|
Post Last Edit by i_know_you_wont at 12-2-2010 01:58
1 - Layan Saja
Ini Vince ke yang nyanyi lagu ni? Mmg tak sangka kalau first time dgr kat radio. Nakal sangat suara dier. Mmg bijak Vince nyanyi mcm ni kerana liriknya agak simple, so perlu sesuatu yg unik untuk match lagu ni. Nice! Cuma bahagian belakang ada sikit pening, tapi bila dah biasa dgr, tak pening lagi, boleh enjoy!
2 - Apa Jawapannya
Kalau dgr sambil tgk videonya kat YouTube, rasa mmg best. Suka lagu ni, especially muziknya, oleh VINCE! Terfikir lagu Here In My Home pula. Makin lama, makin suka. Peaceful sgt muziknya. Bahagian sebelum korus dan korus agak nice.
3 – Ajar Ku Cinta
Kalau duet Jo-Anna boleh perbaiki cara penyampaian lagu ni, boleh sedapkan lagu ini, sikit monotonous JoAnna ni. Sampai klimaks, ada tambah markah. Vince vokal agar luar biasa, sikit-sikit FT, suka, bukan kerana FT, tapi “refreshing”.
4 - Biarkan
Jom pergi tgk muzik video dulu! FuYooh!!! Ada Vampire! Boleh calonkan lagu ni dah kat AIM, AJL, APM !!! Mungkin muzik video yang buat lagu ni jadi lebih STRONG. Cuba utk Feel lagu ni, mmg best! Terbaik drpd Vince. Sesuai sgt jadi single, dah mula bertapak di HOT30. Terus undi yeh!
5 - Kan Temu Jua
Lagu slow. Ada yg kata BEST of the album, erhm...not really...Tapi mmg romantik dan senang alunan muziknya, Vince punya suara begitu lancar, padan sgt dgn lagu. Not bad. Vince try hard ketika sampai klimaks tu...Gambateh!
6 – Buah Hati
Upper average. Cukup padan vokal Vince dengan lagu ni. Walaupun lagu cinta, tapi feeling tu maintain dgn konsisten and “good”. Cuma…Ada tajuk lagu yg lain tak selain “Buah Hati”?
7 – Cerita Kita
Mcm lagu pop yg Dato Siti biasanya nyanyi, jenis western sikit. Yg paling menarik dlm lagu ni adalah korusnya. Siapa yg RAP tu? Mungkin VINCE sendiri, tak sure, not bad.
8 - Akhirnya
Lagu dah kuar sejak awal lagi. Opening sikit macam lagu Cina. Korus boleh jadi lebih baik. Ok OK jer. Boleh faham sebab lagu ni tak diputarkan di radio. Tapi, at least lagu yg boleh didengar, lebih baik drpd lagu artis realiti lain yg hanya tau lagu cute cute jer...
9 – Dimanakah Cintamu
Satu perkataan – biasa. Walaupun muziknya ok, tapi macam kurang sedikit semangat. Korus bukan favourite saya.
10 – Getting Closer
Opening macam lagu rock klasik Melayu, tak suka macam ni. Lagu Inggeris terbaik bagi saya dalam album ini, dan single-potential jenis antarabangsa. Boleh dengar jelas setiap lirik yg disampaikan. Fluent. Love it! Boleh jadi lagu tema finale American Idol, hehe…at least better than No Boundaries.
11 – Teach Me How To Love
English version of Ajar Ku Cinta. Duet dgn Jo-Anna lagi, versi ini lebih baik, kolaborasi yg memuaskan. setiap kali dengar lagu ini pasti rasa comfortable, sesuatu yg lain drpd You are the Music In Me. Paling suka bahagian akhir.
12 – Dear Jean
English version of Apa Jawapannya. Sikit pelik. Bukan kerana Vince tak pandai English, tapi mcm lagu ni tak sesuai jadi lagu Inggeris. Agak biasa, mcm lagu-lagu Inggeris tempatan, since Vince penyanyi baik, harus cuba sesuatu yg lebih mantap drpd yg ni.
Lagu Top 3 - Biarkan, Getting Closer, Apa Jawapannya |
|