|
Post Last Edit by sicomel at 7-2-2010 20:10
Bintang Popular (BH) 7/2/10 (Cover Story)
Faizal terkena, Yuna terkilan
Oleh Zubir Mohd Yunus
Dua artis yang sedang melakar nama mengaku mereka kini diuji pelbagai unsur khianat akibat kerja orang dengki
PENCAPAIAN seni suara dua artis sensasi, Faizal Tahir dan Yuna sepanjang 2009 dianggap paling cemerlang apabila kedua-duanya melakar kemenangan pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini, sekali gus menjadi pilihan peminat memastikan nama kedua-dua artis kesayangan mereka berada dalam senarai pencalonan akhir atau Top 5 pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.
Bagi Faizal, ABPBH 2009 adalah penyertaan kali ketiganya menerusi anugerah yang memilih tema 慞uncak Kegemilangan?ini menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular, manakala yang pertama buat Yuna, namun dia adalah calon Top 5 untuk dua kategori iaitu Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Siapa pula yang bakal dinobatkan sebagai pemenang mahupun ditabal Bintang Paling Popular, akan diumumkan 4 April ini.
Pun begitu, baik Faizal mahupun Yuna, usaha menempa nama berada di kemuncak populariti dan sentiasa dekat di hati peminat, kedua-duanya tidak terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran yang kadang kala menuntut kesabaran serta pengorbanan yang bukan kepalang. Setiap langkah menjadi perhatian ramai, tersilap percaturan, mereka dikritik dan dilabel pelbagai perspektif negatif. Dengki khianat pula ibarat satu permainan.
Faizal yang kini muncul dengan single terbarunya ciptaan Audi Mok, Selamat Malam dikatakan menjadi mangsa hasad dengki orang sekeliling gara-gara keadaan kesihatannya yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Malah lebih parah daripada itu Faizal didakwa kononnya terkena buatan orang, disihir atau disantau oleh mereka yang dengki dengan pencapaian diraihnya dalam sekelip mata, sekali gus nama menjadi pujaan ramai.
Batuk sehingga keluar darah beku pada penghujung tahun lalu beberapa hari sebelum berlangsungnya peringkat separuh akhir AJL24 memaksa Faizal menarik dari daripada pertandingan. Ini menguatkan lagi andaian orang ramai, dia sudah 憈erkena? Kecederaan belum pulih pada lutut selepas menjalani pembedahan ligamen yang terkoyak ketika bermain futsal, memaksa Faizal bertongkat pada suatu ketika, sekali gus menambah kesengsaraan dirinya.
"Alhamdulillah, Tuhan masih sayangkan saya. Sekiranya darah beku atau deep vein thrombosis - DVT yang terkumpul di bahagian pinggang naik sampai ke jantung, saya sudah mati... Ketika terlantar hampir dua minggu di hospital kerana jangkitan paru-paru, kaki saya tidak bergerak langsung, jauh sekali melakukan fisioterapi, justeru terbentuk darah beku di bahagian kaki. Memang kesilapan saya, kini keadaan semakin pulih.
"Saya dimaklumkan oleh doktor, untuk pulih 100 peratus, ia mengambil masa kira-kira lima atau enam bulan lagi. Kini, dada saya masih sakit. Justeru, saya masih meneruskan rawatan doktor," katanya lagi.
Pun begitu, ramai yang mencadangkan kepada Faizal supaya dia menjalani rawatan tradisional, termasuklah ibu bapanya, manalah tahu jika benar andaian orang dia disantau, cuma Faizal memaklumkan apabila dia beberapa kali mendengar penjelasan doktor secara saintifik mengenai penyakitnya, dia belum bersedia mendapatkan pemulihan berdasarkan kaedah berkenaan.
"Melainkan apabila sudah bertemu doktor, makan ubat, namun penyakit saya semakin teruk, baru saya akan mencuba kaedah rawatan tradisional. Bagi saya, dengki khianat orang dalam industri hiburan ini bukan sesuatu yang baru.
"Sekalipun yakin saya tidak 'terkena', saya sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah. Ibu mentua juga ada memberi beberapa ayat suci al-Quran untuk saya baca sebelum tidur sebagai pendinding, selain mengamalkan minum air yasin dan zam-zam," katanya.
'Peminat wanita hormati status saya
Pihak produksi AJL24 juga sudah memaklumkan kepada Faizal, ketika berlangsungnya acara berkenaan, ada seorang lelaki berkain pelikat cuba memboloskan diri memasuki stadium apabila memaklumkan perlu berjumpa dengan dirinya jika Faizal ingin hidup lama!
"Saya sangat keliru. Kenapa ada orang seperti itu ingin berjumpa dengan saya? Saya tak tahu apa niat sebenarnya. Justeru, saya tak mahu komen lebih-lebih kerana ia boleh menimbulkan pelbagai perspektif negatif," katanya tanpa berselindung.
Selain diuji dengan penyakit, ada juga laporan akhbar, baru-baru ini, yang melabel dirinya playboy!
"Bagi saya, dakwaan berkenaan adalah kerja orang dengki. Saya keluar rumah hanya untuk bekerja, jiran terdekat pasti tahu pergerakan saya setiap hari. Jika bukan bersama Audi Mok, saya pasti bersama keluarga, tak ada ruang untuk berfoya-foya. Namun, saya tak nafikan, saya ada ramai peminat wanita, tapi mereka tak pernah lebih-lebih dengan saya kerana masih menghormati status diri saya sebagai suami," kata Faizal.
Ketika ini fokus Faizal hanya kerjayanya dan menanti kemunculan album terbarunya, Adrenalin sekitar Mac ini, selain memberi tumpuan kepada Konsert Satu Suara pada 12 hingga 14 Februari ini di Istana Budaya (IB), gandingannya bersama Aizat dan Datuk Siti Nurhaliza, sekali gus menjadi konsert terbesarnya setakat ini.
INFO: Faizal.
NAMA PENUH: Ahmad Faizal Mohd Tahir.
TARIKH LAHIR: 26 Oktober 1978.
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
ALBUM: Aku.Muzik.Kamu dan Adrenalin (dijangka berada di pasaran sekitar Mac).
ANTARA PENCAPAIAN:
- Naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama (2006); Artis Baru Lelaki Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008; Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Album; Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke -15 (AIM15) dan tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24).
PENGALAMAN SENI: Pengacara Gangstarz musim pertama (2007) dan pernah menganggotai kumpulan nasyid Mirwana.
ISTERI: Siti Raihanim Noran.
ANAK-ANAK: Ahmad Mikaeel Zidane, 5; Siti Raudhah Nur Iman, 4 dan Ahmad Rifa抜e Zidane, setahun.
http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/CoverStory/20100207132716/Article/index_html
p/s byk2 kan bersabar je la ye FT.. ambik story FT je. muka FT nmpk sgt sakit dan penat. |
|