CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 6

Ramai rayu simpati Ziana-(harian Metro-9.03.2010)

[Copy link]
Post time 9-3-2010 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Ramai rayu simpati Ziana
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
2010/03/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TIMBULrasa serba salah apabila ada peserta yang datang ke uji bakat Mentor 4merayu minta mereka diterima menyertai program realiti itu denganhasrat ingin mengubah nasib diri dan keluarga.
Namun apakan dayakerana alasan itu tidak dapat diterima pakai kerana yang dicari merekayang berbakat bukan berdasarkan ihsan semata.


Itulah dilemaZiana Zain, seorang daripada mentor untuk program Mentor musim ini.Peserta yang juga peminatnya itu ada yang menitiskan air mata apabilagagal dalam uji bakat berkenaan. Ziana ketika ditemui pada pencarianmencari protegenya di Sri Pentas, Bandar Utama, Sabtu lalu, akui duapeserta yang menyentuh hatinya bekerja sebagai penoreh getah danpencuci pinggan di restoran. "Kedua-duanya lelaki dan tujuan merekahendak menyertai Mentor kerana ingin mengubah nasib. Tapi macam manasaya hendak menolong kerana mereka langsung tidak boleh menyanyi. Waktumelihat wajah sayu mereka membuatkan saya pula rasa serba salah. "Sukaatau tidak mereka kena faham yang kita pilih peserta yang bolehmenyanyi bukan berdasarkan simpati. Hari ini tidak ramai yang bolehmenyanyi dengan baik, baru ada dua tiga orang yang saya lihatberbakat," katanya.


Kata Ziana dia ditawarkan menjadi mentorprogram sejak tahun lepas, tetapi ketika itu dia hamil anak ketiga(pasangan kembar lelaki dan perempuan). Jadi tahun ini baru diaberkesempatan menerima tawaran itu dan sebagai mentor Ziana hanya inginmenjadi dirinya sendiri. "Saya mahu protege selesa dengan saya, tetapipada masa sama mereka mesti belajar dengan serius. Untuk berjaya janganbanyak main. Saya tidak mahu mengajar mereka dalam keadaan tertekankerana situasi seperti itu menyukarkan dia dan saya. Ia juga bolehmenjarakkan hubungan mentor dan protege yang sepatutnya bekerjasamadengan baik untuk membantu protege mencapai impian dalam bidang seni.


"Walaupunpenat kerana terpaksa melayan 300 peserta hari ini, tetapi saya puasdan gembira kerana dapat mencari serta menilai bakal protege sendiri.Seronok melihat telatah mereka yang pelbagai ragam. Yang kelakarnyatiada seorang pun menyanyikan lagu saya kerana mungkin takut atau tidakboleh menyanyikannya dengan baik kerana lagu saya bernada tinggi.


"Punbegitu menjelang petang ada seorang peserta menyanyikan lagu saya,tetapi saya minta dia pilih lagu lain. Yang mana ada suara baik, sayaminta mereka menyanyi dua tiga lagu kerana saya tidak mahu terlepaspandang. Mungkin lagu pertama tidak sesuai dengan suaranya, tetapi lagukedua atau ketiga menyerlahkan bakat dan kemampuan sebenar.

"Kriteriabakal protege saya mesti berbakat, boleh menyanyi dan menari, sediaterima teguran serta menepati masa. Apabila masuk ke bilik uji bakat,tanggapan pertama sangat penting. Buka saja mulut saya sudah bolehmenilai kemampuan mereka. "Mulanya semua peserta itu akan disaring duluoleh Penerbit Eksekutif dan Penerbit Mentor 4, Muhamad Sufian Isa. Yangberbakat akan diserahkan kepada saya untuk penilaian seterusnya.


"Hariini saya akan terus mencari bakal protege yang bertuah kerana tiadamasa lagi untuk mengadakan uji bakat seterusnya," kata Ziana.


Artislain terpilih menjadi mentor musim baru ini, Mas Idayu, Azmeer, JoeFlizzow, Dayang Nurfaizah dan Mus May. Mentor mula bersiaran di TV3, 11April ini, setiap Ahad, jam 9 hingga 10.30 malam dengan menampilkanAlly Iskandar sebagai pengacara. Konsert mingguan Mentor akan bermula18 April ini. Jurnal protege memaparkan diari harian mereka akan keudara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.20 malam. Manakala JurnalMentor pula setiap Ahad, jam 7 malam.

Credit to: Harian Metro:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... impatiZiana/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 10:41 AM | Show all posts
alahai..malu la weh..da xlayak tu nk merayu rayu pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 10:44 AM | Show all posts
dulu masa kecik2, mak ayah aku selalu pesan
belajar rjn2, sebab keluarga aku jenis susah
sekarang, nampaknya fokus dah berubah
nak ubah nasib, kena jadi artis
mcm pesan black mentor
banyak kali dah ditayang dalam tv
sampai ada anak2 muda (pelajar) dah x fokus kepada belajar
cita-cita untuk ke IPTA semakin luntur
sebab nampak peluang lebih kepada dunia hiburan

sebagai ganti IPTA, ramai yg nampak rancangan realiti
AF, Mentor, Malaysian Idol, MyStar LG, Bintang RTM, Raja Lawak dan banyak lagi

apa pun, tanpa ilmu xkan ke mana
fikir-fikir la ye
jangan terlalu mengejar kejayaan cepat dgn jadi selebriti
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 10:58 AM | Show all posts
heran la budak skrg ni..kalo dah susah knp tk kerja kilang ke....tesco ke...nk ubah nasib keluarga bkn hanya dgn jadi artis je....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:09 AM | Show all posts
tula..suruh blaja pegi main parit...nk jd artis lak xde pakej..malu eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2010 05:32 PM | Show all posts
So sapa yer yang bertuah jadi protege Ziana Tu???? dalam 300+ die yang terpilih...sungguh bertuah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2010 09:34 AM | Show all posts
camtu plak

bnyk lagi cara nk memajukn diri...tak leh guna alasan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052369 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list