View: 8760|Reply: 97
|
Celoteh Faizal meleret-leret- UTUSAN 18/2/2010
[Copy link]
|
|
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
SEGALA-GALANYA nampak sempurna pada malam Konsert Satu Suara di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur tempoh hari. Paduan vokal yang mantap antara dua bintang muda iaitu Aizat danFaizal Tahir serta kehadiran penyanyi terbaik yang pernah dilahirkanoleh industri hiburan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cukup untukmenjelaskannya.
Aizat dan Faizal memperlihatkan sisi baru dalam diri penghibur muda berjiwa besar seperti mereka. Persembahan Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut disokong oleh iringan muzik yang hebat. Ia juga berlangsung di pentas prestij bertaraf dunia. Sayang sekali ada kecacatan yang benar-benar merimaskan audiens padamalam konsert itu berlangsung. Ia berpunca daripada Faizal Tahir!
Rumusan ini sebetulnya menterjemahkan sentimen sebilangan besar penonton yang kedengaran pada malam itu. Faizal bertuah kerana memiliki kualiti vokal tersendiri. Dia jugaberuntung kerana memiliki kemahiran menguasai muzik (dari aspekpenghasilan melodi, susunan muzik sehingga ke kerja-kerja penerbitan). Namun, pada malam konsert berkenaan, Faizal menjejaskan tumpuan penonton.
Penyanyi berusia 31 tahun ini wajar diingatkan supaya bijak mengawal diri ketika beraksi di pentas. Celoteh Faizal tempoh hari sangat meleret dan mencetuskan kebosanan di kalangan audiens. Banyak benar cerita yang mahu dikongsi oleh Faizal dengan penontonsedangkan dia mempunyai masa yang sangat singkat untuk menyanyi. Mungkin Faizal terlupa yang peminat-peminatnya datang untuk menontonpersembahannya dan bukannya untuk mendengar celoteh berjela-jela!
Menonton persembahan Faizal tempoh hari juga membawa penontonseakan-akan berada di Staples Center atau Kodak Theatre di Hollywoodpula. Semua orang sedia maklum, Faizal memiliki kemahiran menguasai bahasa Inggeris dengan baik tanpa celanya. Faizal begitu 'cair' berbual dalam bahasa penjajah sepanjang konsertitu sehingga terlupa yang dia berada di Panggung Sari di bumi Malaysia.
Kita semua faham bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia tetapibukankah sebagai rakyat Malaysia kita juga wajar bertanggungjawabmemperkasakan bahasa Malaysia? Faizal adalah ikon seni generasi baru. Dia wajar memikul tanggungjawab yang serupa. Dan setahu semua Faizal juga bukanlah penyanyi yang memiliki albumInggeris! Dia adalah penyanyi lagu-lagu Melayu. Bukankah begitu Faizal?
Ramai yang percaya Faizal terlampau seronok mendapat peluang beraksi di IB sehingga terlupa hal itu. Bukan saja Faizal, bahkan mana-mana penyanyi muda sekalipun akan berasa teruja untuk beraksi di situ.
Dari satu sisi lain, persembahan Faizal memiliki dinamik yang tersendiri. Sebetulnya, penghibur yang juga anak jati Kuala Lumpur itu tidak perlu menjadi orang lain ketika di pentas. Tidak keterlaluan juga kalau disebut pada ketiga-tiga malam konsertitu, majoriti yang hadir adalah peminat Faizal yang menggelarkan dirimereka sebagai Rockensteiners.
Tepukan dan sorakan yang diterimanya membangkitkan kuasa yang cukup luar biasa malam itu. Sebaik Faizal muncul di pentas tanpa bertongkat menyampaikan lagu Sampai Syurga, peminatnya sudah tidak dapat dikawal lagi. Mereka menjerit serta bersorak bagaikan terkena histeria dan itu sudah cukup membuktikan Faizal memiliki ramai pemuja. Untuk menyesuaikan telinga peminatnya, Faizal seterusnya memilih lagu Adrenalin yang merupakan lagu baru dalam album keduanya yang akan dipasarkan bulan depan.
