View: 6663|Reply: 20
|
koleksi koleksi sejadah berdiri....
[Copy link]
|
|
Rumah Mak
Pagi tadi masa nak siap-siap pergi kerja tetiba I terkejut pasal telefon berbunyi.... Wring wring wring! Skali I tengok, 'Mak Jengka'. Aik, pesal ni telefon I dipagi-pagi hari? I dah saspen. Eh tak ah. Kenapa pulak I nak saspen kalo Mak call I, padahal tiap-tiap pagi pon dia call.. TIAP TIAP HARI OKEY? Jadik, I tak jadik terkejut. Hahahaha.
Dia bagi tau, Cik Yah Mat Misai meninggal. Nama dia Cik Yah, tapi suami dia nama Mat. Tapi pasal dia ada misai tebal jadik la nama dia Mat Misai. Innalillah....
Sedihnya... Teringat dulu masa kecik-kecik I suka datang rumah dia, pasal belakang rumah dia ada kolam. Boleh main buat tanah liat pastu petik kangkung pastu kena pial telinga dengan Mak pasal main kat kolam. Takot nanti jatuh dan mati. Tapi I masih idup sampai sekarang berkat dari kena pial telinga dengan Mak.
Terima kasih Mak!
Okeh. Lepas tu, Mak call balik. Aik? Kali ni I memang pelik. Pesal nak call sampai 2 kali ni..?
The Conversation
Mak : Dik.......!!! Kat dalam bilik Mak, ada sejadah berdiri... Ishk, Mak seram dah ni, naik bulu roma Mak.
Adik (Uwwekkkkkkkk) : Yerker Mak? Ya Allah, macam mana boleh jadik macam tu? Ishk, saspen ni. Lekas call tv3. Nanti Mak glemer masuk tv. Mak nak gelemer tak? Macam mana boleh jadik macam tu?
Mak : Ishk budak ni, main-main pulak. Pagi tadi lepas semayang subuh, Mak baca Quran. Siap baca Quran tu tiba-tiba Mak terfikir, macam mana la yer ada sejadah boleh duduk? Mustahil jerk. Entah-entah orang tu tipu. Astagfirullah.... Tak baik Mak buruk sangka.
Lepas tu Mak ambik la sejadah yang Mak biasa guna tu, Mak bawak keluar pintu, Mak cuba dirikan. Tak boleh pulak. Pastu Mak dengar bunyik *kentong dekat surau. Ada orang meninggal ni. Pastu Mak suruh De tanya orang. De cakap, Cik Yah Mat Misai meninggal.
Dah tu, Mak ambik la kain sejadah tu, Mak lipat, taruk dekat lantai. Mak tepon Mak Itam nak bagitau dia Cik Yah meninggal. Sekelip mata lepas tu, bila Mak pandang balik, sejadah Mak tadi dah berdiri. Astaghfirullah.... Terus Mak panggil De. Ishk, takot la Mak dik.
I : Suruh De amek gambar, Mak. MMS kat *Not. Mak tau ker MMS tu aper? (I selalu bajet Mak I taktau teknologi. Haha. Jahat la I ni)
Mak : Ko ingat aku bodoh? Haha. Mak tau la... Ni ramai orang datang tengok ni.
I : Tu la, celupar lagi mulut tu, cakap tak percaya. Ni Allah dah tunjuk depan mata.
Mak : Tu la... Seram la... Ok la. Mak bizi ni. Nak tengok orang-orang yang datang ni. Nanti Mak tepun ko lagi.
So, macam tu la kisahnya... Mak memang pelik dari hari tu lagi masa masuk berita yang sejadah boleh duduk semua. Tak di nafikan, I pon macam antara percaya dengan tak jerk. But when its happen to Mak. Memang I percaya. Dah tu, takkan la Mak I yang naif kadang-kadang tu nak menipu pulak? Dah la dia dah tua.
