|
Surat 'menangis' TEKUN gagal tarik peminjam bayar hutangKUALA LUMPUR 23 Dis. - Ibarat mencurah air di daun keladi.
Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan terhadap 39,576 peminjamTabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang masih liat membayarhutang lapuk berjumlah RM130 juta.
Surat 'menangis' TEKUN yang dihantar kepada peminjam sejak Ogos lalumeminta mereka membayar hutang itu tidak mendapat maklum balas langsung.
Istilah surat 'menangis' digunakan oleh agensi itu untuk merujukkepada surat rayuan yang dihantar kepada peminjam di seluruh negarauntuk menuntut kembali hutang.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul RahimHassan yang kecewa dengan sikap liat peminjam tersebut berkata, agensiitu kini bersedia mengheret peminjam ke mahkamah.
Selain itu katanya, peminjam juga bakal berdepan dengan tindakandisenaraihitamkan yang sekali gus menyukarkan mereka membuat pinjamandaripada institusi kewangan lain.
''Kami sudah hantar surat rayuan menuntut hutang. Tetapi surattersebut tidak mendapat maklum balas daripada mereka. Kita tahu adapeminjam yang mampu tetapi sengaja enggan membayar hutang.
''Kami akan bawa kes mereka ke mahkamah sebagai pengajaran kepadausahawan lain. Selain itu tindakan menyenarai hitam juga akandilakukan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang menyebut kemungkinan para peminjam yang gagalmelunaskan bayaran pinjaman TEKUN disenaraihitamkan.
Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan lain.
Noh dalam laporan akhbar hari ini berkata, beliau akan meminta TEKUNmembincangkan cadangan itu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan CreditTip Off Service (CTOS).
Mengulas lanjut Abdul Rahim berkata, operasi mengutip hutangdiperhebatkan lagi melalui pemantapan jentera agensi tersebut di ibupejabat serta cawangan seluruh negara.
''Mereka yang berhutang dengan TEKUN diminta supaya bertanggungjawab. Janganlah beranggapan hutang dana kerajaan tidak perludibayar,'' katanya.
alahai peminjam tegar.....bayar je laaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mase nk pinjam menangis..nk bayar lagi la..meraung terus..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak no penghutang yg tak bayo... yg pasti suamiku tak masuk senarai ek.. dia utang TEKUN gak, tp dia every month bayor x miss.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lah mempayahkan usahawan lain nk meminjam dengan tekun, tekun ekceli bukan taknak bagi, tp sbb kes macam ni lah.. tau pinjam banyak2, taknak byr, duit buat joli bercuti sana sini, kahwin pasang 2-3.. last2 kecundang, nape laa tekun tak minta gadaian ek.. mcm rumah ke.. tanah ke.. keta ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekun ditubuhkan bantu peniaga kecil cam aku nih..kalu pakai geran,rumah ,emas,harta karun..mampos usahawan Melayu mati kera nak dapat pinjaman...
org dah murah hati bagi pinjaman,liat nak bayar...
Oh Melayu...sampai bila nak layu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Itu le, macamana business nak berkat....dah dapat loan, bukan nak berusaha hingga titisan darah terakhir berniaga. Fail..lps tu tak bayar..duit sapa...duit kerajaan,..duit kerajaan tu duit sapa..? duit rakyat..
So, halal ke berniaga cara ni...?
Yang cemerlang untung pon, for sure, ramai ..dan rasanya mesti ada juga yg tak nak bayar.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerana peel segelintir peminjam yg buat hal macam nilah yg menyusahkan bakal2 peminjam lain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|