CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2408|Reply: 3

Rock Glam Faizal, Aizat 12 Feb Ini

[Copy link]
Post time 10-2-2010 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 10-2-2010 13:51

Rock Glam Faizal, Aizat 12 Feb Ini9-Feb-2010 | Oleh: Haswari Ali





Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2010: Fesyen dan muzik sememangnya tak dapat dipisahkan. Gabungan inilah yangakan dijelmakan dalam Konsert Satu Suara yang bakal menggandingkanDato' Siti Nurhaliza dengan 2 penyanyi lelaki popular abad ini, FaizalTahir dan Aizat.

Panggung Sari, Istana Budaya sekali lagi akanbergegar dengan persembahan yang dinanti-natikan, gabungan Dato` SitiNurhaliza bersama-sama 2 penyanyi lelaki popular abad ini, Faizal Tahirdan Aizat.

Lantunan suara 3 paduan tenaga yang akan beraksi diPanggung Sari, Istana Budaya bermula pada 12 hingga 14 Februari ini inipastinya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang indah yang selaridengan konsep muzik yang diketengahkan.

Jika Siti akan tampaksuci dengan variasi rekaan sempurna ilham Rizman Ruzaini, 2 penyanyipopular lelaki ini juga mahu menang gaya apabila pereka fesyen mudaberbakat, Hazwani Osman menjadi pilihan.

Berteraskan 2 ilhamgaya yang berbeza, Faizal sekali lagi memilih imej ketenteraan yangsudah sinonim dengan dirinya dalam setiap persembahan mega. ManakalaAizat bakal menyerlah dengan penampilan gaya superstar rock dari barat.

Bagaimanapunmenurut Hazwani, penerapan gaya untuk kedua-dua penyanyi itu sudahtentu akan mendapat  sentuhan istimewa dengan citarasa yang lebihmoden, pemilihan fabrik serta potongan berkualiti tinggi.

"UntukAizat, saya akan tampilkannya jauh berbeza seperti yang pernah sayalakukan  ketika  Anugerah Juara lagu yang lalu. Mungkin kalau dilihat,penampilannya nanti tidak jauh berbeza seperti band muzik Cole Play danThe Killers.

"Manakala Faizal pula, saya masih mengekalkan imejmilitary yang akan diperhebatkan dengan baju potongan tentera dan jugajaket yang diserlahkan dengan perincian istimewa," katanya yangdihubungi portal murai.com.my.

Sangat dikenali dengan ilhamjaket potongan kemas, rekaan Hazwani terlebih dahulu telah membuatkanmenyerlah aura Raja SMS, Mawi, diikuti Dafi dan Adam serta tidakketinggalan beberapa penyanyi wanita seperti Liyana Jasmey dan Mila.

Hazwanijuga pernah bergabung tenaga bersama murai.com.my bagi menjayakanprogram Alam Sekitar di Zoo Negara dan terbaru, majlis ulang tahun ke-2Murai.com.my menerusi pelancaran segmen Stalista berkonsepkan Fabulous80`s.

Menurut Hazwani, untuk konsert gah berkenaan, dia masihlagi menyiapkan 6 persalinan buat Faizal dan Aizat  yang menggunakanfabrik kulit, pvc dan wools  tajaan Jakel Kuala Lumpur.

"Kalaunak diikutkan, memanglah saya agak teruja untuk melihat hasil rekaansaya bernyawa di atas pentas Istana Budaya. Siapa yang tidak. Tapikerana itu jugalah, saya agak risau untuk mendengar maklumbalasnyananti," katanya.



murai 9 Feb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2010 02:08 PM | Show all posts
nak tanya korang, gambar tengah tu yang mana satu Hazwani Osman?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 02:55 PM | Show all posts
2# washere2

yg rendah tulah hazwani..cuma aku confuse, die ni laki ke pompuan???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 11:31 AM | Show all posts
dia lelaki. dulu kat uitm perak, then sambung degree kat uitm shah alam. pernah serumah dgn hatta dolmat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.091936 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list