View: 1749|Reply: 1
|
100 tak bayar cukai RM320.7j
[Copy link]
|
|
100 tak bayar cukai RM320.7j Laporan Anwar Hussin, Faiza Zainuddin dan Zanariah Abd Mutalib
[email protected] KUALALUMPUR: Seramai 100 individu dikenal pasti berhutang cukai pendapatanperseorangan terbanyak membabitkan jumlah RM320.7 juta.
Individu terbabit dari 12 negeri termasuk Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan kini pada pelbagai peringkat tindakan termasuk guamansivil, surat pemberitahuan tindakan guaman sivil, sekatan perjalanan keluar negeri, isytihar bankrap dan gagal dikesan, persetujuan membayaransuran, diberi surat tuntutan baki terhutang dan penalti lewat bayar.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapanbertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berkata seorangindividu dari Pulau Pinang mencatat jumlah tunggakan cukai palingtinggi sebanyak RM36.1 juta, diikuti seorang individu dari Sarawak(RM20.6 juta) dan Kuala Lumpur (RM19 juta).
Kuala Lumpur mencatat jumlah individu paling ramai tidak membayar cukaidengan jumlah cukai tertunggak sebanyak RM142 juta, diikuti Sarawak(RM55 juta), Pulau Pinang (RM52 juta), Selangor (RM28 juta) , Johor(RM25 juta), Sabah (RM8 juta), Melaka (RM4 juta), Pahang (RM2.7 juta),Kedah (RM1.2 juta), Negeri Sembilan (RM1.1 juta) dan masing-masing RM1juta bagi Perak dan Perlis.
Lim dalam soalannya mahu kementerian menyatakan senarai 100individu yang berhutang cukai pendapatan perseorangan terbanyak setakatSeptember 2009 tanpa menyatakan nama tetapi jumlah yang tertunggak,bangsa, negeri dan tindakan yang diambil terhadap setiap individuterbabit.
huhu.......siapa ada nama,pi la bayarrrrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|