CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8647|Reply: 41

MARA "Groom Big"

[Copy link]
Post time 27-1-2010 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by afal1495 at 28-1-2010 21:08

sesiapa ada idea tak apa yg MARA nak buat ttg program nih..??

=========================

Mara lahir usahawan jutawan menerusi program ‘Groom Big’26/01/2010 4:24pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan program ‘Groom Big’ yang bermatlamat melahirkan usahawan bergelar jutawan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Muhamad hari ini.
Beliau berkata, program itu yang dijangka dilaksana sebelum akhir tahun ini akan menyasarkan usahawan sedia ada dan juga usahawan baru yang berpotensi.
"Saya tidak boleh dedahkan lagi maklumat terperinci mengenai program ini tetapi antara yang akan kita buat ialah mengadakan kursus bagi usahawan-usahawan itu untuk memajukan lagi perniagaan mereka,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan agensi itu di sini hari ini.
Ibrahim, yang memegang jawatan itu mulai 1 Januari lalu, berkata, beliau juga merancang untuk memastikan lebih ramai pelajar tajaan Mara melanjutkan pengajian di luar negara.
"Kita perlu meletakkan sasaran pelajar tajaan Mara untuk memasuki universiti tersohor di seluruh dunia seperti Harvard, Cambridge dan Oxford, dan seterusnya menyarankan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran, selain mengikuti kursus sijil-sijil profesional,” katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 09:31 PM | Show all posts
menggabungkan usahawan kot supaya menjadi besar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:29 AM | Show all posts
MARA ada duit ke? hari tu dgr2 MARA takde duit. nk wat loan pn on hold.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 07:49 AM | Show all posts
wah... jd jutawan oooo tak nak ker :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:00 AM | Show all posts
Agensi kerajaan ni dari segi perancangan memang banyak. Setiap kali tukar bos baru akan adalah plan yg baru. tapi masalahnya plan tu tinggal gitu je. tak ada pelaksaan. kalau ada pun masa launching je. pas tu senyap. follow up pun tak de. bila mai bos baru adalah nanti plan yg baru. camtulah tak tau bila nak berubah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:35 AM | Show all posts
Salah satu kalau tak salah yang dah buat ialah peningkatan pembungkusan produk IKS. sebab pernah nampak slogan ni kat bungkusan IKS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2010 01:57 AM | Show all posts
bukan dari najib naik sampai sekarang ker segala pinjaman mara semua kena hold sebab mara takder duit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2010 07:10 AM | Show all posts
itulah yg tak berapa paham pasal 'Groom Big'.. kalau pasal another loan, setau aku MARA mmg takde duit dah.. sebab tuh depa masukkan MARA nih kat kementerian lain..

kalau yg depa sebut pasal kursus tuh, apa bezanya dgn kursus2 yg dianjurkan sebelum nih..??

Mungkin jugak ada betulnya demimasa ckp, setiap kali bertukar pengarah mulalah canang itu ini.. cukup setahun sejuk jer citer, follow-up pun takde.. pastu next pengarah masuk, re-branding lagi..

apa plan depa nak naikkan usahawan bertaraf jutawan nih..?? boleh tak registerkan makcik belakang rumah aku yg tetiap pagi jual nasik lemak dpt RM50 sehari ke taraf tuh..?? dari segi apa depa value samada potensi ker tidak sesuatu bisnes tuh..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 11:28 AM | Show all posts
MARA ada duit ke? hari tu dgr2 MARA takde duit. nk wat loan pn on hold.
sicomel Post at 28-1-2010 00:29


bukan xde duit..
on hold sbb penstrukturan semula..
diaorg xtahu sapa yg btanggungjawab kena sain cek..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 11:30 AM | Show all posts
kalau yg depa sebut pasal kursus tuh, apa bezanya dgn kursus2 yg dianjurkan sebelum nih


kursus MARA cam taik..
panggil taklimat pas2 terus senyap sunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 11:52 AM | Show all posts
secara peribadinya...aku suka kat MARA...

