CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3497|Reply: 21

Faizal Tahir Berkorban Demi AJL24

[Copy link]
Post time 5-1-2010 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by snowey_dey at 5-1-2010 16:57

Faizal Tahir Berkorban Demi AJL24
            by Li Ee Kee | 4 Jan 2010

Buat para peminat yang masih ragu-ragu tentang pembabitan Faizal Tahir di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), yang akan berlangsung Ahad ini diStadium Putra Bukit Jalil, anda semua akhirnya boleh menghela nafas panjang. Berita gembiranya, 'Superman' kesayangan anda sudah mengesahkan penyertaannya pada malam itu, mendendangkan lagu tulisannya sendiri, "Bencinta".

Mengakui dia belum lagi sembuh dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, namun dia bertegas ingin beraksi pada acara tahunan gilang-gemilang itu. Meskipun dinasihatkan doktor untuk berehat sepenuhnya selama dua bulan.

"Sebenarnya, sudah berulang kali saya berfikir mengenai hal ini tapi jujurnya, saya ingin menjadi orang yang berdiri di pentas itu,menyampaikan lagu tersebut. Lagipun, hanya sebuah lagu saja dan saya akan mengambil 'painkillers' pada malam itu. Saya tak nafikan, dalam masa beberapa hari ini saya akan berasa tertekan dan keletihan dengan sesi latihan. It's an endurance test, all down to mental preparation,"katanya bila ditemui GUA petang tadi di Sri Pentas.

Tetapi, berbaloi ke pengorbanan Faizal bila nyawa sendiri yang dipertaruhkan?

"You can say it's not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi. Keputusan saya sebagai memenuhi satu tanggungjawab, memandangkan lagu itu sudah sampai ke final AJL,"ujarnya yang memberitahu isterinya juga tidak dapat menghalangnya dari membuat sesuatu jika itu yang diinginkannya.

Salahkan diri sendiri

Kelihatan lesu dan masih memerlukan sokongan tongkat bila berjalan, Faizal memberitahu dia hanya akan mengetahui jika sudah pulih sepenuhnya selepas enam bulan. Sehingga itu, dia perlu mengambil ubat setiap hari dan ke hospital selang seminggu untuk pemeriksaan.

Kerana penyakitnya, dia tidak boleh berdiri atau berjalan terlalu lama dan bila duduk, tidak boleh di posisi yang sama terlalu lama. Dia juga tidak boleh terlalu agresif kerana bimbang darah bekunya akan pecah.

"Apa yang terjadi ini, saya hanya salahkan diri sendiri. Mungkin apa yang berlaku disebabkan saya nakal, degil dan tidak menjaga diri saya dengan sebaiknya. Berjaga malam, adakalanya hanya tidur empat jamsehari...

"Saya percaya penyakit DVT ini timbul kerana saya terlalu teruja nak menebus balik masa yang hilang dengan membuat 'show' dan merakam album, ekoran dari kecederaan lutut saya sehingga saya ponteng sesi fisioterapi untuk dua bulan."

Tidak teruja menanti AJL24
  

Berkenaan persembahannya pada AJL24 nanti, Faizal berharap persembahan yang diberikan adalah yang terbaik darinya.

"Sebelum saya jatuh sakit hari tu, saya ada merancang sesuatu tetapi saya terpaksa batalkan melihat keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Yang dapat saya katakan, saya akan membuat apa yang saya rasakan mampu."

Ditanya jika terasa tekanan untuk mengulangi kejayaannya di AJL23, dimana Faizal berjaya merangkul tiga anugerah - Juara Kategori Balada,Vokal dan Persembahan Terbaik - pada malam 10 Januari ini, jawabnya,"Sebenarnya, saya tak rasa tertekan pun untuk menang.

"I don't want to sound bad but I'm not as excited to do this AJL compared to last year's. Saya banyak dengar cerita tentang finalis lain yang memang 'all out' dalam persediaan mereka, berlatih setiap hari, pergi ke gim tapi saya hanya mampu duduk di rumah dan main PS3.

