CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14804|Reply: 66

Jom Bincang Masalah & Kesilapan Besar Dalam Bisnes (Semua Jenis Bisnes)

[Copy link]
Post time 11-2-2010 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_WonBin at 11-2-2010 09:05

I want to learn from mistake.

Ada baiknya juga mendengar nasihat dan teladan daripada orang lain - belajar daripada kesilapan mereka. Lebih baik daripada aku sendiri yang buat kesilapan sehingga terlambat untuk diikhtiarkan.



1) Kesilapan pertama Wonbin: sebenarnya aku ni bukan terus berbisnes dalam bidang ICT dan electrical engineering sebagai kontraktor dan vendor. Sejak umur belasan tahun lagi semasa student aku dah start bisnes sampai ponteng kuliah untuk uruskan bisnes. Aku import barang2 daripada Kelantan untuk dijual di KL. Mula2 tu kirim pakai bus express Transnasional. Kemudian bila dah terlalu banyak, terus pakai lori trailer kelantan Transport. Antara produk utama aku ialah keropok Laris sebab keropok aku memang sedap. Aku taruk label aku sendiri. Itu semua aku buat masa umur 18-19 tahun. Dan hasil nya memang mewah, aku mampu beli PDA phone harga RM3500 dan shopping barang2 mewah masa itu pada umur tak sampai 20 tahun. Happy sebab niaga ni duit banyak dalam tangan. Kena pulak umur masih belasan tahun. Budak lain pakai Nokia pon dah kecoh. Kesilapan utama aku ialah sebab aku telah diracuni oleh masyarakat Melayu kita yang cakap, 'kau ni educated takkan nak buat bisnes mcm ni? '. Oleh kerana gila kepada ICT, aku pon stop bisnes ini. Bila fikir semula, memang bodoh. Bodoh sebab ikut kepala hotak orang Melayu masa itu. Sampai sekarang, aku dah tak mahu dengar lagi suara-suara sumbang orang melayu yang memperlekehkan sesama melayu. I aku just cakap, 'Go to the hell. I can do whateva i want to do'. Mungkin hari ini aku takmahir, tapi aku boleh belajar, esok lusa aku sudah layak dipanggil 'pencabar'.


Whateva bisnes yang bagus, yang duit boleh masuk, just do it. Jangan peduli suara sumbang orang melayu keliling kita. Mereka tu dengki aja. Mula2 sindir, kutuk kemudian hantar bomoh. There is no such business yang low class. Apa orang nak cakap, pedulik laaa ..... layak ker mereka kata kita low class sedangkan duit mereka dapat setiap hari/setiap bulan kurang daripada apa yang masuk dalam poket kita?


2) Masalah: Mencari pekerja yang berdisiplin, amanah dengan duit dan tak ponteng kerja.
Aku nak cari despatch yang gaji tahap despatch tapi perangi bukan macam despatch. Ramai orang menganggur tapi ramai yang tidak layak. Aku jarang masuk office dan aku amat bergantung kepada despatch untuk kejar aku sama ada semasa aku meeting even kejar aku kat mamak untuk serahkan dokumen. Masalah dengan despatch ialah takda disiplin dan loyar buruk. Langit dah mendung pon dah tak mau keluar. Kekadang aku nak mengamuk, aku bayar gaji tapi despatch yang decide sama ada nak keluar atau tak :@ Duit tak pernah cukup dan aku dah bagi gaji advance sampai 2 bulan gaji. Dah tak tau macam mana nak bari gaji advance lagi. Bila aku tak call, terus lesap, pi lepak kat port mat despatch. memang hangin betul dengan perangai despatch. Aku tak mau laaa guna perkataan seperti 'tak skolah tinggi atau low mentality' sebab aku kesian dan takut on day dia sumpah aku pula. Tak berkat aku niaga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2010 09:32 AM | Show all posts
Kesilapan besar

Ramai orang yang membuka kedai di bangunan/shop lot yang 'mati' takda orang lalu lalang. Orang Cina dan mamak terutamanya sanggup bayar beratus ribu ringgit untuk berebut corner lot yang orang lalu lalng tak putus2 mcm pasar malam.

Jual barang yang orang tak perlu dan orang tak belicontohnya baju yang membosankan, bag yang 3rd gred yg hanya bibik orang gaji yang pakai.

Jual makanan yang orang tak berapa suka makan. Kita harus jual makanan yang orang beratur membeli.

Buang masa buat sales benda yang nilai kecil dan order kecil seperti rubberstamp 5 unit, RAM pc 10 unit. Buang masa. Apa boleh buat dengan profit kurang RM500?

