View: 2125|Reply: 2
|
Peniaga dakwa tertindas
[Copy link]
|
|
Peniaga dakwa tertindasOleh rasmi [email protected]. Hafizan Ramli baru-baru ini menunjukkan sambungan elektrik ke kedainya dari premis bersebelahan setelah pihak pengurusan mencabut fius utama elektrik.SHAH ALAM 17 Dis. – Beberapa peniaga di pusat beli-belah Anggerik Mall di sini mendakwa perniagaan mereka semakin tenat dan pihak pengurusan baru bangunan tersebut seperti menindas dan tidak memperjuangkan nasib mereka.Mereka mendakwa teraniaya apabila terdapat percanggahan kehendak peniaga dan juga pihak pengurusan, tidak ada kerjasama serta persefahaman antara kedua-duanya.Ini menyebabkan wujud persengketaan dan salah faham antara mereka sehingga menjejaskan pendapatan peniaga.Seorang peniaga, Mohd. Hafizan Ramli ketika ditemui melahirkan rasa kesal terhadap pihak pengurusan kerana telah mencabut fius utama pengaliran elektrik ke kedainya atas alasan beliau mempunyai tunggakan sewa bulanan selama empat bulan.Mohd. Hafizan, yang menjalankan perniagaan percetakan dan pengiklanan berkata, pihak pengurusan tidak memberikan sebarang notis akan mengambil tindakan tersebut dan hanya menerima empat notis yang mengarahkan beliau menjelaskan tunggakan.Apa yang menyedihkan katanya ialah apabila pihak pengurusan mencabut fius berkenaan serta-merta tanpa memberitahunya terlebih dahulu sehingga menyebabkan banyak peralatan perniagaannya rosak akibat tindakan drastik itu.“Saya mengaku tidak membayar sewa bulanan selama empat bulan yang berjumlah RM1,680 kerana mengalami masalah kewangan kerana masih banyak pelanggan belum menjelaskan hutang mereka.“Bukan saya tidak menerangkan masalah tersebut kepada pihak pengurusan dan memberikan dua cek kosong bagi membuktikan saya akan menjelaskan bayaran sewa setelah menerima bayaran daripada pelanggan tetapi mereka seperti tidak mengendahkan penjelasan itu,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.Mohd. Hafizan juga memberitahu, tindakan pihak pengurusan itu menyebabkan banyak kerjanya tertangguh sehingga ada pelanggannya yang mula membatalkan tempahan kerana dia tidak boleh menyiapkan tempahan pada waktu yang ditetapkan.Katanya, akibat kejadian itu beliau terpaksa menanggung kerugian hampir RM25,000 kerana sudah seminggu premis perniagaanya tidak mempunyai bekalan elektrik dan dia terpaksa meminta belas ihsan premis bersebelahan untuk menyambung aliran elektrik ke kedainya.Ujarnya, dia juga sudah membuat laporan polis Isnin lalu kerana pihak pengurusan tidak ada hak untuk mencabut suis tersebut kerana ia didaftar atas nama persendirian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Tambahnya, sekiranya perkara tersebut berlarutan bagaimana caranya dia dapat menjelaskan dengan segera tunggakan bayaran sewa tersebut kerana tindakan tersebut menyebabkan beliau semakin terhimpit.Seorang lagi peniaga, Wan Yusof Wan Abu Bakar yang merupakan pemilik cawangan restoran ketika ditemui berkata, dia pula kesal dengan masalah operasi yang singkat menyebabkan gerainya tidak dapat menarik minat pelanggan.Dia mendakwa, pihak pengurusan menetapkan masa perniagaan hanya dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan jadual operasi itu menyukarkannya mencapai sasaran perniagaan yang baru mula menempah nama di situ.“Lagipun pengunjung yang datang tidak menentu, kadangkala ada yang datang lewat malam kerana waktu itu sahaja mereka mempunyai masa lapang untuk mencuba hidangan kami.