View: 14303|Reply: 166
|
"Tak perlulah Siti tarik diri" - Kak Pora Page #6
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 31-1-2010 13:58
ABP Terakhir Siti
Oleh KEMALIA OTHMAN
Siti beri laluan kepada artis baru untuk bertanding di ABP pada tahun hadapan.
Foto The Star. Oleh MOHD SAHAR MISNI
SETELAH berjaya memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) selama enam tahun berturut-turut, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akhirnya memutuskan untuk bertanding buat kali terakhir di anugerah berprestij itu pada tahun ini.
Keputusan untuk tidak lagi menyertai ABP pada tahun-tahun akan datang adalah bagi memberi laluan kepada barisan artis baru bersaing sesama mereka.
"Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini.
"Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula.
"Tahun depan saya mahu berehat, pada mulanya ingat nak berhenti tahun ini tapi sudah tercalon, jadi sayang nak tarik diri.
"Namun itu tidak bermakna saya berhenti dalam bidang seni ini. Karier saya tetap berjalan, hanya saya berhenti dari bersaing di ABP sahaja," ujar Siti Nurhaliza yang ingin hadir ke ABP hanya sebagai penonton pada tahun hadapan.
Dia yang menyatakan hasrat tersebut selepas sidang media Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir semalam, turut menafikan pengundurannya itu disebabkan merajuk hati atau kecewa.
Sementara itu, dia turut mengulas tentang kredibilitinya yang dipersoalkan sebagai juri pada Anugerah Juara Lagu lalu yang membawa kepada kemenangan lagu Pergi nyanyian Aizat.
"Susah untuk beri kepuasan kepada orang lain, pada malam tersebut saya hanya mengadili dari segi persembahan sahaja, lagu-lagu yang menang pada malam itu telah diadili lebih awal," ujarnya.
Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir
Dalam pada itu, Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Februari ini di Istana Budaya. Ini merupakan buah tangan pertama Siti Nurhaliza Production (SNP) bagi tahun 2010 ini.
Siti turut memberitahu bahawa pemilihan Aizat dan Faizal Tahir adalah berdasarkan pencapaian kejayaan yang telah dicapai oleh dua ank muda ini.
"Secara jujurnya saya mengagumi Aizat dan Faizal Tahir sebagai pendatang baru yang mempunyai bakat seperti mencipta lagu dan menulis lirik. Mereka juga antara artis yang mempunyai pengikut tersendiri dengan aliran muzik yang berbeza," ujarnya yang akan membuka peluang kepada artis lain juga selepas ini.
CT de kecik ati ngn saper2 ker ni?..tp tindakan dia stop dr ABP sgt kna pda thn ni...lngkap 15 thn..mcm Tun M quit time tgh HOT...org akn kenang smpi bla2...tp pastikan VOTE CT GILA2 TAU UTK ABPBH TERAKHIR INI...1 April ulangtahun CT mnhambakn diri d bidang seni..so indahnya klu 4 april 2010 kita hadiahkan sebuah kmenangan terakhir utk CT...jom beli BH n topup bnyk2...VOTE DCT!!!:pompom:
|
|
|
|
|
|
|
|
1# uwekkk
sedeyy kennnn
|
|
|
|
|
|
|
|
xpela...tpi okkan...ct xtunjuk dia mmg kecik hati dan kecewa...apapun teruskan vote...pastikan ct dpt...utk tahun terakhir ni... |
|
|
|
|
|
|
|
off topic: Mengapa muka faizal Tahir mcm mayat semacam je! a.k.a org gantung diri lidah tjelir :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
naper aku tetiba rs sebak baca berita ni????
|
|
|
|
|
|
|
|
grax, aku sebak dari tenghari tadik..nak umumkan kat sini, tapi kene tunggu news kuar... uwaaaaaaa.... hari ini mmg tak semangat nak buat keje tau!... carta ct20 tadik pon aku mrau rapu ... haizzz |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini.
tak kecewa . .. sebab kata mungkin. ...
ntah ntah kalo tahun mendatang kalo senarai artis akan datang macam hanjeng. ..
so apa salah siti tercalon balik. ... peminat ct sampai kiamat pun akan sokong
siti.. .. lagenda maaa .. .. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tokti dh tercakap nak unnudr diri mmg kena undur diri gak..xleh nak mungkin atau x..
psl kalo tokti still nk undur diri org akan ckp dia kompom undur diri even dia ckp mungkin...cam kes tudung tu...even tokti tercakap nak pki tudung org still guna ayat tu smpi skrang... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak komen.....banyak dah aku komen kat gossip
1) Boleh ker undur diri? Rosyam Nor nak buat perkara yg sama....tapi next year tetap tercalon....kekdahnya pihak ABP kata kalau ada produk cam Album atau Filem, automatik dicalonkan....
2) Kalau Siti taknak masuk tahun depan, dia kena -samaada merayu pada peminat jangan undi dia masa pencalonan awal....atau jangan kuarkan apa apa album tahun nie
(walaupun kekdahnya album duet dah kuar kannns) |
|
|
|
|
|
|
|
Semua artis wanita yg lama tak wat album mahupun suam suam kuku pakat pakat wat album tahun nie dan wat byk sket promosi hujung tahun nanti..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe la ct....
let's take it in positive away
mgkn ngan cara ini ct akan majukan dirinya lebih ke obersea
kan ade anugerah grammy
international music awards
......... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak komen.....banyak dah aku komen kat gossip
1) Boleh ker undur diri? Rosyam Nor nak buat perkara yg sama....tapi next year tetap tercalon....kekdahnya pihak ABP kata kalau ada produk cam Album at ...
ColbyRaikkonen Post at 23-1-2010 03:02
There is another way......Siti cakap dengan pihak penganjur Anugerah Berita Harian(ABP) supaya TIDAK MENCALONKAN dirinya pada tahun hadapan walaupun siti ada album or takde album.
siti buat kenyataan akhbar ni sebagai HINT kepada pihak ABP supaya tidak mencalonkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
motiff KOKONG salah masuk THREAD KAN!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bile dah kluar news ni, makin semangat aku nak gerak gempur habis2...
pastikan CT mengakhirinya dgn kejayaan yg cemerlang, gemilang & terbilang...
:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
So kalau betul Siti tarik diri...
maknanya Siti menang 13 kali ....(aku nak sampai 15 kali....hehehe)
dan bintang paling popular yg ke-7 (kalau menang la)
Mmg dah cipta sejarah.....
Takde sapa boleh lawan la untuk menang BPP sby 7 kali...
dan untuk 3 usia yg berbeza......belasan tahun, 20-an, dan 30-an.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|