"Album kedua saya ini memang merupakan satu pertaruhan dalam memperkenalkan muzik dan bunyi yang baru.
"Tetapi saya tahu, anda semua masih mahukan yang lama bukan,"katanya dalam lenggok provokasi kepada audiens sebelum menyampaikanlagu yang membawanya ke puncak kemasyhuran iaitu Mahakarya Cinta.
Biarpun kesakitan masih dirasakan, namun Faizal tidak gagal dalampersembahannya. Lontaran vokalnya bertenaga sekali terutama untuk lagurancak seperti Batu dan Golek serta Selamat Malam yang disampaikannya. Faizal yang meminati genre rock dan mengagumi kumpulan Queen mengambil kesempatan menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu. Tiga lagu yang menjadi pilihan Faizal pada malam itu ialah Bohemian Rhapsody, Who Wants To Live Forever dan We Are The Champions.
Energi Faizal cukup menyerlah sewaktu menyampaikan lagu-lagu ini dan ia berterusan sewaktu Faizal mendendangkan lagu Cuba dan Bencinta yang terus memperkasakan kedudukannya dalam industri hiburan.
Rekod baru Aizat
Secara umumnya, konsert yang Aizat dan Faizal Tahir serta penampilan khas Siti Nurhaliza meninggalkan impak yang cukup besar. Konsert Satu Suara membuka tirainya dengan lagu duet Aizat danFaizal, Saya Anak Malaysia (nyanyian asal Dr. Sam) yang diubah liriknyabagi menceritakan diri masing-masing.
Lagu berkenaan cukup signifikan dengan diri Aizat dan Faizal yangmenggambarkan mereka sebagai artis generasi baru yang masih mengekalkanjati diri mereka biarpun dilahirkan dalam zaman pasca merdeka.
Meneruskan momentum yang tercipta daripada Saya Anak Malaysia, Aizat menghangatkan pentas dengan persembahan menerusi lagu Kau Aku dan Fikirlah. Pada malam itu, Aizat turut mempromosikan lagu terbarunya, Susun Silang Kata yang kini sedang popular.
"Untuk mengadakan konsert sebesar ini memang merupakan satu impian yang memang saya idamkan.
"Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamaSiti dan SNP kerana memberikan peluang kepada saya dan Faizal untukmenonjolkan bakat kami kepada masyarakat," kata Aizat sebaik sahajamenyampaikan lagu terbarunya itu.
Bagi menampilkan kelainan, turut dimuatkan visual dan temu bualsepasang kekasih yang menceritakan tentang peranan karya-karya Aizatdalam perhubungan mereka. Sudah pasti, melodi indah Lagu Kita yang disampaikanAizat selepas itu sudah cukup menggambarkan betapa indahnya laguberkenaan untuk menggambarkan perhubungan mereka.
Mendengarkan Aizat menyampaikan lagu yang diciptanya sendiri itumembuatkan penonton khayal seketika dan bagaikan tidak puas mendengarAizat menyanyikan lagu tersebut. Ditambah pula dengan latar belakang pentas yang dipenuhi denganlampu lampu kecil berjaya membangkitkan suasana romantis di dalamPanggung Sari sepanjang Lagu Kita berkumandang.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan karier seni anak mudaberusia 21 tahun ini, pasti tidak akan lupa betapa besarnya pengaruhmuzik kumpulan The Beatles dalam hidup Aizat. Maka itu, Aizat mempersembahkan lagu-lagu kumpulan pujaannya itu secara medley iaitu I Am Walrus, Yesterday dan I Want To Hold Your Hand dengan cara yang tersendiri.
Sewaktu Aizat menyampaikan lagu Yesterday, penonton di dalam panggung terdiam seketika dan menghayati emosi serta lontaran vokal anak muda itu yang cukup mengasyikkan.
Bukan sahaja The Beatles, tetapi kuasa muzik Allahyarham Datuk Sudirman Arshad juga cukup besar dalam hidup Aizat.
Memilih lagu Mat Disko, Aizat berjaya membawakan lagu tersebut dengan gaya yang tersendiri serta menunjukkan skil tariannya.