Semasa ada modal beratus ribu ringgit, banyak guna wang untuk beli harta modal/belanja hangus seperti renovate kedai, beli perabot mahal, itu ini sedangkan salesnya entah di mana lagi. Tunggu dahulu. Tengok dulu sales selama 100 hari, berapa untung? Berbaloi kah berbelanja besar?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:09 AM | Show all posts
Bagus!pengalaman menarik.apa nama wonbin?u cina ke melayu?maaf tanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:27 AM | Show all posts
3# Tongbesar
melayu anak jati kelate
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:29 AM | Show all posts
Masalah & Kesilapan Besar Dalam Bisnes
tajuk menarik ni.. ct ada citer jugak..tp nk baca teladan kawan2 usahawan lain dulu:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 05:01 PM | Show all posts
the key purpose of doing business is to make money
the reason to make more money is to have a good life...

IMHO...
kesilapan paling besar dalam bizness ni
adalah bila kita lupa objective
instead of having a better life...
ramai yg terlalu excited/sebok buat bizness......   sampai lansung takde life....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2010 08:24 PM | Show all posts
Kesilapan besar

Ramai orang yang membuka kedai di bangunan/shop lot yang 'mati' takda orang lalu lalang. Orang Cina dan mamak terutamanya sanggup bayar beratus ribu ringgit untuk berebut corner lot ...
cmf_WonBin Post at 11-2-2010 09:32


personally, lokasi tk jadi masalah jika kau tahu jenis perniagaan apa yang laku....sebagai contoh aku sekarang sudah dua bulan bertapak di Anggerik mall, shah Alam...tempat yang orang kata mati sampai masuk dalam paper.........bagi aku kalau buat retail memangler mati sebab takde orang tapi aku ambil kesempatan diatas kemurahan sewanya dan aku buka perniagaan borong.......Alhamdulillah walaupun baru dia bulan, hasilnya jauuuuuuuuuhhhhhh lebih baik dari masa aku berniaga di dalam Giant dulu.........

jadi yang penting jenis perniagaan.....janganler sewa murah kau jual baju kurung Rm500...itu zalim namanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 09:10 PM | Show all posts
Oh, ada kedai borong kat Anggerik Mall?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 09:31 PM | Show all posts
ye...borong skala kecil kecilan....modal pun kecil
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 09:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by elle_gogo at 11-2-2010 22:18

\

salam
bagi saya, kalau dalam biz ni, yg kadang2 mmg masyuk,tak perlulah beli mercedes on the spot/tukar kereta@ menda2 yg mahal, even baru merasa 1st payment yg begitu...biarlah duit yg dpat sekepuk tu dijadikan modal pusingan,atau ada lebih lagi beli aset yg terjamin spt rumah kedai (bg yg menyewa kedai) atau aset2 lain,atau cuba xplore biz  lain yg berkaitan dgn biz yg sedia ada..dari kecil2an insya'allah perlahan2 dpt dibesarkan..

lagi satu wonbin, berkenaan staf tu kalau dah gitulah ler perangai shud be hire somebody else..cuba open vacancy yg blh buat admin+despatch...so,dari situ blh offer gaji yg menarik, tetapi kontrak pekerjaan perlu specifik ttg spesifikasi kerja, masalah kerja dan tanggungjawab...takut nti bila nk kena buang, majikan takdelah masuk court...mcm kes saya, one of my staff cuma lulusan PMR, tapi jawatan yg diberi adalah Boarding Assistant, yg mana memerlukan kerja yg agak teruk,dan kadang perlu bekerja lebih masa ,tapi dgn intensif gaji dan kebajikan terjaga rasanya dia pon selesa dgn saya...tapi,kalau lebih2 mmg saya lazerkan ajer..heheh...

seperkara lagi,kalau berkemampuan, bagi biznes yang real life ni,jgn bergantung pada satu perniagaan sahaja...terutama dalam keadaan ekonomi yg tak menentu..cuba xplore biz lain sbg backup  incase berlaku keadaan yg tak menentu..cth, dari biz IT mungkin ada backup printing ke, photostat ke,topup or whatever la...

aarie
that's true, to make a lot of money for better life, or future life or expanding the business. Bergantung juga apa biz yg ada, kalau online biz, lebih byk masa di rumah, kalau trading memerlukan masa yg tak menentu dan perlu modal yg besar, kalau perkhidmatan mcm biz saya memerlukan komitmen dan servis yg bagus dan adakalanya takde cuti...kena pandai2lah manage, perlu staf yg bagus dan bertanggungjawab. tapi,saya ada target iaitu by age 40's,sekurang2nya hutang rumah saya abes, hutang lori abes dan tinggal utang kedai je...dan ada kewangan yg teguh sbg jaminan hari tua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:17 PM | Show all posts
ye...borong skala kecil kecilan....modal pun kecil
izzuddin Post at 11-2-2010 21:31


brp sewa kat sana? Byk tak lot yg kosong?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:37 PM | Show all posts
emmm.. .tapi ada gak silap dari pihak ke-3..contoh loan dari TEKUN mencecah hampir setahun baru nak lulus..sape yg ada pengalaman pinjam tekun start bulan 3 tahun lepas tau la..patut bagitau awal2 dana dah takde..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 02:43 AM | Show all posts
frm wonbin's quote = 'kau ni educated takkan nak buat bisnes mcm ni? '

ehehe .. trans pernah kene cerca dek sedara cenggini .. punya lah dulu trans
sekolah tinggi2 keje bank lagi pastu berhenti keje then buat bisnes makan camni kene cerca
kiri kanan tapi bila dah maju camni boleh pulak mintak tolong kiri kanan .. haha ..

