View: 2778|Reply: 11
|
Pinjaman RM5 juta untuk industri kreatif
[Copy link]
|
|
Pinjaman RM5 juta untuk industri kreatif
| Rais Yatim bersalamandengan Pengurus Besar BSN, Datuk Adinan Maning sambil diperhatikan olehkaryawan muzik dan filem, Datuk A. Rahman Hassan dan Datuk Yusof Haslam(kanan) semasa pengumuman pembiayaan dana industri kreatif di BangunanSultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Syarikat-syarikat dalamindustri kreatif berpeluang untuk membuat pinjaman kewangan dariRM50,000 sehingga RM5 juta daripada kerajaan bagi tujuanpengkomersialan produk masing-masing.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. RaisYatim berkata, jumlah keseluruhan pinjaman yang diperuntukkan bagitujuan tersebut berjumlah RM200 juta yang merupakan dana daripada Bajet2010 kepada kementerian.
Jelasnya, pinjaman itu layak dipohon oleh syarikat yang terlibatsecara langsung dalam industri kreatif dengan entiti perniagaan mestidikuasai sekurang-kurangnya 51 peratus oleh warga tempatan.
"Bagaimanapun, mereka yang telah mendapat sokongan kewanganberbentuk geran daripada agensi kerajaan sedia ada untuk projek atauproduk sama tidak layak memohon," katanya pada sidang akhbar pengumumanpembiayaan dana industri kreatif di sini hari ini.
Rais berkata, pembiayaan kemudahan pinjaman itu khusus untuk merekayang mahu memajukan bidang penerbitan dan pembelian aset bagi tujuandagangan, namun ia mesti bersifat komersial.
Menurut beliau, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik untukmenguruskan dana berkenaan agar proses pinjaman dapat dilakukan secaraprofesional.
Mengenai terma pembiayaan jelasnya, peminjam diberi tempoh minimumselama satu hingga lima tahun dan kemudahan pinjaman adalah secaratetap (konvensional).
''Setakat ini kita meletakkan tiga kaedah pembayaran balik iaitusecara bulanan selepas habis projek, bayaran secara bulanan ketikadalam tempoh pinjaman dan membayar selepas memperoleh pulanganprojek,'' jelasnya.
Menurutnya, syarikat boleh membuat permohonan bermula hari inisecara bertulis dan dihantar ke Wisma Bank Simpanan Nasional di JalanAmpang atau menerusi laman web www.bsn.com.my.
Industri kreatif terdiri daripada empat cabang iaitu audio visualdan media baru (new media), rekaan, seni dan kraf serta media cetak.
utusan...
bisnes aku industri kreatif ke ???
http://suterawallpaper.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la bro.... |
|
|
|
|
|
|
|
RM200 juta ini sebenarnya untuk meransang penerbitan local content untuk RTM Digital TV (DVB-T) yang jumlahnya 35 channel sebelum tahun 2015. Local content itu termasuk drama, filem, dokumentari dan lain2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni untuk lebih creative, perlu pakai modal besar. Nak buat CGI bukan murah. Our market is small. Confirm tak balik modal. Itu pasal government bagi support |
|
|
|
|
|
|
|
Dan juga menggalakkan penulis buku dan bahan ilmiah untuk menghasilkan karya baru. Sometimes buku itu bagus tapi orang tak ramai beli. Kalo nak tunggu ada untung besar baru nak publish buku, maka banyaklah karya yg bagus tak dikeluarkan dgn alasan market kecik. Kita nak mereka tetap menulis walaupon kita tau pembeli tak ramai. Government akan support. We must look more on knowledge value rather than royalties value |
|
|
|
|
|
|
|
utk mengharap support mcm nih.... sangat aku tak mengharap...
kena cari sumber lain... |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg nak menyewa premis mara yg 200/sbln pun mcm2 karenah..nikan plak nak dapatkan pinjaman tu... |
|
|
|
|
|
|
|
yer cik wonbin, keluarkanlah cerekarama yg dah ada watak2 tu ... kan kreatif tu! |
|
|
|
|
|
|
|
HARIAN METRO ni agaknya termasuk dalam karya creative ker
Amat creative dalam mengolah berita supaya jadi tahyul, jadi lucah ... yang mcm ni aja laris dijual. |
|
|
|
|
|
|
|
yer cik wonbin, keluarkanlah cerekarama yg dah ada watak2 tu ... kan kreatif tu!
hazel23 Post at 2-1-2010 10:21 AM
Uikss .... drama? heheh tak minat lah dunia artist dan glamour nih .... |
|
|
|
|
|
|
|
bang saat, sutera wallpaper tu mahal banget huhu .. rm1k tu.. sbb kalau kain sutera cenggitu yg kami jual rm220 sepasang, design jenis brush dan rintik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|