|
Post Last Edit by aryzana83 at 14-1-2010 10:11
Sama tapi berbeza
Dari (kiri); Stacy dan Mila.
| Mila dan Stacy terus lakar nama di persada seni, tetapi mengharungi kisah kontroversi yang berlainan
NAMAkedua-dua gadis ini masih bertahan dalam arus seni yang deras sehinggaboleh menyebabkan kelemasan kalau tidak bijak dengan caramengharunginya. Mereka berkongsi pentas anugerah dan memperolehkejayaan yang sama.
Mila bersinar sebagai Juara AF musim kelima, manakala Stacymenyambung takhta dan gelaran itu pada musim keenam. Kedua-duanya jugameneruskan populariti masing-masing menerusi Anugerah Bintang PopularBerita Harian bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Mila menyandang anugerahcetusan Berita Harian itu pada 2007, manakala Stacy pula tahun lalu.Lagu nyanyian mereka juga masing-masing terus meniti di bibir peminat.Cuma dalam soal kontroversi, Stacy jauh lebih bertuah berbanding Milayang kerap dihimpit kisah panas.
Kerjaya Stacy berjalan lancar dan kalau ada pun gosip yanghadir semuanya boleh dianggap sebagai tidak panas. Sebagai contoh,pernah timbul cerita kononnya Stacy menjalinkan cinta dengan rakanseperjuangannya, Akim.
"Sebenarnya memang kami berkawan sesama rakan dalam bidangini. Tak lebih daripada itu. Mungkin kami masih baru dan ada kalanya,ia disalah tafsir sesetengah orang. Biarlah. Kami sendiri tahu yangmana betul atau sebaliknya.
| DUA juara Akademi Fantasia ini mahu terus maju dalam industri hiburan tanah air.
| "Benarorang kata kalau jadi artis, gosip adalah sebahagian daripadakehidupannya. Tapi saya bersyukur selagi gosip itu tidak menjejaskanhubungan sesama rakan artis lain, saya masih boleh layan. Ataupun hanyasekadar tersenyum.
"Tapi kalau ada yang bertanya, termasuk rakan media, sayaakan jawab perkara sebenar kerana tiada apa pun yang nak disembunyikandi antara kami. Saya juga masih muda untuk memikirkan soal cinta.Cita-cita untuk terus berjaya dalam dunia seni masih jauh lagi," kataStacy pada majlis pelancaran album Era Muzik Hits Terkini, minggu lalu.
kata Stacy lagi dengan usianya yang baru 20 tahun, diabersyukur keluarga dan peminatnya sering memberi dorongan dan sokongan.Biarpun sanggup merantau dari Sabah untuk mengejar impiannya di ibukota, keluarganya masih kerap bertandang ke Kuala Lumpur.
"Orang selalu kata, selepas usia 21 tahun baru dapat kuncikebebasan. Bermakna saya masih di bawah jagaan keluarga. Dalam apasekalipun yang saya lakukan, saya masih merujuk dan diselia keluarga.Mungkin Stacy akan cepat hanyut tanpa pemerhatian keluarga," katanya.
Selepasditerima dan menjadi sebutan tahun lalu, Stacy juga mengharapkantuahnya untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. Kata anakkelima daripada enam beradik ini, misinya hanya mahu terus wujud dipersada seni.
Stacy turut menyatakan untuk menyambung pengajian di sebuahkolej dalam bidang Muzik dan Bunyi. Kalau jadi kenyataan, katanya, diaakan memulakan pengajian itu pada Februari atau Mac.
"Sejak di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd(AESB), kerjaya seni semakin terurus. Hampir setiap ketika, AESB tidakbetah duduk diam dan terus memastikan kelangsungan artis naungannya.
"Oleh sebab itu, saya meletakkan sedikit kepercayaan untukbelajar dan pada masa yang sama tidak mengabaikan dunia seni. Kedua-duacabang bidang ini sama penting dan mudah-mudahan ada waktu untuk sayaterus memanjangkan minat saya ini," katanya positif.
Mahu fokus bidang nyanyian
SEMENTARA itu, Mila pula berharap dapat memberikan tumpuanlebih terhadap nyanyian pada tahun ini. Gadis kelahiran Pulau Mutiaraini masih dalam perbincangan dengan beberapa komposer untukmenghasilkan lagu baru.
Menurut orang kuat syarikat LuvMILA Corporation Sdn Bhd ini,kali terakhir muncul dengan album sulungnya ialah pada 2008. Katanyalagi, apa yang mampu dilakukan dengan keadaan pasaran yang tidakmenentu ialah dengan menghasilkan lagu single.
"Tahun ini, Mila harap dan mensasarkan untuk menghasilkan limalagu. Dapat memiliki album mini pun sudah memadai. Ia juga sudah layakuntuk disenaraikan di Anugerah Industri Muzik.
"Mila mungkin merakamkan lagu secara berperingkat-peringkat.Mila juga ada berbincang dengan Aidit Alfian dan AD Samad untuk mencarilagu yang berlainan daripada genre yang sudah ada di pasaran. Tapiapapun perubahan yang ingin dilakukan, Mila harus pastikan lagu itubersesuaian dengan suara," kata Mila yang bersama AESB untuk tempoh duatahun lagi.
Menurut Mila yang baru muncul dengan single Jika Kau UbahFikiran, dia akan muncul dengan single baru selewat-lewatnya selepastamat drama Kau Dan Aku. Penyanyi ini juga boleh tersenyum bangga danmenyenangkan ahli keluarganya dengan memiliki rumah sendiri di Puchong.
"Alhamdulillah, rumah ini selesa untuk kami. Sebelum ini, Milamenyewa di Damansara. Bukan mudah juga Mila nak memiliki rumah inikerana bukan senang mendapat pinjaman menggunakan lesen bergelar artis.
"Mila bukan seperti pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyaipenyata gaji. Tapi penantian berakhir dan Mila bersyukur dapat jugamemiliki rumah sendiri buat jaminan dan kesenangan masa depan,"demikian kata Mila yang turut memegang peranan kecil bagi empat babakdalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie mulai Februari ini.
agu dendangan Mila dan Stacy dimuatkan dalam album kompilasiberjudul Era Muzik Hits Terkini. Ia turut memuatkan nyanyian bintangrealiti Akademi Fantasia lain seperti Mawi, Akim, Aril, Hafiz, Yaziddan Isma. Sebagai bonus untuk peminat Anita Sarawak, lagu Maafkan jugadimuatkan.
Antara lagu lain yang dimuatkan seperti Jika Kau Ubah Fikiran(Mila), Pakai Buang (Stacy), Menggegar Dunia (Adam dan Stacy), MenatapMatamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang(Akim), Berbicara (Isma) dan Sugul (Yazid).
INFO: Stacy- NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
- TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
- ASAL: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
- KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
- ALBUM: Aku Stacy mengandungi lagu seperti Aku Stacy, Gagap, Cerah, Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang
- SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
- DUTA: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
- PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popularpada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi PopPopular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon BeliaRemaja Sabahan oleh Ketua Menteri Sabah
|
|