"Yang bermain di fikiran saya sekarang ini selain isu kesihatan, adalah album saya. Tapi jangan salah anggap. Saya hendak melakukannya (beraksidi AJL24) dan ia bukan kerana terpaksa. Harapan saya agar dapat memulakan tahun ini dengan satu permulaan yang baik. Tetapi saya memang susah hati bila saya tidak dapat menyiapkan album saya disebabkan kesihatan saya."

Tak tahu jika album kedua akan diterima

Sudah dua tahun sejak album solo sulungnya, 'Aku.Muzik.Kamu' diriliskan. Bukan saja peminat yang ternanti-nanti tetapi Faizal juga tidak sabar melihat album keduanya itu dipasarkan. Tetapi semua perancangannya tergendala apabila dibelenggu dengan masalah kesihatan.

Setakat ini, album tersebut sudah 50% siap, di mana enam lagu telah dirakamkan. Meskipun album itu sudah dilancarkan untuk muat turun digital, namun Faizal berharap dapat menambah tiga hingga empat lagu lagi agar ia dapat dikeluarkan sebagai album penuh. Perancangannya adalah untuk menyiapkan album itu dalam masa sebulan.

"Saya lega album itu sempat dikeluarkan sebelum 31 Disember lalu bagi melayakkannya untuk pencalonan ke AIM (Anugerah IndustriMuzik). Seperti semua maklum, syarat baru AIM untuk album yang layak bertanding adalah mempunyai sekurang-kurangnya lima lagu.

"Ada teman yang bertanya, mengapa tidak saja meriliskan album itu dipasaran memandangkan saya pun dah ada enam lagu. Tapi itu bukan cara saya. Pada saya, itu menipu namanya, menipu peminat."

Ditulis sepenuhnya oleh Faizal dan Audi Mok, album itu, menurut Faizal,merupakan satu loncatan baginya berbanding album pertama.

"Maksud loncatan itu dari segi muzik dan mental, bagaimana kami  melahirkan lagu-lagu tersebut dan menerbitkan album ini.Saya dan Audi banyak mengambil risiko dengan album ini. Tetapi, para peminat mungkin tidak merasakan album ini karya terbaik saya. Saya  tidak tahu jika ia akan diterima baik oleh mereka."

Jelasnya, album kedua ini berlainan sekali dengan album pertama.Fokusnya tidak lagi pada membuktikan kemantapan vokal mahupun bakatnya sebagai pemuzik, sebaliknya yang ditekankan adalah melodi dan irama.Jika album terdahulu lebih mirip gaya Queen dan Van Halen, Faizal menggambarkan album ini sebagai "more ballsy" dan peminat akan mengambil masa untuk menerima album tersebut.

"I don't want to be stagnant, saya mahu bergerak ke depan. Mendengar album ini dan rekod pertama saya, saya terasa diri ini sudah seperti 'old school and irrelevant'. Objektif kami untuk album ini adalah untuk menghasilkan sebuah album yang relevan di masa kini, apa yang diingini para peminat muzik.

"Yang mengujakan saya tentang album ini ialah saya percaya ia mampu membawa muzik saya ke tahap yang baru dan menarik minat peminat-peminat baru. Sebagai pemuzik, kita perlu relevan. Semasa kecil, sudah pasti kita ingin terikut dengan gaya dan bunyi idola kita tetapi jika anda ingin memastikan kerjaya yang berpanjangan, 'you have to do your own thing'."
http://gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4406

**********


mamat ni memang berani mati...DVT is life-threatening ok..klu darah beku tu pecah blh pergi ke paru2..so please take good care of yourself, faizal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 04:44 PM | Show all posts
DVT ni sama ngan DVVT ke kereta Perodua guba ingin ni kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 04:49 PM | Show all posts
:pompom:
ak akn support FT mlm 2 d bkit jalil...
jmp kt sne ye FT!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 04:58 PM | Show all posts
DVT ni sama ngan DVVT ke kereta Perodua guba ingin ni kan.....
SANKURIANG Post at 5-1-2010 16:44


hahahhaha baru habis line mood sedeh pejal tahir, ko dah buat lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 05:08 PM | Show all posts
jarang ade artist macam pezal yang sanggup berkorban untuk pemenat2 dier
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 05:09 PM | Show all posts
dual variable valve timing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2010 05:10 PM | Show all posts
AJL ni abes kul bape? n ulangan bila? korang tau x???
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 05:20 PM | Show all posts
gud luck, babe!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 05:24 PM | Show all posts
aku rasa marah plus seronok..

