CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4841|Reply: 32

Peniaga Melayu Vs Peniaga Mamak

[Copy link]
Post time 18-1-2010 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Ini aku nak cite sikit pasal sikap peniaga melayu kita ni... mungkin kita boleh share sikit dan belajar.... sama sama

Aku sejak bujang lagi dah duduk kat Kajang ni... hampir 7 tahun. Kat tempat aku ni dulu ada banyak warong tepi jalan... business bagus... sebab padat org. Aku selalu lepak kat kedai makan melayu bro Bob dan sebelah dia kedai makan mamak yang aku panggil dia Nordin... sejak dia org bukak kedai. Seorang jual makanan melayu.. yang mamak jual roti canai.. mee goreng..etc. Jadi memang tak clash...

Business memang bagus sangat bagi Bob hampir RM1500 sehari... tak sampai 1 tahun dia dah tukar kete dari dutsun 120Y ke waja. Mamak tak sgt... masih lagi pakai moto tiga roda ambik barang tu... business mamak tak bagus sgt... tahun 3 bro Bob dah tukat kete lagi ke perdana baru dan anak dia yang selalu tolong dia ambik honda civic baru... mamak beli van vennet lama...

tahun kelima bro bob beli rumah dua tingkat corner lot lebih dari 300K kat cheras.... dan aku ingat lagi bila lepak lepak nordin nasihatkan Bob supaya simpan duit utk expend dan jgn nak spend duit kat kete bk sgt... tapi rasanya dia tak dengar. Tahun ke enam wife  Bob tukar kete dari perdana bob lama tu ke estima recond...

Tapi pada tahun ke enam itu juga mamak dah bukak restoran baru di shop lot di Cheras.... 5 bulan selepas itu mereka dapat notis yang warong2 kat situ akan di robohkan.... sebab illegal. Bob mula pening dan Nordin nampak lebih relax sbb restoran dia dah stable dan boleh offer Bob tolong dia jaga part masakan melayu pulak kat restoran dia.... dengar cite nak bukak restoran kedua....

hanya nak cite... sebab semalam aku ke restoran nordin... nampak bagus... mungkin dapat bantu org melayu kite ni yang berniaga....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 10:48 AM | Show all posts
perangai org melayu memang macam tu. Nak tunjuk2 kemewahan jek....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:50 AM | Show all posts
ye aku sokong.mmg cam tu perbezaan.banyak duit sikit nak tunjuk kemewahan bagai.bila bangsa kita nak maju.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:50 AM | Show all posts
Sangat manfaat cerita anda.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:11 AM | Show all posts
dan kita juga jgn tunding saje.. tp buat jugak seperti nordin..

yg jd mcm bob tu amik iktibar... yg tak jadi2 apa2 tak yah kritik teruk sangat.. amik sebagai pedoman je...

yg penting bukan saje tgk org itu ini lakukan... tp tindakan kita utk majukan diri dan bisnes sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:30 AM | Show all posts
orang melayu ramai yg semangat nak berniaga..
tapi takde ilmu n takde disiplin bab menguruskan kewangan..
kisah macam bob ni bukan cerita asing lagi..

aku cadangkan baca buku jutawan senyap.. lebih baik pi seminar dia..
ada guna konsep tabung kat situ.. ada lebih 5 tabung kesemuanya..
income di asing2 kan.. n belanja ikut tabung sendiri..
nanti akan di ajar cara2 menguruskan bisnes n kewangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2010 12:39 PM | Show all posts
sedara bob x fikir yg tapak kena ada lesen yg sah dr pihak berkuasa tempatan....
selain x penah terfikir utk melebarkan sayap dgn penambahan cawangan dan kedai baru
jd akhirnya bila fikirkan kebendaan dari perniagaan begitulah pengakhirannya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 07:21 PM | Show all posts
nie kisah aku lak.......

kedai bagi sewa org niaga makan........ 3-4 bulan tak bayo sewa......! :@

tapi ada duit beli umah 2 tingkat & keta baru......! macam cilaka.......!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 09:17 PM | Show all posts
ramai melayu ukur kejayaan dari kereta....  tido dlm kete pun takpe...
janji org nampak bergaya.... wakakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:09 PM | Show all posts
kekuatan utama mamak adalah kedekut!

itu yg menjadikan mereka kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:11 PM | Show all posts
tu bukan kereta...tu sarkesss...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:24 PM | Show all posts
Tp tetap ada melayu yg meniaga sampai 7-8 tahun tp still naik kereta kancil, rumah masih menyewa...cuma ada simpanan utk masa depan yg byk..

dan melayu2 jenis ni la yg akan sll kena kutuk oleh bangsa sendiri, tak reti meniaga la sbb keta pun tak tukar2, kata melayu tu kedekut la, brg kedai dia mesti mahal la sbb nmpk dia lekeh, pastu kata melayu tu takkan maju2 la, pastu kata kesian sbb melayu tu teruk2 kerja siang malam tp masih tak mewah2, dsb...

sbb apa kisah ni terjadi? sbb ramai yg merasa iri hati dengan bisnes tersebut yg dpt bertahan utk satu jangka masa...sllnya mmg sikap org kita yg sll mendoakan kejatuhan bisnes sebangsa dan seagama.. bukan semua, tp ada segelintir yg bersikap demikian.

mmg diakui kisah di atas benar2 terjadi, tp tolong la jangan tumpu pada satu2 bangsa.

cuba buka sikit minda bahawa semua bangsa pun tetap ada individu yg berperangai begitu. aku sendiri ada kawan mamak yg baru dpt permit lori dan beli kereta mewah dan sekarang lingkup?? sbb apa tu? dia dia mamak celup ke bukan mamak dalam kisah di atas??

