CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12236|Reply: 13

UPIN & IPIN 4 [TV9] [mulai 15 Mac 2010]

[Copy link]
Post time 16-3-2010 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Upin & Ipin kembali dengan musim baru di TV9!
  • intro serba baru (lagunya kekal sama, tema lukisan buku latihan)
  • outro serba baru (kredit roll bertemakan warga sekolah, jawatan krew jd guru+kakitangan)
  • pelakon suara u+i serba baru (adik syiela menggantikan teah...siapa perasan?)

episod pertama: juara kampung (u+i berlatih badminton)

catch-up TV: www.youtube.com/lescopaque

Tengok tengok tengok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2010 09:04 PM | Show all posts
sumber: http://gengmovie.blogspot.com/2010/03/pelakon-suara-musim-baru-upin-ipin.html

Wednesday, March 17, 2010Pelakon Suara Musim Baru Upin & Ipin

Wah, mesti ramai yang sudah menonton episod baru Upin & Ipin iaitu Juara Kampung yang sudah pun ditayangkan di TV9 tempoh hari. Bagi yang tak berkesempatan menonton, jangan risau kerana anda masih boleh menonton episod ini melalui laman web Upin & Ipin ataupun Bluehyppo. Banyak respon yang sangat baik kami terima. Tak kurang juga yang tertanya-tanya perubahan pelakon suara bagi watak Upin & Ipin. Pada kali ini, kami akan memperkenalkan barisan pelakon suara untuk siri Upin & Ipin yang baru ini.

Antara barisan pelakon suara


utama siri Upin & Ipin musim 4


Memperkenalkan pelakon suara bagi watak Upin & Ipin yang baru iaitu adik Asyiela Putri atau nama manjanya Syiela. Adik Syiela yang juga meminati siri Upin & Ipin sejak diperkenalkan lagi tidak menyangka sekarang dia pula menjadi watak utama bagi siri ini. Syiela yang sudah pun merakamkan beberapa episod baru Upin & Ipin juga sedang bergiat aktif di dalam percubaan mengalih bahasa siri ini kepada versi English. Sekiranya peminat semua ingin mengenali dengan lebih lanjut mengenai Syiela, jangan lupa mengikuti perkembangannya di blog ini ataupun melalui Majalah Komik Upin & Ipin nanti. Perubahan pelakon suara ini sebenarnya ialah untuk memberi ruang kepada bakat-bakat baru di dalam siri Upin & Ipin. Pihak LCP sememangnya sentiasa mencungkil bakat baru dan memberi ruang kepada bakat baru untuk berkembang. Pada masa yang sama juga, pelakon suara asal Upin & Ipin pula sedang memberi tumpuan kepada pelajaran dan dia akan menduduki peperiksaan pada tahun hadapan nanti. Sekiranya dilihat dari segi positif, perubahan ini akan mewujudkan pelapis baru yang sekaligus menjadikan proses produksi siri ini lebih produktif dengan penghasilan episod yang lebih banyak dan pembikinan filem baru.


Asyiela sebagai Upin & Ipin


Seterusnya ialah pelakon suara watak Ijat dan Dzul. Sebenarnya kedua-dua pelakon suara ini dah mula berlakon di dalam siri Upin & Ipin sejak musim lepas lagi, tetapi tidak pernah diumumkan di mana-mana media. Mereka berdua ini juga sebenarnya berkawan rapat dengan pelakon suara bagi watak Mail iaitu Asrol. Walaupun kedua-dua watak ini pada mulanya sekadar watak sampingan, namun semakin lama kedua-dua watak ini semakin mendapat sambutan. Artikel penuh mengenai mereka berdua ini akan dipaparkan di dalam Majalah Komik Upin & Ipin nanti.


Amirul sebagai Dzul

Izzat sebagai Ijat

Watak Mei Mei juga tidak kurang terdapat ramai peminat tidak kira di Malaysia ataupun di Indonesia. Pelakon suara watak yang baru Mei Mei iaitu Tang Ying Sowk juga sebenarnya salah seorang krew di LCP. Selesa dengan nama manjanya iaitu Yuki, dia merupakan salah seorang senior di LCP. Bersuara halus dan comel, dia sememangnya amat sesuai memegang watak Mei Mei.