Bagi menghargai muzik dan mengenang pemergian mereka, Aizat mendedikasikan lagu Pergi yang disampaikan dengan penuh emosi dan syahdu sekali.
Aizat juga berkongsi rahsia dengan hadirin apabila menyatakan rasakagum dan minatnya terhadap muzik yang diperjuangkan oleh kumpulannasyid unggul negara, Raihan.
"Setiap hari, ibu saya akan memainkan lagu-lagu mereka dalam keretasehingga saya sudah dapat menghafalnya," cerita Aizat sebelummenyampaikan lagu Thank You Allah dengan diiringi empat penyanyi latar.
Tidak lengkap persembahan Aizat jika dia tidak menyampaikan lagu keramatnya, Hanya Kau Yang Mampu yang telah melonjakkan namanya di persada seni tanah air. Aizat berjaya membuktikan dia merupakan salah seorang vokalis lelaki terbaik generasi baru. Namun, untuk bertahan lama, Aizat harus mengasah dan menajamkan lagi skil komunikasi dengan audiens. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by snowey_dey at 18-2-2010 08:33
sambungan artikel
**************
Kolaborasi versi baru
Konsert Satu Suara turut ditambahkan variasinya pada segmen seterusnya apabila Aizat dan Faizal tampil secara duet dan menyampaikan lagu popular Siti iaitu Percayalah sebelum meneruskan persembahan dengan lagu-lagu rock pujaan ramai seperti Ratuku (Awie), I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith) dan Always (Bon Jovi).
Penantian untuk menyaksikan Siti mengalunkan suara emasnya itu terlerai apabila dia muncul menyampaikan intro lagu Sejati. Seperti biasa, Siti tidak pernah mengecewakan malah gaya dan persembahannya untuk lagu ini begitu membuai rasa serta memukau sekali. Biarpun hanya di permulaan lagu sebelum Aizat dan Faizal menyanyi lagu berkenaan bersamanya, Siti tetap meninggalkan impak menerusi nyanyiannya.
Tidak dilupakan mereka turut mempersembahkan medley lagu-lagu cinta dengan interpretasi mereka sendiri seperti Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats), Relaku Pujuk (Spider), Ibu Kota Cinta (Def-Gab-C) dan Kau Kekasihku (Siti).
Siti turut menyampaikan lagu secara solo. Kali ini, lagu Biarlah Rahsia menjadi pilihan Siti yang digubah serta diberi sentuhan rock dan Siti tetap berjaya menyampaikannya dengan baik sekali.
Mengakhiri persembahan, Aizat dan Faizal masing-masing memilih lagu I Go serta Gemuruh sebelum menutupnya dengan lagu Saya Anak Malaysia.
Konsert Satu Suara turut menarik perhatian Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang hadir memberi sokongan.
Kesimpulannya, Konsert Satu Suara merupakan manifestasi Siti dalam menghargai bakat besar yang dimiliki Aizat dan Faizal untuk terus bertahan lama dalam bidang seni suara.
Jika ada yang masih lagi berfikiran skeptikal kepada bakat Aizat dan Faizal, buangkanlah ia jauh dari minda kerana mereka sudah membuktikan, hasil produk realiti TV seperti mereka juga mampu menjadi jaguh. Buat Aizat dan Faizal, ini hanyalah permulaan kerana perjalanan seni anda masih lagi panjang. Masih banyak ruang lagi untuk kalian perbaiki dalam membentuk diri menjadi seorang karyawan yang disegani.
************
p/s: betul ckp ko sicomel, klu bab cite buruk faizal, UTUSAN mmg laju.. ahaks..nasiblah wartawan utusan kena dgr bebelan faizal...
lagi satu, adakah motif faizal update status FB dlm BM lately disbbkan ni? aku mcm terkujat sket tetiba stat die dlm BM.. wakaka |
|
|
|
|
|
|
|
FT ni kalau kat luar pentas ngapa bertongkat?...jalan mcm hazab sgt2 la. tapi kalu melalak kat atas pentas tu...eslok aja hilang tongkat..boleh lak diri lama2 tanpa tongkat...auta apa mamat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
FT ni kalau kat luar pentas ngapa bertongkat?...jalan mcm hazab sgt2 la. tapi kalu melalak kat atas pentas tu...eslok aja hilang tongkat..boleh lak diri lama2 tanpa tongkat...auta apa mamat ni?