Moral : Allah tu kalau nak tunjukkan kekuasaan dia, dimana-mana sahaja, dalam bentuk apa-apa sahaja. Kun Fa Ya Kun.
*Kentong - Kayu besar yang dalam dia ada lubang, biasa digunakan oleh orang kampung dengan cara mengetuk untuk bagitau kematian
* Not - Bahasa ganti diri I dalam keluarga kalau bercakap dengan Mak & Arwah Ayah
Ni la Sejadah berdiri tu. Sejadah ni dah berusia lebih dari 19 tahun. Sejadah hantaran masa Arwah Kak Ngah I bertunang dulu. Sejadah ni jenis lembut. Memang tak boleh nak bentuk kalau secara logiknya. Dah tu pulak, sila perhatikan di dasar sejadah tu, tak ke sikit jerk lipat dia. Boleh ke nak tampung berat sejadah tu? Ok sekarang. Mari takot dan insaf ramai-ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
KLANG: Seorang guru di Taman Kapar Setia, Kapar, di sini, berdepan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila mendakwa sejadah miliknya yang dibeli ketika menunaikan haji di Makkah ‘berdiri’ dengan sendiri selama 32 jam, baru-baru ini.
Yusof Palil, 46, berkata kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam 3 petang ketika dia dan anaknya, Kamarul Effendy, 16, menonton televisyen selepas menunaikan solat Zuhur.
"Selepas menunaikan solat, saya letak sejadah di atas kerusi dan berbaring untuk menonton televisyen bersama anak. Tiba-tiba anak saya memberitahu, dia melihat sejadah itu bergerak dan ‘berdiri’.
"Saya buat tak tahu saja kerana menganggapnya gurauan tetapi apabila saya melihat sendiri, memang benar apa yang diperkatakannya," katanya.
Menurut Yusof, dalam keadaan tergamam, dia menyuruh anaknya memanggil jirannya supaya dapat membantu mengesahkan apa yang dilihatnya adalah satu kebenaran.
"Jiran saya beritahu memang benar sejadah itu berdiri dan dalam sekelip mata, kejadian itu heboh diperkatakan sehingga rumah saya tidak henti-henti dikunjungi penduduk setempat, rakan dan saudara mara.
"Yang menghairankan, sejadah itu ‘berdiri’ selama 32 jam, iaitu dari Isnin jam 3 petang sehingga Selasa jam 10 malam sebelum dilihat jatuh secara perlahan-lahan.
"Sepanjang tempoh berkenaan, hampir 200 orang datang ke rumah saya bagi menyaksikan sejadah itu," katanya yang bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Kebangsaan Meru, Meru, Klang.
Yusof berkata, pada mulanya ramai yang ragu tetapi apabila diselidik, tiada objek tertentu digunakan untuk membuatkan sejadah itu berdiri. Malah, keadaan sejadah itu lembut dan tidak dapat dibentuk sehingga mampu berdiri.
Katanya, ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya mengambil gambar sejadah ‘berdiri’ itu dan mujur adik iparnya turut mengambil gambar kerana jika tidak, mungkin tiada kenangan untuknya.
"Sejadah buatan Turki itu saya beli di Madinah dengan harga RM20 dan saya menggunakannya sepanjang menunaikan haji. Saya terus menggunakan sejadah itu apabila pulang ke negara ini.
"Hanya selepas sebulan, baru kejadian itu berlaku. Selepas tempoh 32 jam itu sehingga hari ini, kejadian itu tidak berlaku lagi," katanya.
Menurut Yusof, tiada kejadian pelik mahupun menakutkan berlaku kepada dirinya sebelum dan selepas kejadian itu.
"Semua itu kuasa Allah. Saya tidak ambil pusing terhadap pelbagai andaian yang ditimbulkan terhadap kejadian itu. Sehingga hari ini saya tetap menggunakan sejadah itu," katanya.