marah sbb dia abaikan kesihatan..
suke sbb dpt perform
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 05:38 PM | Show all posts
FT kena pentingkan jugak kesihatan dia tu. Nak perform pun, jgn over2 sangat.. Just buat apa yg termampu..

Good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 05:50 PM | Show all posts
x sangka dia nak perform jgk d AJL...moga sukses...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 06:07 PM | Show all posts
ms new year ari tuh tgk dia nyanyi.. mmg npk x larat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2010 06:32 PM | Show all posts
ms new year ari tuh tgk dia nyanyi.. mmg npk x larat
addicted Post at 5-1-2010 18:07


betul tuh..mcm terseksa die nyanyi..8 unit ni pun satu.. asal ade celebration pape cam new year or ulang tahun 8tv/flyfm, suke benor amik FT and jac.. budak2 under 8 unit yg len mane? tomok tu nk peram ke? kate juara OIAM..black mentor pun kan..haih, asal tak push diorang lebih2 sket?:geram:.. sian FT n jac tp jac x sakit mcm FT, so x pelah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 06:52 PM | Show all posts
pejal... mintak tolong sesangat... tlg jaga kesihatan tu baik2!! pas ni jgn la degil2 lagi dgr la ckp doktor dan jgn ponteng fisioterapi tu. risau dan terkilan pas baca. lepas AJL ni rehat la cukup2 & jgn ambik sebarang show cukup la sekadar concentrate utk konsert satu suara dan hits 1 bln depan. skali lagi nk remind, jangan degil!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 07:26 PM | Show all posts
jangan nanti menyanyi muntah darah sudah.. kan trauma aku tengok orang jadi camtu depan mate dalam tv... bahaye wey takyah la.. kan krane nak skejap menderite lame..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 07:36 PM | Show all posts
"I don't want to be stagnant, saya mahu bergerak ke depan. Mendengar album ini dan rekod pertama saya, saya terasa diri ini sudah seperti 'old school and irrelevant'. Objektif kami untuk album ini adalah untuk menghasilkan sebuah album yang relevan di masa kini, apa yang diingini para peminat muzik.

"Yang mengujakan saya tentang album ini ialah saya percaya ia mampu membawa muzik saya ke tahap yang baru dan menarik minat peminat-peminat baru. Sebagai pemuzik, kita perlu relevan. Semasa kecil, sudah pasti kita ingin terikut dengan gaya dan bunyi idola kita tetapi jika anda ingin memastikan kerjaya yang berpanjangan, 'you have to do your own thing'."


Faizal Tahir = berani = degil = berwawasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 10:13 PM | Show all posts
13# snowey_dey

tengok komen2 yang pergi, ramai yang puji suara dan teruja tengok dia, he is the main attraction. Maybe sebab tu 8Unit masih nak FT perform memana event besar walaupun sakit
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:21 AM | Show all posts
aku suka sgt2 FT ni.. kerna dia aku nk pegi tgk AJL
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:17 AM | Show all posts
abang pejal.... nantikan kedatanganku di bukit jalil ahad ni yer. please take care of your health
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 6-1-2010 20:18

Faizal will perform after all

Faizal Tahir

IF there has been any fear that Faizal Tahir (left) will not perform at the 24th Anugerah Juara Lagu, it has been dispelled by word we received from insiders that the 'Superman' is ready to take the stage.

According to sources, preparations have been made for Faizal to perform Bencinta, co-written with Audi Mok — one of the front-runners for the main title of Best Song for the night.


The Malay Mail
Hearsay: Entertaining bits for the New Year
Joe Lee
Tuesday, January 5th, 2010 14:01:00
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.055610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list