“Sudah tentu mereka juga akan keluar lewat dari restoran ini, tidak mungkin sebagai seorang peniaga saya hendak menghalau pelanggan tersebut dengan menyatakan waktu operasi telah tamat, ini akan merugikan saya juga,” ujarnya.Katanya, dia faham dengan masalah pihak pengurusan yang ingin menjaga keselamatan bangunan tersebut tetapi mereka juga seharusnya faham dengan situasinya yang sudah membelanjakan hampir RM800,000 untuk merealisasikan impiannya memiliki restoran contoh kepada peniaga bumiputera yang ingin menjalankan perniagaan yang sama.Wan Yusof juga melahirkan kekesalannya apabila pihak pengurusan menurunkan kain rentang yang mempromosikan restorannya dengan alasan ia tidak mengikut spesifikasi yang betul.Beliau juga bingung dengan tindakan tersebut kerana pihak pengurusan tidak pernah mengeluarkan garis panduan yang betul untuk melakukan promosi di situ.Ujarnya, tujuan menggantung kain rentang di situ juga bukan sahaja untuk mempromosikan restorannya tetapi sekali gus memperkenalkan Anggerik Mall kepada orang ramai kerana pusat beli-belah itu semakin hari semakin suram tanpa ada usaha promosi dijalankan oleh pihak pengurusan.Tambahnya, sekiranya masalah-masalah peniaga di situ tidak diselesaikan dengan segera oleh pihak pengurusan kemungkinan besar peniaga-peniaga akan gulung tikar dan menyebabkan peniaga bumiputera tidak boleh bersaing dengan peniaga bangsa lain.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM), Abdul Rahman Ismail berkata, sebagai orang yang bertanggungjawab memperjuangkan nasib peniaga di situ pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu mereka agar perniagaan boleh terus beroperasi.Abdul Rahman berkata, dia telah menerima beberapa aduan daripada peniaga menyatakan fius utama pengaliran elektrik mereka dicabut tanpa ada notis pemberitahuan oleh pihak pengurusan bangunan.Katanya, dia sudah menghantar surat kepada TNB Selangor berhubung kejadian berkenaan dan masih menunggu jawapan daripada mereka.“PUAM juga akan mengedarkan borang kaji selidik kepada semua peniaga di sini dalam bulan ini bagi mengetahui penerimaan mereka terhadap pihak pengurusan sedia ada.“Sekiranya hasil daripada kajian itu menyatakan kebanyakan peniaga tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Anggerik Mall, PUAM akan menghantar satu surat bantahan kepada pihak yang bertanggungjawab,” tegasnya.Ujarnya, PUAM bertindak atas matlamat menjaga kebajikan peniaga dan membantu menyelesaikan masalah pengguna serta berharap pihak pengurusan bersikap profesional. |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak pengurusan sudah beri notis
SHAH ALAM 17 Dis. - Pihak Pengurusan Anggerik Mall menafikan pihaknya menganiaya dan menindas beberapa peniaga di situ. Mereka juga menafikan telah mencabut fius aliran elektrik utama tanpa notis dan menghalang peniaga beroperasi lebih masa.
Pengurus Operasi Pengurusan Anggerik Mall, Syed Mazlan Syed Alang Ghafar berkata, tindakan mencabut fius itu diambil sebagai tanda amaran kepada peniaga yang gagal menjelaskan sewa bulanan sehingga tertunggak selama empat bulan dan setakat ini tiga hingga empat orang sudah diambil tindakan sedemikian.
Menurut beliau, sebelum pihaknya mengambil alih pengurusan di situ kebanyakan peniaga sudah mendapat enam bulan kelonggaran pembayaran sewa bulanan tetapi sehingga kini hampir 70 peratus peniaga yang mempunyai tunggakan sewa bulanan.
"Sekiranya perkara ini berlarutan pihak kami akan mengalami kerugian kerana setiap bulan kami terpaksa membelanjakan hampir RM50,000 untuk kos penyenggaraan bangunan, bayaran sewa pekerja dan bayaran gaji pengawal keselamatan.
