CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4339|Reply: 38

Tahniah FT - Bencinta ke 3

[Copy link]
Post time 11-1-2010 12:28 AM | Show all posts |Read mode
walaupun bukan in his best state dan kelihatan sakit, sekalung tahniah buat FT atas usaha... penyanyi dan penulis lirik lagu ni
disebabkan aku minat FT, aku tetap merasakan dia memang ada aura dalam setiap persembahan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 12:47 AM | Show all posts
Tahniah!! Aku pon suka tgk persembahan dia tadi.. Hebat!!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 12:48 AM | Show all posts
congrats to FT..u're still the best!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 12:50 AM | Show all posts
congratz!! wpun no 3... but performance ok aku suka!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:04 AM | Show all posts
iya,performance pejal mmg besh..
berkobar tol aku nk ngk..
paling best *tang* baju la..
...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:08 AM | Show all posts
Tahniah FT:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 01:15 AM | Show all posts
stuju!!
tahniah FT:pompom::pompom:
sgt ensem td
semoga cpt sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:16 AM | Show all posts
aku suke time last tue...masa shila keluar...aku budget shila nak nyanyi ke...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 01:25 AM | Show all posts
walaupun sakit ttp mantap..dari artis yg tak sakit better FT punyer performance lg..
tu yg buat aku suka sangat tu.hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:25 AM | Show all posts
dah ada video dia perform nnt jgn lupa taruk sni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:30 AM | Show all posts
aku memang harap shila nyanyi lagu dia tadi....serangkap pon jadi la....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:32 AM | Show all posts
tahniah faizal anda dah cuba yang terbaik dlm sakit. aku pegi last minit cari tiket pun semata sbb ft. tapi masa last masuk dlm lubang tu aku nampak dia mcm terjatuh mungkin sbb tu tak jadi duet ngan shila agaknya. anyhow you're supeb. selamat malam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:38 AM | Show all posts
tahniah faizal anda dah cuba yang terbaik dlm sakit. aku pegi last minit cari tiket pun semata sbb ft. tapi masa last masuk dlm lubang tu aku nampak dia mcm terjatuh mungkin sbb tu tak jadi duet ngan  ...
ttp Post at 11-1-2010 01:32


superb lah tersyasyul lak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:53 AM | Show all posts
Faizal Tahir - Bencinta (LIVE AJL24) part1.wmv

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 04:00 AM | Show all posts
sukeee faizal tahir.. i think what he was trying to show by inviting shila, adalah appreciation dier sebab tolong nyanyikan time dier separuh akhir dulu.. i loikkeee his spirit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:42 AM | Show all posts
tahniah FT.. persembahan semalam tetap hebat walaupun dalam sakit.. terharu sekejap aku tengok FT semalam... moga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 09:52 AM | Show all posts
Tahniah faizal. walaupun tgh sakit tapi tetap dpt memberikan persembahan yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:21 AM | Show all posts
tahniah FT!
halfway nyanyi, tongkat dia jatuh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:43 AM | Show all posts
congrats FT n audi.. semangat die mmg dasyat.. kudos..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 06:58 PM | Show all posts
Faizal Tahir: Bukan Kerana Simpati Atau 'Ikan Emas' TV3
by Li Ee Kee | 11 Jan 2010
gua.com



Faizal Tahir, antara orang pertama yang akan mengakui persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) malam tadi kurang memuaskan. Tahu sejauh mana kemampuannya, dia sepatutnya boleh menampilkan satu persembahan yang lebih baik.

Namun, dia terpaksa akur, dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, hanya itu yang mampu diberikan. Ditambah pula, dua hari sebelum kemuncak AJL24, dia terkena pula selsema dan demam.

Tetapi itu tidak bermakna kemenangannya di AJL24, di mana lagu “Bencinta” berjaya mendapat tempat ketiga, adalah atas faktor simpati mahupun kerana dia anak kesayangan TV3.

"Saya rasa ia tidak adil untuk mengatakan kemenangan saya disebabkan saya 'ikan emas' TV3 atau kerana simpati atas keadaan kesihatan saya. Keputusan dibuat sebuah panel juri profesional, yang sudah berada di dalam industri ini untuk jangka masa yang lama.

“Bila saya memutuskan untuk menyanyi di AJL24, dua minggu sebelum acara itu, keputusan saya dibuat atas rasa tanggungjawab. Kerjaya saya adalah penyanyi, penulis dan penerbit. Dengan fungsi yang saya pikul ini, saya ingin mempersembahkan lagu itu sendiri, bukan kerana saya hendak menang.

“Objektif saya hanya nak menyanyikan lagu saya. Apa nak berlaku selepas itu, akan berlaku. Jika saya nak jatuh tergolek selepas persembahan di belakang pentas, itu lain cerita,” jelas Faizal yang berkongsi Top 5-nya untuk menang adalah Aizat, Hujan, Bunkface, Yuna dan Stacy.

Kemenangan lebih bermakna
Tidak mengambil sebarang ‘painkillers’ kerana telah menerima suntikan untuk meredakan demamnya, kesakitan yang terpaksa ditanggung, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya. Tetapi berbaloi juga segala pengorbanannya bila tidak pulang dengan tangan kosong.

“Sememangnya anugerah ini lebih istimewa berbanding tiga anugerah yang telah saya perolehi (di AJL) tahun lepas. Pertama kali, ramai pun tahu ada kemungkinan besar saya tidak akan beraksi pada malam ini. Kalau ikutkan nasihat doktor, saya sepatutnya berehat di rumah sehingga bulan depan.

“Tapi, bukan saja saya ada di sini tetapi berjaya menyanyi di depan semua. Saya bersyukur kepadaNya dan saya berterima kasih kepada pihak pengurusan yang telah menjaga saya dengan begitu baik sekali. Tak lupa juga pada para peminat yang telah menyokong saya. Saya benar-benar menghargainya dan kerana merekalah saya melakukan ini.”

Sebagai menghargai usaha Shila
Tentang penampilan Shila di akhir persembahannya, jelas Faizal, ia sebagai tanda terima kasih atas apa yang telah dilakukannya. Kongsinya, tanpa Shila, dia tidak mungkin dapat melangkah ke AJL24.

"Dia telah membawa lagu saya hingga ke AJL. I'd like to give her credit for that,” katanya yang akan mengeluarkan album keduanya di penghujung bulan ini.

“Dengan album ini, saya dan Audi (Mok) telah mengambil satu risiko apabila membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah karya yang berlainan dari album pertama. Awalnya, bila “Bencinta” diriliskan, kami ada juga rasa bimbang jika ia tidak dapat diterima orang ramai tetapi apa yang menakjubkan, respon yang kami terima sehingga kini, amat memberangsangkan.”

Tambah Audi, “It’s more of a musical journey. Pendengar akan mendengar dari awal hingga akhir album. Apa yang kami tampilkan tidak mengikuti sebarang formula. You'll either like it or not.”





P/S:  isteri FT ada semalam walau sebelum ni dia tak pernah ikut FT ke mana2 show
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.206634 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list