Cuma di harapkan kita sebagai org Islam tolong la doakan kejayaan bangsa seagama kita. kalau nmpk dia tgh down, doakan dia pulih kembali, bukan asyik mengata kesalahan yg telah kita nmpk selama ini.

bila nmpk sebangsa kita beli kereta mewah dan buat rumah 7 tingkat, doakan supaya dia terus mewah dan dpt membantu bangsa seagama kita, bukan asyik mengata dan mendoakan satu hari nanti bisnes dia lingkup kerana dlm hati kita ada sedikit rasa iri hati dengan kemewahan yg dimiliki oleh peniaga tersebut.

so, sama2 kita renungkan diri kita sendiri sebelum merenung dlm diri org lain. nasihat ni termasuk utk diri aku sendiri.. sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 11:58 PM | Show all posts
peniaga melayu akan maju....terlebih lebih maju..
bila ? bila lbh byk melayu yg bertindak dr yg byk bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 12:51 AM | Show all posts
ini ceritera berkurun
juga tragedi melayu bertahun tahun

bila banyak sangat kisah negatif diketengahkan..tapi yang positif dilenyapkan

nanti aku kisahkan yg positif..sebab pada aku yang positif lagi senang nak buat iktibar,
lebih mudah ambil tauladan nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 01:09 AM | Show all posts
Mengapa Melayu dijatuhkan bangsa sendiri?
adakah keturunan si kitol (kononnya kitol nih yg jual rahsia kekuatan Melaka kat Portugis n dapat 1 peti wang emas) masih berleluasa dalam negara???

AKu sdri sedih jk lihat Usahawan melayu jatuh n papa kedana..sdgkn ada sebilangan Usahawan Melayu kaya raya terbahak2 ketawa bila melihat Usahawan Melayu lain jatuh...

Ramai kawan2 aku yg duulu berjaya dalam bsnes kini jadi pemandu teksi,merantau ke australia petik buah epal malah ada bekerja cam indon buat bangunan tinggi2.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 02:13 AM | Show all posts
Mengapa Melayu dijatuhkan bangsa sendiri?
adakah keturunan si kitol (kononnya kitol nih yg jual rahsia kekuatan Melaka kat Portugis n dapat 1 peti wang emas) masih berleluasa dalam negara???

AKu s ...
saatcham Post at 19-1-2010 01:09


aku tgk sendiri masa aku bekerja dulu... rata2 org melayu nih.. bila dah kaya.. mereka lupa diri dan sombong....mereka dah lupa memandang ke bawah.... so far aku tgk, (aku mntak maaf awal2 yer.. harap jgn tersinggung) kebanyakan melayu trengganu yg berniaga bila dah kaya, mudah sombong dan bangga diri...... dari pengalaman aku tgk sendiri dari 4-5 org org trengganu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2010 09:47 AM | Show all posts
tak kira laa yg berlaku itu betul atau tidak... yg sepatutnya kita kira.... kita wajibkan diri kita kedepan dan kedepan... baiki mana kelemahan yg ada...

tak baik nak tunding situ sini...  buktikan diri kita setanding dengan yg dipuji.. dan berlawanan dengan yg dikeji....

selagi kita cari kelemahan.. selagi tu best jeee buat kajian...

tp kalau kita terus wat kerja lagi danlagi.. insyaALLAH kejayaan milik kita..

tp ingat... sejauh mana kejayaan kita pun... tetap ramai yg akan perkatakan kelemahan..

tp lebih baik kita berjaya bersama diperkatakan dari kita tak de apa2 tp memperkatakan.


adiosssssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 12:00 PM | Show all posts
Usahawan kaya wang tp sombong adalah usaahwan kurg iman...
Jadi nanti bacalah usahawan kaya wang kaya iman...
Pak sinar GM dah booking 1....
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 02:47 PM | Show all posts
lumrah nya ubat memang pahit dan tidak enak rasanya...

tapi hakikatnya jugak..
yg pahit dan tidak enak itulah yg boleh menyembuhkan banyak penyakit...

yg manis2 dan lemak2 tu high cholestrol jugak bawa diabetes.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 03:47 PM | Show all posts
Nak bergaya boleh, pakai kereta, umah besar .Tak salah tapi biarlah selepas perniagaan tu betul2 kukuh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.205508 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list