|
SEMEMANGNYA SS teruja sangat apabila dapat tahu artis timang anak.Kalau ada peluang, SS ingin merakamkan gambar bayi artis ketika merekamasih di hospital. Tapi akhir-akhir ini, ramai juga artis keberatanmerakamkan wajah bayi mereka ketika baru lahir, sebaliknya menantiwaktu sesuai untuk memperkenalkannya kepada peminat.
Antaranya, Erra Fazira yang menunjukkan anaknya Aleesya pada majliscukur jambul, diikuti Siti Shahrizah Saifudin atau Eja yang perkenalkananak perempuannya, Nur Eishal. Kemudian Que Haidar dan Linda Jasminemenunjukkan Tengku Ratu Haidar dan terbaru, Ziana Zain yang baru sajamemberi kita peluang menatap wajah anak kembarnya, Muhammad Ariel danSiti Nour Kaseh selepas bersalin pada 23 Julai lalu.
PelakonNoorkhiriah juga sudah selamat melahirkan anak lelaki pada 6 Novembertahun lalu, tetapi SS belum nampak wajah anaknya itu dalam mana-manamedia manakala Haryati Hamzah atau Yatt menyambut anak perempuandinamakan Suci Hanania Malika Abdul Mutalib pada 28 Februari lalu.
Dalampada itu, SS ingin betulkan sikit cerita yang disiarkan dalam ruanganini semalam melalui tajuk Jamal Jamaludddin dapat anak kedua. Padaperenggan akhir, SS ada ucap tahniah kepada Catriona Ross dan Yattkerana sudah melahirkan anak. Nyata ia mendapat perhatian Catriona yangterus menghubungi rakan SS pagi semalam mengatakan dia belum bersalintapi sedang menunggu hari. SS minta maaflah sebab macam dikatakan tadi,SS teruja sangat nak uar-uarkan berita gembira semacam itu. Bukan apa,SS dengar ada PRO daripada satu syarikat mahu mengaturkan wawancarakhas dengan Catriona mengenai pengalamannya mengandung dan menjaga anakpertama. Lucunya, orang itu belum lagi bersalin.
SebenarnyaCatriona dijangka melahirkan anak sulungnya pada 22 Mac ini dan diadalam keadaan sihat. Mengenai jantina anak, Catriona berkata, dia tidakkisah kerana inginkan perkara itu menjadi satu kejutan buat dia dansuaminya. Yang penting, dia dan kandungannya sihat. Baguslah. Kitadoakan Catriona akan selamat bersalin.
Sementara itu, artis lain yang sedang berbadan dua adalah Dynas Mokhtar, Nabila Huda, Dang Suria Zainurdin dan Serina Redzuawan. |
|