Sementara itu, jiran Yusof, Nor Azizah Misron, 33, yang juga suri rumah, berkata sepanjang sejadah itu berdiri, dia berulang kali menyaksikannya.
"Memang saya terkejut, seram pun ada juga kerana sejadah itu berdiri sendiri tanpa ada objek menyokongnya," katanya.
Ahad 24 Februari 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Mari takot dan insaf ramai-ramai.
nk insaf x semestinya tengok sejadah berdiri. {:2_75:} |
|
|
|
|
|
|
|
Lihat sejadah berdiri 8 jam
SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.
PASIR MAS – Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.
Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.
|
GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.
|
Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.
Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.
Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku, kalau ada sejadah cuba berdiri kat depan aku, aku bakar sejadah tu |
|
|
|
|
|
|
|
*Kentong - Kayu besar yang dalam dia ada lubang, biasa digunakan oleh orang kampung dengan cara mengetuk untuk bagitau kematian
* Not - Bahasa ganti diri I dalam keluarga kalau bercakap dengan Mak & Arwah Ayah
aliimran Post at 30-12-2009 15:06
bukan kerantong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita terkejut sejadah 'berdiri' di Masjid Kristal
KUALA TERENGGANU 3 Julai - Seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam di sini sebelum menunaikan solat di Masjid Kristal dikejutkan dengan pengalaman aneh apabila mendapati dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya.
Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.
Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.
"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.
Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
JIka Allah menginginkan umatnya melihat kekuasaannya sebagai iktibar n pedoman maka inilah....kelebihannya....hany a insan terpilih sahaja...bersyukurlah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari takot dan insaf ramai-ramai.
nk insaf x semestinya tengok sejadah berdiri. {:2_75:}
masuco Post at 30-12-2009 15:17
daku sokong!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bole buat la..sejadah berdiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jangan ingat kat Malaysia jek ade sejadah berdiri. Kat Amerika Syarikat pon ade gak. Ni sejadah berdiri kat umah aku. Bukat setakat berdiri jek keajaiban dia, siap pakai topi ngan isap cigar lagi. Tinggi tu. Aku ukur lebih dua kaki tinggi dia. Nak callenge ke? |
|
|
|
|
|
|
|
12# kucingblue
errr.... baru buat semlm ke? Bersungguh2! |
|
|
|
|
|
|
|
12# kucingblue
errr.... baru buat semlm ke? Bersungguh2!
HOTlips Post at 30-12-2009 20:26
baru tadi kejadian ni. aku usha thread ni, skali tengok sejadah aku pon berdiri la plak. takmo kalah sejadah aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
14# kucingblue
Allah nak buktikan kekuasaanNya pada hang lah tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jangan ingat kat Malaysia jek ade sejadah berdiri. Kat Amerika Syarikat pon ade gak. Ni sejadah berdiri kat umah aku. Bukat setakat berdiri jek ...
kucingblue Post at 31-12-2009 12:22
tu la kan tu pun kecoh... |
|
|
|
|
|
|
|
yg kecoh tu sebab ada saksi kata sejadah tu bediri sendiri....kalau tak tak ada sapa nak kecoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg kecoh tu sebab ada saksi kata sejadah tu bediri sendiri....kalau tak tak ada sapa nak kecoh..
aliimran Post at 30-12-2009 23:48
sejadah aku pon berdiri sendiri, aku saksinya. so, are we just gonna believe that? |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jangan ingat kat Malaysia jek ade sejadah berdiri. Kat Amerika Syarikat pon ade gak. Ni sejadah berdiri kat umah aku. Bukat setakat berdiri jek ...
kucingblue Post at 31-12-2009 12:22
siap pakai topi tu...... power memang power.. |
|
|
|
|
|
|
|
siap pakai topi tu...... power memang power..
tobby Post at 1-1-2010 03:43 PM
kurang power tu...
aku penah tengok sejadah siap jadik masjid lagi !!
tapi dah tak ingatkan la masa kenduri kawen sapa....!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|