CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 2

Semangat dalam derita

[Copy link]
Post time 8-1-2010 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 8-1-2010 07:47

Semangat dalam derita  
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
8 Jan

               

     Faizal Tahir

                   Faizal Tahir tekad buat persembahan terbaik biarpun masih sakit

TIDAK mahu peminat yang mengundi hingga berjaya melangkah keseparuh akhir hampa, Faizal Tahir akan mendendangkan sendiri laguBencinta ciptaan dirinya sendiri dan Audi Mok, pada peringkat akhirAnugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 yang berlangsung Ahad ini, di StadiumPutra Bukit Jalil.

Keputusan membuat persembahan pada malam itu juga bukandisebabkan tidak percaya kepada kemampuan Shila yang memikul tugasberkenaan pada peringkat separuh akhir. Kata Faizal, dia mahu beraksipada acara kemuncak itu atas rasa tanggungjawab kepada peminat.
        

    Malahankeputusan untuk menyanyikan sendiri lagu Bencinta dibuat seminggu yanglalu selepas berasakan kesihatannya bertambah baik, walaupun padahakikatnya dia masih lagi bergantung kepada ubat-ubatan hingga kini.Bukan itu saja, dia juga perlu bergantung kepada tongkat ketikaberjalan kerana masih belum mampu berdiri dengan stabil.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Faizalberkata, tiada gimik dilakukan pada malam itu nanti. Persembahannyahanya sebuah penampilan biasa, tetapi diserikan dengan kehadiran penarilatar supaya tidak kelihatan terlalu kosong.

“Sebelum sakit, kami memang merancang mahu buat persembahanyang gempak. Tapi sejak keadaan kesihatan agak teruk, saya malas nakfikir mengenai AJL. Saya langsung tak berlatih, saya hanya dudukberehat saja di rumah.
                              


                        “Susunanlagu pun kami tak sentuh dan hanya kekalkan susunan muzik yang sama.Saya memang nak santai saja kerana yang penting bagi saya adalahpenghayatan. Persembahan tak hebat pun tidak mengapa, asalkan sayadapat berada di sana kerana ini adalah tanggungjawab yang peminatamanahkan buat saya.

“Memang pemikiran saya tidak ke arah itu, saya sangat tenangmalah tidak merasakan langsung tekanan AJL. Saya pun tidak meletakkanharapan tinggi untuk menang pada malam itu kerana yang penting sepertisaya katakan tadi, saya mahu berada di sana,” katanya yang masih lagibelum sihat sepenuhnya selepas didiagnos menghidap DBT iaitu saluranurat tersumbat kerana darah beku.

Kata Faizal, keputusan apakah sebenarnya penyakit yangdihidapi hanya diketahui enam bulan lagi. Justeru, ketika ini dia perlubergantung kepada ubat setiap masa bagi mengelakkan darahnya daripadamembeku semula hingga boleh mengancam nyawa.

Sikap sambil lewa tidak menghadiri sesi fisioterapi selepasmenjalani pembedahan lutut pada Ramadan lalu membawa akibat burukkepada Faizal. Disebabkan itu, dia perlu bergantung kepada ubatsepanjang masa.
                                Sebelumini, Faizal perlu menyuntik ubat pada perutnya setiap hari tetapiakibat terlalu banyak kesan suntikan, perutnya membengkak lalu diadiberikan pil.

Walaupun sudah kembali memenuhi undangan nyanyian, Faizalsebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Doktor mengarahkan dia berehatselama dua bulan tetapi bapa muda ini tidak betah duduk diam di rumah.

Faizal mengakui, sejak keadaan kesihatannya tidakmengizinkan, pendapatannya turut terjejas menyebabkan dia mengejarundangan persembahan yang diberikan kepadanya selepas pembedahan lututtempoh hari. Akibat terlalu mementingkan wang, Faizal menjerat dirinyasendiri apabila menderita sakit.

Hikmah di sebalik sakit

WALAUPUN lebih dua bulan Faizal Tahir menyepi, tetapi namanyatetap tidak dapat lari daripada dipalit cerita kurang enak. Terbaru,rumah tangganya sekali lagi dilaporkan bergolak.

Ditanya mengenai perkara itu, Faizal nyata tidak dapatmenyembunyikan rasa kecewa kerana hakikatnya sejak keadaan kesihatannyaterjejas, hubungan bersama isteri dan anak-anak bertambah kuat. Apalagi, isterinya adalah orang yang sentiasa berada di sisi menemani danmeniupkan kata-kata semangat untuknya.

“Saya rasa orang yang menyebarkan cerita itu kena datang danlihat sendiri bagaimana kehidupan kami sekeluarga. Saya tak pernah adamasalah dengan isteri, kami sangat bahagia. Terus terang saya tak tahubagaimana cerita begini boleh timbul.

“Jika betul rumah tangga saya bermasalah, saya sendiri akanhebahkan kerana saya seorang yang terbuka. Nak tahu betul atau tidak,mereka boleh tanya jiran-jiran saya kerana setiap minggu walau dalamkeadaan sakit sekalipun, saya masih bawa keluarga keluarberjalan-jalan.

“Saya juga anggap mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan yangditurunkan kepada saya kerana ia menyebabkan rumah tangga saya menjadibertambah erat,” katanya.

Dalam pada itu, ramai juga yang bersungut susah nakmendapatkan Faizal Tahir. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tidak pernahdibalas, panggilan telefon pula jauh sekali hendak dijawabnya. Apasudah jadi dengan penyanyi ini? Kenapakah dia begitu sukar menjawabtelefonnya?

Jelas penyanyi itu membetulkan keadaan, dia bukan kekwat(berlagak) atau sukar dihubungi tetapi sejak sakit memang susahmenjawab panggilan telefon kerana tidak mahu diganggu. Malah Faizalberkata, mereka menelefonnya pada waktu yang salah.

“Sejak sakit saya jarang menghidupkan telefon kerana tak mahudiganggu. Kalau sehari satu atau dua panggilan saja tak apalah,sebaliknya kadang-kadang 10 hingga 20 panggilan saya terima. Dengankeadaan begini, siapa yang larat nak jawab.

“Orang yang kenal tahu sama ada saya kekwat atau tidak. Sayabukan sengaja buat begitu, tetapi mereka telefon tidak kena waktu,”katanya.





ada lagi la orang nak tabur fitnah time sakit-sakit ni, sudah-sudah la :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 09:37 AM | Show all posts
peminat ingat sakit cam demam ke? kena rehat n tenangkan perasaan. Apa pon harap cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:50 AM | Show all posts
faizal ni selalu sgt ade cite masalah rumahtangga..aku heran tul.. aku nk speku ade org media sendiri dengki ngan rumahtangga die.. die ngan wife die kan dulu amik mass com.. so logik je die ada kawan kat uni yg skang kerja dengan media n tak puas hati ngan both FT n wife. hahaha.. best x speku aku?
btw, all d best faizal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list