mana-mana.BERCERITA mengenai masakan tradisional, tidak boleh ketepikan budu - sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan. Budu merupakan produk yang dihasilkan daripada ikan bilis dan garam yang diperam memberikan rasa dan bau yang unik.Biasanya budu digunakan sebagai pencicah yang dimakan bersama-sama ulam serta nasi dan lauk-pauk.Budu mempunyai semua asid amino dan tinggi dengan kadar lysine selain vitamin serta garam galian yang berguna.Makanan ini juga merupakan sumber terbaik bagi Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.Budu juga mempunyai kandungan garam yang tinggi yang menghalang pengguna mengambilnya dalam kuantiti yang tinggi.Bagaimanapun dengan kepentingan nutrisi tetapi pengeluaran yang terhad boleh membantutkan usaha untuk mengkomersialkan produk berkenaan.Justeru Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalankan kajian menghasilkan budu dalam bentuk serbuk atau dinamakan debudu.Pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, Fisal Ahmad mendapat idea menghasilkan debudu apabila sukar membawa budu menaiki pesawat."Budu yang merupakan makanan berkhasiat sepatutnya mudah dibawa ke mana saja selain senang disajikan."Botol budu yang dibawa menaiki pesawat biasanya mudah pecah akibat proses penapaian," katanya semasa ditemui di pameran Pecipta 2009 di Kuala Lumpur baru-baru ini.Justeru beliau menghasilkan debudu yang merupakan produk unik - merupakan budu yang dikeringkan ."Produk baru ini boleh ditambah dengan beberapa bahan lain seperti cili, asam limau selain pembungkusan serta pengurusan yang mudah dan menarik," katanya.Debudu merupakan kaedah terbaik untuk menangani masalah bekalan yang terhad selain meluaskan penggunaannya di masa depan.Fisal menambah, apabila budu dikeringkan, ia tidak menghilangkan khasiatnya dalam bentuk Debudu.Beliau berkata, buat masa ini pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan pengeluar budu terbesar bagi menjalankan kajian menghasilkan debudu."Bedubu boleh didapati dengan dua perisa iaitu asli dan campuran cili, limau dan bawang dan hanya perlu ditambah air apabila dihidangkan," katanya.Debudu yang telah dibungkus menarik, jelas Fisal sesuai dijadikan cenderahati kerana kering, mudah dibawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 08:03 AM | Show all posts
ko tak reti nk buat perenggan keeee?
berpinau mata nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 11:21 AM | Show all posts
budu tk pernah bawak naik pesawat...takut meletup.
tempoyak pernah 3 kg sekali bawak alhamdulillah selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 11:46 PM | Show all posts
aku tunggu dePoyak and deCalok plak..
senang nak bawak travel...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:43 AM | Show all posts
cite pasal budu je ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:13 PM | Show all posts
ko tak reti nk buat perenggan keeee?
berpinau mata nk baca
fariepari Post at 16-12-2009 08:03

aku baca baris pertama je...

takut rosak mata...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 03:22 PM | Show all posts
aku baca baris pertama je...

takut rosak mata...
zaidi_MZZ Post at 17-12-2009 15:13


sama lah....kontek lens aku dah lari dr anak mata dah nie...berpinau2 :kant:


BTW, takde ke pengusaha budu nak buat budu dalam bentuk serbuk ye?
sbb adik aku nak bawak balik ke jepon dah tak boleh sbb cecair.....
so i'm thinking of budu dalam bentuk serbuk. just tambah budu serbuk dengan air bila nak makan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 05:10 PM | Show all posts
7# azie_fariza

nampak sangat tak baca....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 09:07 AM | Show all posts
cite pasal budu je ke...?
izasec Post at 17-12-2009 02:43


bukan budulah apa lah ko ni

tak baca habis ke

dia cerita pasal tompoyak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:16 AM | Show all posts
7# azie_fariza

nampak sangat tak baca....
aarie Post at 17-12-2009 17:10


haha, tu la..kan aku dah kantoi....kene baca la pasnie, baru tak lari topik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.195882 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list