SANKURIANG Post at 18-2-2010 08:47
alah itu pon takleh pikir ke??
MJ.
pain killer.
tak leh overdose. |
|
|
|
|
|
|
|
kena contol macho beb... |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat lah mamat sorang ni..... :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 aje lah faizal............tapi kebykan lagu2 dia mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
Orange suker je faizal ni..x kira haa kontroversi apa ajer dia buat. Semua tu x mengurangkan kekaguman peminat pada dia. Sebab suara & lagu2 dia best sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
so far die nie suka bikin gimik n gossip....
br menonjol bah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 18-2-2010 09:49
wartawan utusan memang antifaizal .... apa sahaja yg faizal buat semua tak kena terutama si niezam. pakai celak salah. pakai kuku hitam salah. cakap B.Inggeris salah, penerbit muzik2 tukar turn ngan tomok salah. serba serbi lah salah. tak pernah betul di mata dorang pasal faizal tahir. pendek kata faizal tahir tu buruklah di mata dorang lebih2 lagi bila berita harian pilih faizal jadi penulis column. semua pakat nak hentam faizal tahir. jarang sekali la wartawan utusan puji faizal. kalau puji pun tak ikhlas. sbb terpaksa.
aku pun tak faham. kalau sekali dua bolehlah diterima dek akal. tapi kalau selalu2 nampak sangat agenda nak menjatuhkan faizal.
Dari satu sisi lain, persembahan Faizal memiliki dinamik yang tersendiri. Sebetulnya, penghibur yang juga anak jati Kuala Lumpur itu tidak perlu menjadi orang lain ketika di pentas. Tidak keterlaluan juga kalau disebut pada ketiga-tiga malam konsert itu, majoriti yang hadir adalah peminat Faizal yang menggelarkan diri mereka sebagai Rockensteiners.
so aper kes tulis "sebilangan besar yang hadir bohsan". sbb masa FT tu riuh rendah dorang menjerit. di mana bukti sebilangan besar? mungkin kalau yg bohsan tu segelintirnya peminat yg bukan minat FT. sama gak mcm aku yg kurang minat aizat. masa aizat nyanyi aku sedikit bohsan tapi aku tetap bagi sokongan. bila dorang berduet aku tak bohsan. tapi tak derlah aku nak menjatuhkan aizat sbb nobody perfect!
tajuk paper pun dah tahu sengaja nak menjatuhkan FT. agaknya sbb FT tak pernah belanja dorang makan kot ... please la tolong jangan double standard. aku rasa wartawan Utusan yg pergi tu bukan nak tgk konsert pun tapi nak cari salah FT. so bila FT buat lawak, hangin satu badan. tu yg ada point nak tulis pasal mamat tu!
mcm nilah jadinya kalau wartawan ada agenda tersendiri!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat lah mamat sorang ni..... :geram:
wawaKKK Post at 18-2-2010 08:56
tak minat tapi rela tu masuk thread khas FT |
|
|
|
|
|
|
|
FT ni kalau kat luar pentas ngapa bertongkat?...jalan mcm hazab sgt2 la. tapi kalu melalak kat atas pentas tu...eslok aja hilang tongkat..boleh lak diri lama2 tanpa tongkat...auta apa mamat ni?
SANKURIANG Post at 18-2-2010 08:47
ko dh jumpa ker dia lepas persembahan kat IB tu?
kat IB itu ader ker dia berjalan ke hulu ke hilir? berlari ke sana ke sini?
cakap tu biar ader bukti beb!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
10# santubung
a'ah la.. yg plg x leh blah part tukar turn ngan tomok tu..x pasal2 FT kena..
utusan ni jugak lah ckp faizal jaja kisah sakit..n plg teruk utusan lah wat story faizal jumpa peguam nk cerai bini die!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 18-2-2010 09:55
10# santubung
a'ah la.. yg plg x leh blah part tukar turn ngan tomok tu..x pasal2 FT kena..