sebab dia bagi aku pinjam duit untuk beli mesin basuh dan untuk pusingan modal...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 08:03 PM | Show all posts
secara peribadinya...aku suka kat MARA...

sebab dia bagi aku pinjam duit untuk beli mesin basuh dan untuk pusingan modal...
zaidi_MZZ Post at 31-1-2010 11:52


hehehe...mara pon bg loan masa kita study..tp kiter tak suker sgt kat dier eekkkekee..coz kita nk buat loan biz tak dapat huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 10:19 PM | Show all posts
MARA ada duit ke? hari tu dgr2 MARA takde duit. nk wat loan pn on hold.
sicomel Post at 28-1-2010 00:29


yup.. rasanya tak de fund sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 10:58 PM | Show all posts
kwn aku tgh ikut kursus bisnes anjuran MARA
cume 20 org je yg terpilih dr seluruh negara.. very competitive
yg dipilih mostly org2 yg dah ade bisnes kecilan
cam kwn aku die ade bukak cyber cafe
kwn aku cite ,sepanjang kursus 10 bln, MARA kasik training, cam gi kelas2
kalo berjaya tamatkan kursus dgn cemerlang (ade assestment kot), ade chance apply loan up to 1 million utk besarkan bisnes..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 11:04 PM | Show all posts
hehehe...mara pon bg loan masa kita study..tp kiter tak suker sgt kat dier eekkkekee..coz kita nk buat loan biz tak dapat huhu
ann_9027 Post at 31-1-2010 20:03

mungkin dia utamakan dulu usahawan yang tengah sesak kot...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 01:03 AM | Show all posts
mungkin dia utamakan dulu usahawan yang tengah sesak kot...hehehe...
zaidi_MZZ Post at 31-1-2010 23:04


lorr....kiter pon sesaakkk...sampai tak leh nak napas di sesetengah ketika huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 01:56 AM | Show all posts
erm..mara memang xda duit..kekadang, ada permohonan yg dipassingkn ke tekun..coz dana mara dah xcukup..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:18 AM | Show all posts
tekun pon sama gak kut..dah submit borang berkurun lama dah..tp tader khabar pon huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:18 PM | Show all posts
secara peribadi:-

1. MARA tak der duit sebab masa Noh Omar jadi menteri - sepanjang ceramah politik dia akan canang apa2 masalah kewangan MARA bole bantu - pastu asyik approvekan loan orang2 yg ada kepentingan politik dan orang2 inilah yg liat nak membayar hutang MARA

2. MARA memang banyak bantu aku dari "student sampai lah berniaga" - tapi kalau dengan rakyat marhaien ni takat pegawai jer yg layan - so bila release cheque selalu dia pesan - jgn lupa bayar hutang - AGAK2 rakyat2 atasan tu dia kasi tak nasihat yg sama

3. Groom BIG - originally was a product in MECD during Dato Hashim Abdullah (dah tan sri kot!!) punya time... its more on grooming a product produce by usahawan melayu - dari segi sijil halal hingga ke packaging, dari dapatkan ruang di MIHAS hingga pinjaman di MATRADE - kira sampai produk tu masuk supermarket kat overseas lah...

4. Groom BIG MARA - hanya untuk produk yg betul2 mempunyai berpotensi utk pergi lebih jauh dan mempunyai nilai komersial juga ada jatidiri negara (part ni aku confuse - jati diri melayu atau jatidiri 1Malaysia)... dan usahawan yg dibelakangnya "genuinely" usahawan. Bila saya tanya "kata MARA tak der fund??"... pegawai dia jawab "ada....tak kanlah MARA lansung tak der fund... kalau tidak tak kan kita orang masih kerja kat sini"....

pada anda yg ada produk. optimislah produk anda layak untuk projek Groom Big ini.. pergilah ke pejabat MARA yg berdekatan - bawa sekali keratan akhbar tu - DAN... REDAHHHHHH JER..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 08:27 PM | Show all posts
Hahah. Memang tak de fund pun. Saya adalah salah seorang Consultant MARA dah 2 tahun tak de job Dari MARA. Buat training guna duit peserta lah .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067036 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list