|
20 Petua Murah Rezeki (Mesti Baca) December 23, 2009 By: PakarHowTo Category: Petua
Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :
1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasamenunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllahpasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannyamaka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutupkefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari AbuHurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihanpada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan sihamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya danmemberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasalapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, jugaisteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezekidalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnyamaka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanmengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah(SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah(SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalidal-Walid)
13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentangArasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hambasekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada oranglain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yangmenyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayatad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehrezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dandoanya dimakbulkan Allah (SWT)
15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk denganurusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empatrakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Akucukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim danThabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahinikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnyaazab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untukkeluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberikemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jikadibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakanboleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakandapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringidoa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalahpintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuhbergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akanperkenankan.
mohonlah kepada Allah...
19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadissahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yangdicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yangboleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknyasejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makanyang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusahajadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benartawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, iapagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah(SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki danrasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
good info ... tq ... |
|
|
|
|
|
|
|
4# sinar_inspirasi
sama-sama kasih.......... |
|
|
|
|
|
|
|
info yg baik...terima kasih berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
tau... tapi mls..........camno? |
|
|
|
|
|
|
|
tau... tapi mls..........camno?
moyas Post at 15-1-2010 15:32
kalo mlas tu xdok aroh laa..wat per pun xmenjadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
tima kasih bagi info yang amat berguna... |
|
|
|
|
|
|
|
kepada peniaga Islam semua, amalkanlah 20 amalan di atas...
sebab yang beri rezeki adalah Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
klu nak bgun tgh malam, doa nya surah al kahfi ayat 110,
aku dah buat, tp bila dah jaga tu, rasa liat pulak nak ke bilik air
ambik wuduk, sambung tdo balik, astaghfirullah!
insyaallah lepas ni klu blh nak selalu bertahajjud. |
|
|
|
|
|
|
|
klu nak bgun tgh malam, doa nya surah al kahfi ayat 110,
aku dah buat, tp bila dah jaga tu, rasa liat pulak nak ke bilik air
ambik wuduk, sambung tdo balik, astaghfirullah!
eastbourne13 Post at 23-3-2010 10:56
east...
ko bangun kul brape tu...? |
|
|
|
|
|
|
|
kepada peniaga Islam semua, amalkanlah 20 amalan di atas...
sebab yang beri rezeki adalah Allah...
zaidi_MZZ Post at 23-3-2010 10:37
Bukan hanya peniaga sahaja..tetapi org yg makan gaji macam aku ni pun perlu mengamalkannya....
Aku belum termampu nak amalkan semua yg ada dalam list tu... mungkin 70 % ...solat tahajud dan dhuha lansung aku x amalkan...hati tu nak buat tapi ya allah letihnya ..sebab berhempas pulas kerja di siang hari.dan menguruskan rumah tangga..alhamdullilah rezeki mmg boleh dikatakan mewah...tapi still di hati kecil ada jugak berkata ..adakah rezeki ni ujian ataupun rahmat..takut jugak walaupun rezeki byk tiba-tiba....too good to be true pulak...
Korang ada rasa takut tak bila tiba-tiba rezeki melimpah ruah...bertambah-tambah setiap tahun..... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ada rasa takut tak bila tiba-tiba rezeki melimpah ruah...bertambah-tambah setiap tahun.....
ladyrock Post at 23-3-2010 12:06
aku rasa takut bila, lepas aku buat salah, pastu datang rezeki...
aku cepat2 beristighfar...aku takut Allah bagi rezeki kat aku sebab Dia murka kat aku... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih, info yang amat berguna..
macam perniagaan aku, setiap awal pagi pembukaan, aku mewajibkan buka komputer dan pasang mp3 mengaji al quran dari 6.30 pagi hingga 8 pagi..... setiap hari pasang... |
|
|
|
|
|
|
|
macam perniagaan aku, setiap awal pagi pembukaan, aku mewajibkan buka komputer dan pasang mp3 mengaji al quran dari 6.30 pagi hingga 8 pagi..... setiap hari pasang...
irfanpan88 Post at 23-3-2010 12:19
adeh la...
aku rasa macam tak selari dengan apa yang ko amalkan tu...
memula dengar ayat suci Al-Quran...
pastu...
bila masuk porem, guna avatar yang tak elok dilihat... |
|
|
|
|
|
|
|
org islam tapi banyak dosa2 besar/munafik/kafir
namun dimurahkan rezeki itu adalah
istidraj.......................... |
|
|
|
|
|
|
|
org islam tapi banyak dosa2 besar/munafik/kafir
namun dimurahkan rezeki itu adalah
istidraj..........................
saatchambb Post at 23-3-2010 12:24
aku 1st time dengar istilah tu...
minta tolong perjelaskan...semoga dapat tambah ilmu agama lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|