View: 2918|Reply: 12
|
F.T Perjelas Pertukaran Imej
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 25-1-2010 17:59
Isnin Januari 25, 2010
F.T Perjelas Pertukaran Imej Dari Superhero Ke M.J
Oleh KEMALIA OTHMAN
SEJAK kebelakangan ini, artis yang sering mendapat jolokan Superman iaitu Faizal Tahir dilihat tidak lagi beridentitikan superhero itu pada setiap persembahannya.
Sebaliknya, Faizal seperti terikut-ikut dengan penampilan Raja PopDunia, mendiang Michael Jackson (MJ) dari segi penampilan danpersembahannya di pentas.
Baru-baru ini di pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 lalu, Faizal yang membawa lagu Bencinta dikatakan mempunyai persamaan dengan persembahan MJ melalui lagu Beat It.
Peluang bertemu Faizal pada sidang akhbar Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya kelmarin, dapat mencari jawapan kepada 'krisis' identitinya itu.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, penampilannya itu adalahberkonsepkan tentera dan ia bersesuaian dengan konsep muzik darialbumnya.
“Saya tidak tiru MJ, saya akui dulu saya sering tampil dengan imejsuperhero sebab ketika itu lagu-lagu saya bersesuaian dengan imejtersebut. Namun untuk muzik saya sekarang dengan single Bencinta ada unsur-unsur ketenteraan, jadi saya ambil konsep ini sebagai penampilan baru saya.
“Ini trend sekarang, ramai sahaja artis luar negara yangberimej sebegini kenapa hanya dikaitkan dengan MJ, cuma mungkinkebetulan MJ meninggal dunia.
“Bagi saya sama ada superhero atau tentera ia harus sesuai denganmuzik yang kita bawakan. Buat masa ini saya rasa imej tentera adalahyang paling sesuai dengan konsep album saya sekarang,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang gelaran Super Faizal masih relevan atau tidakdisandang oleh jejaka ini, Faizal memberitahu bahawa terpulang kepadapeminat untuk menilainya.
“Peminat yang beri gelaran tersebut, jadi saya tidak berhak untukmenentukannya. Terpulang kepada mereka untuk menilai saya. Lagi pulasaya sedang sakit mungkin persembahan kini tidak seperti dahulu,”katanya yang bakal beraksi di Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir pada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya.
Konsert Satu Suara yang dinantikan
Kesakitan terdapat darah beku di bahagian kaki yang dialaminyasedikit sebanyak mengganggu persembahan bertenaga yang sering diberikanoleh anak muda ini.
Persembahan pada AJL lalu telah memaksa Faizal mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan sedikit kesakitan yang dialami.
Menurutnya, untuk persembahan konsert kali ini dia tidak mahumengambil sebarang ubat atau risiko yang boleh membahayakankesihatanya. Namun dia akan pastikan kesihatan dan vokalnya tidakterganggu sepanjang konsert itu berlangsung selama tiga hari.
“Konsert Satu Suara ini adalah peluang yang saya nantikan,saya akan pastikan dapat memberikan yang terbaik pada hari tersebut.Saya sanggup menyanyi dalam keadaan duduk jika terpaksa,” ujarnya yangbakal membawa 10 hingga 15 buah lagu pada konsert tersebut.
Tambahnya, aktiviti akan lebih rancak selepas ini kerana dia turutterlibat dalam konsert yang dianjurkan oleh Hot FM dan mengadakan road tour di seluruh negeri bagi mempromosikan album barunya.
mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terlalu ikut emosi tu..lepas ni entah dia nak tiru imej sape plak..imej bertudung siti? atau imej bertahi lalat kak pah ain? |
|
|
|
|
|
|
|
semua tu hanyalah opening statement untuk menulis, bercerita tentang FAIZAL TAHIR |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni FT ikut style tudung CT la..ada jambul kat depan..mcm Adflin Shaukin pakai masa jd juri RL hr tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku nampak FT akan menjadi penyanyi lelaki no 1 selepas sudirman...penyanyi yang sangat terampil di malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tuh... tapi aku sentap giler dia campak ray ban tuh... patot nya campak la kat aku.. lawa doh ray ban yang dia pakai tuh...!! |
|
|
|
|
|
|
|
FT=MJ ????..weehuu i like..:pompom::pompom::pompom:
ok lah tu.. wife die pun fanatic MJ..mesti wife dia suka.. ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
7# snowey_dey
yup, wife dia sangat fanatik MJ |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisahla superhero ke, mj ke, tentera ke. aku sukaaa je. yg penting suara mantap, lagu2 best. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku nampak FT akan menjadi penyanyi lelaki no 1 selepas sudirman...penyanyi yang sangat terampil di malaysia...
abgboroi Post at 25-1-2010 20:22
i like this! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon cuak dier campak tongkat......pastuh merangkak2 lak..... risau tak boleh bangun |
|
|
|
|
|
|
| |
|