CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3620|Reply: 9

Saya tak jaja kisah sakit - Faizal Tahir

[Copy link]
Post time 7-2-2010 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 7-2-2010 12:07

Saya tak jaja kisah sakit - Faizal Tahir



Macam mana dengan keadaan kesihatan Faizal sekarang?

Faizal Tahir: Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya makin baik danada perubahan. Tapi itu tak bermakna saya akan dapat beraksi di pentasseperti dahulu. Kena jaga semuanya dan dalam masa yang sama bimbang iamembahayakan kalau saya mengabaikan kesihatan.

Apa kata doktor memandangkan Faizal bakal muncul dengan sebuah konsert berskala besar?

Faizal Tahir:Sebenarnya doktor menasihatkan saya supayatidak membuat sebarang persembahan pentas kerana bimbang mendatangkankemudaratan kepada saya. Tapi konsert ini dah lama dijadualkan dan sayajuga tidak mahu mengecewakan peminat yang sudah lama menantikannya.

Banyak cerita kesakitan yang Faizal alami, bertongkat dan makan ubatberharga RM13 sebiji dipaparkan. Ramai yang kata Faizal mahu menagihsimpati. Apa komen Faizal?

Faizal Tahir: Kalau itulah orang gambarkan tentang saya, apa yang boleh saya katakan? I say it' cool.Hahaha. Orang boleh buat apa sahaja dakwaan tetapi saya pada akhirnyabiar saya sahaja yang tahu. Saya ingin katakan yang saya masih lagimemerlukan tongkat buat masa ini. Ini bukan gimik untuk meraih simpati.

Bukankah lebih baik duduk di rumah sampai sembuh?

Faizal Tahir: Kalau saya duduk rumah pun kena makan ubat. Menyanyijuga kena makan ubat. Saya rasa saya masih lagi mampu melakukanpersembahan itu. Jadi apa masalahnya? Saya hanya mahu memberikan yangterbaik kepada peminat yang tak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya.
Konsert ini bukan satu benda yang mudah nak dapat. Saya terharudengan peluang yang diberikan oleh Siti Nurhaliza Production dan mahumenjadikan konsert ini sebagai batu loncatan untuk saya mengadakankonsert solo pada masa hadapan.

Bagaimana dengan persiapan memandangkan konsert sudah semakin hampir?

Faizal Tahir: Tidak ada apa-apa persiapan yang saya lakukan hanyamenumpukan kepada persiapan mental dan kesihatan saya. Di sebabkanmasalah kesihatan ini, pergerakan saya sedikit terbatas dan tak bolehbergerak atas pentas. Cuma harapan saya susunan muzik nanti akanmembatu sepanjang tiga malam tersebut.

Tak takutkah orang membandingkan Faizal dengan Aizat?

Faizal Tahir: Saya tak boleh tahan mulut orang untuk bercakap.Peminat berhak cakap apa sahaja yang mereka mahukan terutama apabilamenyanyi bersama-sama dalam satu pentas. Saya tak kisah apa pandanganorang tetapi apa yang paling diharapkan semua orang yang datangterhibur dengan persembahan nanti. Aizat dengan saya tidak ada masalahmemandangkan muzik kami berlainan genre. Masing-masing mempunyai caradan persembahan yang berlainan sama sekali.

Apa pesanan Faizal kepada peminat yang akan menyaksikan konsert ini dan yang lain?

Faizal Tahir: Saya ucapkan terima kasih kepada peminat yang akandatang menyaksikan kami nanti terutama kepada mereka yang sabar menantisejak dahulu lagi. Saya mengharapkan dapat memberikan yang terbaik khaskepada mereka yang membeli tiket. Kepada yang tak dapat hadir janganbersedih kerana masih ada lagi peluang pada masa hadapan.

sumber utusan (hari ni)

you go FT :pompom:
persetankan cubaan provokasi dan melagakan
walhal nak tanya pasal konsert
anda tetap terbaik walaupun sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 08:14 AM | Show all posts
wartawan saje nak provoke ler tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 10:22 AM | Show all posts
1# washere2

ni artikel dr mana?
btw, i like all his answers.."it's cool" katanya.. hahaha.. all da best dude..:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2010 12:03 PM | Show all posts
3# snowey_dey

utusan
biasala, sendiri pegi cari FT, nak tulis cerita, sendiri kata FT jaja
tak laku kot paper tak korek kisah FT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2010 03:23 PM | Show all posts
FT ni memang paling cool. Katalah apapun
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 07:20 PM | Show all posts
memang paper utusan/kosmo ni biasa la.... klu article psl FT je mesti ada yg negatif. klu ada positif pun byk lg negatif drp yg positif. aku tgk article ni wartawan lain la plak bkn si niezam auww tu. ke soklan2 tu si niezam auww yg sediakan?

drp article ni cuma dua benda je yg aku sgt2 suka. satu jawapan 'it's cool' dan satu lagi selain gambar kt atas tu ada lagi gambar hensem FT yg lg besar drp tu mcm avatar aku ni la.... yg ambik dr murai.com (aku beli paper utusan hari ni).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2010 07:38 PM | Show all posts
3# snowey_dey

utusan
biasala, sendiri pegi cari FT, nak tulis cerita, sendiri kata FT jaja
tak laku kot paper tak korek kisah FT
washere2 Post at 7-2-2010 12:03


dulu sblm AJL bila FT senyap je wartawan2 smua merungut komplen susah nk hubungi FT nk kan cerita terbaru dia. dorg ni x paham, dia kan nk berehat xnk diganggu. tp bila dh kluar smua crite2 terbaru FT pas tu kata FT jaja kisah sakit la plak... hampeh tol la..

aku rasa wartawan utusan ni ada jenguk kot kt bod sebelah. kan ada dua tiga empat makhluk yg kata saje strategi nk tarik org gi tgk konsert dan saje nk raih undi simpati nk menang ABP. hampeh tol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2010 09:57 PM | Show all posts
6# sicomel

wahh, macam avatar ko tapi besar?
nak lakukan Utusan la tu

Kalau tengok artikel2 penuh biasanya cerita positif

contoh :
Faizal Mahu Bebas Tongkat (Shazryn Faizal, Utusan)
Sakit Peringatan Buat Faizal (Haryati Karim, Kosmo)
Faizal Melawan Penyakit Kritikal (Faride Hikmet Atak, Kosmo)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 12:00 AM | Show all posts
dlm utusan/kosmo cuma si niezam kring2 tu je yg over dr dulu lg. dlm ramai2 wartawan personally aku mmg x brp berkenan dgn dia ni dari dulu lg bkn sbb article psl FT je, ada sbb2 lain jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 08:35 AM | Show all posts
dulu sblm AJL bila FT senyap je wartawan2 smua merungut komplen susah nk hubungi FT nk kan cerita terbaru dia. dorg ni x paham, dia kan nk berehat xnk diganggu. tp bila dh kluar smua crite2 terbar ...
sicomel Post at 7-2-2010 19:38



tu la psl..biasala..ini semua permainan dorang..yg penting ft always 'cool' dan cepat sembuh..kat dlm paper tu gambar ft mmg hensem..dulu tak berapa suka rambut ft ble panjang tp kali ni hensem plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051901 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list