|
Post Last Edit by washere2 at 26-2-2010 11:08
Bekas pengurus Faizal meninggal
2010/02/26
Harian Metro
AWAL pagi semalam, rakan sepejabatSS, Norhadiani Baharom atau Yani, dikejutkan dengan satu kiriman SMSringkas daripada Eksekutif Promosi Monkey Bone, Helmy Hamdan yangberbunyi: 'Babe Koi meninggal'.
Sangkaan Yani, itu cuma satu gurauan, maklumlahYani pun tengah mamai sebab baru bangun tidur. Fikir Yani, walaupun siHelmy tu kaki gurau tapi takkanlah dia nak bergurau hal yangmembabitkan soal kematian orang.
Dalam keadaan antara percaya dan tidak, Yani terus hubungi Helmy dan ternyata segala kata-katanya bukan gurauan.
"Aku telefon semalam (Rabu tengah malam), kau tak angkat fon. Aku SMSkau tak 'reply'. Serius, Koi dah meninggal malam tadi, jam 11 malam.
"Aku dengan Pasha (seorang lagi kakitangan Monkey Bone) lepas dapat tahu berita tu, terus pergi ke rumah arwah.
"Cerita yang aku dengar daripada keluarga arwah, sebelum meninggal, Koimengadu sakit dada dengan emaknya. Mereka terus hendak membawa dia kehospital. Kata keluarganya, dia memang ada penyakit asma.
"Tapi belum sempat ke hospital, Koi rebah selepas keluar daritandas. Kakak Koi cuba buat CPR tapi tidak ada respons dan Koi disahkanmeninggal ketika dalam perjalanan ke hospital," kata Helmy.
Barangkali pembaca budiman tidak kenal siapa Koi atau nama sebenarnya,Mohd Shukor Tahir, 28. Dia dulu pernah menjadi pengurus penyanyi FaizalTahir dan sering membantu rakan wartawan di Rap, lebih-lebih lagisewaktu kes Faizal Tahir kena gam gara-gara membuka baju dalam konserttidak lama dulu. Semoga roh Allahyarham Koi dicucuri rahmat. Amin...
**Koi bukan saja bekas pengurus, dia kawan baik FT dan isteri, sejak zaman susah FT sampai ke kejayaan2 FT, sampai sekarang masih aktif tolong fans di Rockensteiners, baru few days back nampak dia kat facebook raihanim
Kehilangan dia merupakan satu kemurungan besar pada FT dan isteri selain rakan2 di 8th Unit, team OIAM, Akademi Industri Muzik Malaysia
nak2 semalam FT kena perform rakaman Muzik2
Takziah pada keluarga Koi, al fatihah |
|