utusan ni jugak lah ckp faizal jaja kisah sakit..n plg teruk utusan lah wat story faizal jumpa peguam ...
snowey_dey Post at 18-2-2010 09:48
kan .... wartawan utusan tu berdoa siang malam pagi petang gamaknya mintak rumahtangga FT runtuh
dorang nak tgk FT bercerai. nak tgk bini dia jadi janda
aku memang perasan dah lama. siap tulis anak emas media prima.... tu yg dorang hangin sbb Berita Harian tu saingan dorang
jadi kalau dapat jatuhkan FT tu mcm pukul anak sindir menantulah
agaknya tak senang duduk kalau orang puji FT
mcm menang kat AJL jugak siap sindir2 lagi .... tak faham aku yg wartawan yang IQ yg tak berapa tinggi
aderlah yg bijak mcm hartini, adam salleh, & beberapa org lagi tapi yg kureng tu banyak!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 18-2-2010 09:49
wartawan utusan memang antifaizal .... apa sahaja yg faizal buat semua tak kena terutama si niezam. pakai celak salah. pakai kuku hitam salah. cakap B ...
santubung Post at 18-2-2010 09:43
aku paling tak puas hati, yang dia tulis, FT cakap english pun jadik isu. FT tak pernah buat album BI, so dia takleh cakap bi? eiii bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 18-2-2010 10:13
aku paling tak puas hati, yang dia tulis, FT cakap english pun jadik isu. FT tak pernah buat album BI, so dia takleh cakap bi? eiii bangang
cik.panda Post at 18-2-2010 10:01
wartawan tak cerdik memang mcm tu
mcm satu dosa cakap BI
bukan sepanjang masa pun dia cakap BI
itulah Faizal Tahir kat maner2 konsert pun dia campur BM & BI
masa jadi host gangstaz pun
alah dorang tu carik salah FT
paling bodoh statement ni
"sentimen sebilangan besar penonton" dengan "majoriti yang hadir peminat FT"
so??????? aper kes kalau nak jatuhkan orang statement biar selari
jangan nampak kebodohan diri sendirik
kan tak pasal2 aku hangin ..... sbb dah lama aku tahan jer ngan tulisan2 wartawan utusan yang cuba jatuhkan FT. sbb dorang jugaklah tomok & FT jadi kurang ngam. sbb dorang dok cucuk sana sini dlm paper! |
|
|
|
|
|
|
|
paper je la..bg aku faizal behhhhhh..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 18-2-2010 10:30
paper je la..bg aku faizal behhhhhh..hahaha
hamtaro Post at 18-2-2010 10:14
kan.... cakap byk mcm aku pun tak guna jugak
biarlah aper2 pun wartawan tu nak tulis
asalkan dia rasa puas hati
*mesti masa dia tulis article ni berkobar2 perasaan antifaizal |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh perhati lama paper utusan/kosmo sesetgh wartawannya ni mmg semcm ada anti skit (ke banyak?) kt FT ni. tak lupa jugak murai.com
ntah la mmg mcm tu kot stail paper utusan/kosmo. slalu sgt over dlm tulisan dorg. klu benda2 x disukai dibantainya cukup2. tgk je la isu politik, klu nk compare dgn paper lain, paper ni x habis2 suka sgt mainkan isu2 perkauman yg sempit, dan byk lagi la. x lupa dgn majalah mangga dorg yg dh lebih drp separa lucah.... hmmm aku bajet wardina terlupa nk highlight psl majalah mangga bodoh ni...
utusan/kosmo dgn murai.com satu company ke?
p/s sori ter emo jap... ni aku copy paste je post aku sndrik dr thread sblh, x larat nk taip byk2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
to snowey_dey, aku rasa tetiba FT update status FB dlm BM lately maybe sbb kt bhgn comments tu ada sorg fan tu komen 'ckp la bahasa malaysia, kita kan 1malaysia' lebih krg mcm tu la. ada la jugak bbrp kali dia komen mcm tu. so ok la tu, FT dgr jugak. pd aku bhsa campur2 pn x pa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|