Baru2 ni aku ada tengok filem Setem..yup ketika ia keluar pawagam dulu aku takde keinginan utk tengok (ada tu ada tapi taknak menangung risiko - takut membazir RM12)..bile dah keluar Astro Box Office baru lah aku tengok..dan ternyata ia adalah satu kesilapan yg amat besar tidak menonton filem ini di pawagam kat Pavilion..
Oleh kerana kebagusan filem ni..membuatkan aku terfikir akan soalan ini...iaitu dalam tempoh dari tahun 1999 hingga penghujung 2009 ni..filem Malaysia apa..yg terbaik pernah di hasilkan? Aku pilih 1999 sebab sejak tahun 1999 aku jarang miss utk menonton filem2 Msia...lagipun sejak tahun 1999 filem Msia sudah masuk ke satu gelombang baru bermula dari filem Senario The Movie (1999)..
Bagi aku filem terbaik pernah di hasilkan oleh penerbit dan pengarah Malaysia dlm tempoh itu ialah
1) Setem
2) Buli
anyway..aku tak rasa filem2 Yasmin Ahmad yg bagi aku tidak betul2 menampakkan kehidupan lazim rakyat Msia (org Malay yg takde la dlm golongan high class cakap BI + BM berselang-seli) selaku filem terbaik...please la...
Syukur 21... terlalu ramai pelakon kaku. tak dapat nak hayati cerita dier... too distracted by their poor performance
Ha_Neul Post at 18/12/2009 07:04 PM
iols suke syukur 21..sebab konsep dan jalan citer nya masa itu yg fresh..first Islamic movie kat mesia kan..pasal lakonan kayu kayan tu iols redha jek