"Kami juga terpaksa menanggung beban hampir RM70,000 sebulan akibat peniaga tidak mahu membayar sewa bulanan kedai masing-masing," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Anggerik Mall di sini hari ini.
Ujarnya, pihaknya juga sudah mengeluarkan beberapa notis peringatan kepada peniaga yang masih mempunyai tunggakan sewa namun sehingga kini masih ramai antara mereka yang tidak mengendahkan amaran tersebut.
Tegasnya, apabila pihak pengurusan mengambil tindakan drastik dengan mencabut fius aliran elektrik ke kedai mereka barulah peniaga mula mempersoalkan tindakan tersebut dan mula menyalahkan pihak pengurusan.
Katanya, sekiranya peniaga berbincang dengan pihak pengurusan masalah yang dialami mereka tidak akan berlaku dan tidak wujud salah faham antara kedua-duanya.
Peniaga, ujarnya, hanya tahu menuding jari menyalahkan pihak pengurusan tetapi mereka juga perlu tahu masalah yang dihadapi pihaknya sekiranya para peniaga di situ terus-terusan tidak membayar sewa bulanan dan tidak melangsaikan hutang tertunggak.
Tambahnya, peniaga di situ juga tidak mahu memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan mengakibatkan wujud salah faham antara kedua-dua mereka.
"Contohnya pihak kami telah mengeluarkan satu surat perjanjian baru sejak Oktober lalu tetapi sehingga kini hampir 70 peratus daripada peniaga masih tidak menandatangani perjanjian tersebut.
"Sekiranya perkara itu berlaku apa yang boleh kami lakukan untuk kebaikan bersama sedangkan peniaga sendiri tidak mahu memberikan kerjasama," tegasnya.
Syed Mazlan berkata, pada mesyuarat pertama pengurusan dan peniaga berlangsung, pihak pengurusan menawarkan masa operasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam tetapi peniaga sendiri mengatakan mereka tidak mampu beroperasi sepanjang tempoh itu dan pihaknya membuat keputusan masa operasi bermula pukul 10 pagi hingga 8.30 malam sahaja.
Ketika itu ujarnya, Pengerusi Pengerusi Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM) Abdul Rahman Ismail sendiri bersetuju dengan masa tersebut dan telah menurunkan tandatangan tanda persetujuannya.
Syed Mazlan memberitahu bahawa pihaknya juga tidak memaksa peniaga untuk menutup kedai dan jika mahu lewat daripada masa beroperasi, pihaknya membenarkan restoran hanya membuka pintu luar dan menutup pintu dalam kompleks kerana bimbang masalah kecurian berlaku.
Tambahnya, pihak pengurusan itu juga kini giat mempromosikan kompleks dengan menawarkan aktiviti pusat pelancongan dan mempromosikan Anggerik Mall menerusi media elektronik dan menjalankan program ekspo barangan.
Selain itu, pihaknya juga sedang dalam proses membuat penstrukturan semula promosi dengan menyediakan tempat yang sesuai untuk mengantung kain rentang bagi mempromosikan kedai masing-masing secara teratur.
"Jika kita lihat di TV3 kini pada penghujung sebuah rancangan realiti televisyen, tertera penghargaan kepada Anggerik Mall dan pihak pengurusan juga memikirkan alternatif mengangkat nama kompleks ini dengan mengundang peniaga dari seluruh negeri mempromosikan produk setiap negeri di sini.
"Pengurusan masih baru empat bulan beroperasi dan diharap peniaga dapat memberikan kerjasama kepada pengurusan kerana kami akan menjalankan program promosi secara berperingkat-peringkat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Huzry Fionnawatty Hussein berkata, pihaknya akan memberikan penjelasan lebih terperinci dalam sidang akhbar yang akan diadakan pada Jumaat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg tindas siapa sebenarnya?...
bila orang tak bayar kita... kita marah...
tapi bila kita tak bayar orang... pun kita nak marah jugak ke??..
kata p ramlee : '' donia ini ana yg ponya..... " |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|