View: 5207|Reply: 14
|
infinity downline (sejauh mana halalnya)
[Copy link]
|
|
salam semua,
sebenarnya saya dah bukak thread ni kat board Usahawan...
cuma saya kurang pasti samada benda ni halal atau tak..
infinity downline bisness start bila kita bank in RM100 kepada sponsor kita (orang yang atas kita), lepas tu kita kena cari orang dan dia plak kena bank in RM100 ke akaun saya dan seterusnya...
cuma nak pastikan kat sini halal ke bisness macam ni dari segi agama...jom diskus
tankiu |
|
|
|
|
|
|
|
Haram, Multi-Level-Marketing yang tiada product yang khusus ! Lebih baik jalankan business MLM yang sebenarnya business.. seperti GDI, http://jejaktrend.ws (^^) |
|
|
|
|
|
|
|
bisnes cmtu namanya
'Cari Orang TIpu Orang'
sbnrnya mmg haram hukumnye, tapi ada sesetengah org yang berbeza pndapat, pstu sebolehnye2 kuarkn hukum halal.. smpai satu tahap tu kata kubur lain2.. ntahla dorg.
kalula dh halal, pastinya nabi seniri dh galakkan umatnye buat bende cmni..
contohnye cm program wang pos Ta'awun tu,yg join, cari org bawah pstu derma, dpt duit, dh ade hukum haram pun ramai yg cube kuar fatwa seniri..pstu siap promote plak cm dlm komen ruangan ustaz zaharudin ( penulis kolum agama akhbar )
http://www.zaharuddin.net/content/view/878/95/
Status Program |
|
|
|
|
|
|
|
ni penipu je dek nonnn..aku antara org yg tertipu. ko p selak thread aku kat bod ADUAN |
|
|
|
|
|
|
|
nak kaya bukan mcm nih caranya.....
aku tak berani MLM nih....
cukuplah sekadar makan gaji dan buat bisness yg betul2 bisnes cara Nabi Muhammad SAW buat..... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi maksud korang semua...semua MLM pon haram ke...abis tu knp ustaz2 tak nak nasihat atau bagi ceraman pasal benda ni...nanti ramai lagi yang jadi mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi maksud korang semua...semua MLM pon haram ke...abis tu knp ustaz2 tak nak nasihat atau bagi ceraman pasal benda ni...nanti ramai lagi yang jadi mangsa...
trans_007 Post at 20-3-2010 11:11 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir
dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
.................
.................
.................
KESIMPULAN AKHIR
1)
Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)
Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)
Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)
Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.
Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010
PERHATIAN: Teks penuh penerangan oleh Ustaz Zaharuddin boleh dibaca melalui link ini http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/
aku nak tanya ni...macam mana ko boleh kata ustaz tak nak nasihat...? dulu ko dah bukak thread tanya pasal Infinity Downline ni kat bod usahawan dan aku pun dah paste kenyataan Ustaz Zaharuddin kat thread tu...
dan sekarang...ko kata ustaz tak nak nasihat...? ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by trans_007 at 20-3-2010 12:15
7# zaidi_MZZ
maksud saya kenapa tak ambik action yang lebih tegas...sbb benda ni makin hari makin ramai yang nak get involved...mcm kawan saya tu dah dekat 20 dah orang masuk under dia, padahal baru 4 hari dia masuk...sbbnya orang tak tau benda ni sah ke tak dalam islam...
memang saya dah post kan kat thread usahawan tp tak ramai yang post saya nak ramai yang diskus benda ni so ramai la yang akan tahu pasal benda ni.....
saya dah suruh mod tolong pindah ke board agama tapi dia plak letak kat board pelaburan... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi maksud korang semua...semua MLM pon haram ke...abis tu knp ustaz2 tak nak nasihat atau bagi ceraman pasal benda ni...nanti ramai lagi yang jadi mangsa...
trans_007 Post at 20-3-2010 11:11 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak seharusnya salahkan ustaz-ustaz kalau orang ramai dah terlibat.
kengkadang tu, dah tulis, dah ceramah, dah macam-macam... porang dok buat jugak.
macam berasmara tu la kan... atau macam tidak menutup aurat... orang cakap macamana pun, ramai lagi couple-couple dok berpeluk-peluk kat dalam bas, LRT, kompleks.....
termasuk macam avatar kau tu tengah buat apa yer? |
|
|
|
|
|
|
|
tak seharusnya salahkan ustaz-ustaz kalau orang ramai dah terlibat.
kengkadang tu, dah tulis, dah ceramah, dah macam-macam... porang dok buat jugak.
macam berasmara tu la kan... atau macam ...
ibnur Post at 20-3-2010 23:13 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
avatar saya ada unsur2 tak baik ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita tengok, kenapa USA banned konsep MLM? Sebab dalam konsep MLM ni banyak unsur penganiayaan. Hanya upline je yang betul2 kaya. Yang bawah kerja pun, yang atas tetap dalam keuntungan walaupun goyang kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi maksud korang semua...semua MLM pon haram ke...abis tu knp ustaz2 tak nak nasihat atau bagi ceraman pasal benda ni...nanti ramai lagi yang jadi mangsa...
trans_007 Post at 20-3-2010 11:11 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
memang semua MLM haram (fatwa dari aku untuk aku)
tak payah tunggu ustaz bagi nasihat..tuhan dah bagi akal dan tuhan dah jatuh hukum tuntut ilmu tu wajib..sendiri mau ingat la..sendiri kena fikir nak jadi manusia ke nak jadi lembu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 21-3-2010 13:34
avatar saya ada unsur2 tak baik ke...
trans_007 Post at 21-3-2010 00:16 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
patut la pun ustaz dok bagi ceramah pasal MLM ramai tak faham-faham. Pasal aurat yang mudah pun ramai tak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by trans_007 at 22-3-2010 00:49
Post Last Edit by ibnur at 21-3-2010 13:34
patut la pun ustaz dok bagi ceramah pasal MLM ramai tak faham-faham. Pasal aurat yang mudah pun ramai tak faham.
ibnur Post at 21-3-2010 13:26 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
kenapa adakah avatar melambangkan keperibadian orang...saya punya avatar sy punya suka la...
yang avatar awak tunjuk gambar senjata tu sbb nak tunjuk awak seorang terrorist ke...ni puak abu sayyaf mana pulak ni....jihad la konon...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang avatar awak tunjuk gambar senjata tu sbb nak tunjuk awak seorang terrorist ke...ni puak abu sayyaf mana pulak ni....jihad la konon...
tengok gambar senjata tak ada hukum.
tengok aurat memang ada hukum.
MLM dah ada fatwa... serupa macam pendapat awak... ...saya punya avatar sy punya suka la...
kalau orang nak masuk juga, jangan kata.....abis tu knp ustaz2 tak nak nasihat atau bagi ceraman pasal benda ni...nanti ramai lagi yang jadi mangsa...
sebab.....pstu sebolehnye2 kuarkn hukum halal.. smpai satu tahap tu kata kubur lain2.. ntahla dorg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|