kesilapan terbesar dlm hidup trans :-

1. terlalu percaya kat orang dan memberi mereka apa yg mereka mahu ~ samada staf atau org yg kita percayai  - ingat bukan
trans nak memburukkan orang tetapi ini dunia realiti dalam bisnes terutama apabila
mulut sekeliling kata sudah maju , orang akan berjumpa dgn kalian utk meminta
bantuan begitu begini terutama kalo bab nak pinjam duit atau advance . .. kesudahanya ,
apabila trans berlembut sgt kpada penghutang ni. .. alahai nak bayar punya lah banyak
alasan. ... sampai trans rasa buang masa nak mengingat atau menagih . .. kita yg
menagih hutang ni pulak yg rasa malu walhal duit sendiri. .. kalau setakat rm10-20 boleh
la kira halal tapi kalo dah cecah ribu ?? masalah bukan sorang.. ada lah 5-6 orang ...
.. . .. ingat usaha titik peluh kita ni apa ?? apa kita
beli barang semua ni apa ?? pakai air liur ?? . ..

pengingatan no.1 trans kepada adik2 trans : -

1. dont trust anybody
2. repeat rule no.1 .. .

sbb itu lah dalam prinsip trans sekarang , tak nak sama sekali melayan orang lain dah. .
apabila orang dtg mintak bantuan , trans akan tolak secara baik ... .

nanti trans sambung mudah2an --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2010 05:21 AM | Show all posts
Jangan under estimate dalam bisnes:

Banyak perkara berkenaan cashflow, order barang, dan banyak lagi yang kita akan terperangkap jika under estimate. Terutamanya orang baru dalam bisnes yang mentah tak cukup pengalaman. Contohnya ialah sekarang ni CNY, jangan pulak ingat orang Cina cuti 2 hari sahaja. Maka duit cash, stok, kena cukup disimpan. Kalau tak anda gerenti jem
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_WonBin at 11-2-2010 09:05

Aku tak mau laaa guna perkataan seperti 'tak skolah tinggi atau low mentality' sebab aku kesian dan takut on day dia sumpah aku pula. Tak berkat aku niaga.cmf_WonBin Post at 11-2-2010 09:02


aku pun naik pening dgan staff yg semendang la mintak advance... so apa yg aku buat, aku face to face dgn dia ckap.... bulan ni last aku boleh bg advance... next month, cukup ke tak cukup ke pandai2 la sendiri.... unless mmg btoi2 nak pkai duit for emergency cases...
awai bulan aku bg gaji... tgah bulan aku bg duit OT....so dah berpa bulan ni aku tgok ok plak... tak de la merungut tak de duit ke apa ke...
kesimpulannya, mmg kita kdang2 tak leh nak brlembut sgt dgn org ni... diorg ni pantang,asyik nak amik ksempatan jek...
lg satu, masa diaorg dtg mntak kerja aku akan suruh diaorg bukak acc TH.. so aku akan deduct diorg pnya salary utk saving... sikit je la... sbb kalau nak harap diorg ni mnyimpan sndiri ade jek alasan nya... diaorg nak withdraw dkat TH ni mcm segan la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:57 PM | Show all posts
orange
bagus tu..bukak akaun TH...cadangan yg baik..

-mistake lain (for real product/service)

Jgn terlalu bergantung kepada org tengah /supplier..mana brg yg boleh dicari,beli terus/beli sndiri instead of main order sbb malas nk beli...bila beli direct,automatic blh jimat kos especially dalm bulk yg byk....cth: kalau meniaga kedai runcit ke, rajin2 beli time offer/sale/harga mingguan, sbb harga yg diberi adalah lebih rendah dari supplier....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 10:26 AM | Show all posts
geat info... sy br nk blaja psl bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 11:30 AM | Show all posts
aku ada 2 kedai. 1 baru sebulan glung tikar.
tggl 1 pun nyawa2 ikan
ekonomi skrng ni ssh..
pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 12:06 PM | Show all posts
wow..banyak info..thanks guys!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 12:22 PM | Show all posts
Aku ni tak pernah buat bisnes lagi so tak ada apa2lah yg boleh dikongsi. cuma thread ni baguslah sebab dapat membuka mata dan dapat memberi panduan kepada usahawan dan juga bakal usahawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073519 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list