Tang Ying Sowk sebagai Mei Mei







Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 10:27 PM | Show all posts
Upin & Ipin siri keempat masih lagi ke berdurasi LIMA minit?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:50 AM | Show all posts
pukul brapa startnye citer upin ipin ni....ulangan nye plak hari ape & pukul brapa ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 08:22 PM | Show all posts
4# juliet80 alamak...rupa2nya musim cuti skola baru ada episod baru


tp xpe...boleh pergi ke www.youtube.com/lescopaque utk tonton episod lama dan baru. sementara itu, kita berborak psl apa2 berkenaan dgn upin dan ipin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 08:24 PM | Show all posts
pada musim perayaan Nyepi di Bali baru2 ni, munculnya patung ogoh-ogoh (lambang syaitan) yang diilhamkan oleh rupa wajah Upin dan Ipin.

sumber: http://nasional.vivanews.com/new ... ikan_perayaan_nyepi

Terpesona atau tersinggung?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2010 01:08 PM | Show all posts
TT tumpang tanya..mana nak dpt DVD siri upin ipin yg terdahulu?
aku cuma dpt beli a few episodes jah..yg ada yg siri hari raya & yg depa jadi lanun atas kapal..anak2 dgn aku suka sgt..pegi kedai speedo katanya dah habis stok..huhu

kalau ada mai habaq kat aku kedai2 yg ada jual..tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:56 PM | Show all posts
sumber:

Wednesday, March 17, 2010

Wah, mesti ramai yang sudah menonton episod baru Upin & Ipi ...
cmf_scorpio_mmi Post at 21-3-2010 21:04



   waaaa  suara ipin upin baru.... sama jer nmpk suara dia tak der beza yg asal..kalo camtue baguslah.....

raser dah naik jadi 15 minit khennn......hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 06:59 PM | Show all posts
upin dan ipin yg baru sempena ramadan....... iaitu

RAMADAN KEMBALI LAGI ...........


menemui penonton kat tv9.. jam 7.00 ptg.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2010 11:03 AM | Show all posts
LAGU TEMA BARU UPIN & IPIN dari PADI (Indonesia) - SAHABAT SELAMANYA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 08:57 PM | Show all posts
Siri Upin & Ipin Muncul 30 Minit Mulai Mac 2011

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZSumber: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/11/13/mstar_hiburan/20101112183149&sec=mstar_hiburan


Upin & Ipin menjadi kartun animasi popular masa kini. - Foto oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Siri Upin & Ipin bakal disiarkan selama 30 minit mulai Mac tahun depan berbanding tujuh minit sebelum ini di TV9.

Purata rating slot tujuh minit siri Upin & Ipin sebelum ini mencatat jumlah penonton sebanyak dua juta orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Setelah memerhatikan rating siri Upin & Ipin yang disiarkan selama tujuh minit, kami menganggap permintaan terhadap siri ini sangat tinggi.

Feisal Abdul Malik (dua dari kanan) semasa sidang media Karnival Upin & Ipin di Pusat Konvensyen Shah Alam. - Foto oleh AZMAN GHANI

“Jadi, sebab itu kami mengambil keputusan untuk menyiarkan musim terbaru Upin & Ipinselama 30 minit bermula Mac 2011.

“Kami akan turut menyiarkan siri terdahulu dengan menggabungkan slot tujuh minit kepada 30 minit,” kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Feisal Abdul Malik, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Selain itu, TV9 akan menyiarkan program Kelab Upin & Ipin yang mempunyai pelbagai segmen mulai Jun 2011.

Yayyyyyyy!!!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 07:54 PM | Show all posts
Ada episod baru kat tv9 (isnin hingga rabu) sepanjang cuti sekolah!

Watak upin dan ipin jadi kura-kura; kawan-kawan pun pakai kostum haiwan...pastu tukar nama pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 07:56 PM | Show all posts
Episod lepas Upin & Ipin boleh ditonton di www.tonton.com.my, krn laman web TV9 tidak menyediakan catch-up TV dah; semuanya pindah ke tonton.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 03:06 PM | Show all posts
wahhhhhhh MESTI BEST KANNNNNN.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072221 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list