CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4534|Reply: 29

blog makcik bibot [hapdet 24.3.10]

[Copy link]
Post time 20-3-2010 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aYuGiLeR at 24-3-2010 16:36

sumber dari astro

sebelum di-delete di website astro. jadi ai paste kat sini.

15 Mac

Apa Kata Tenaga Pengajar?
Haihai hai semuaaaaa!! Apa khabar kawan-kawanku sekalian alam dunia tanpasempadan! Sudah ada pelajar kegemaran musim ini? B.Bot sayang semuapelajar. B.Bot kena lah adil kan? B.Bot kan pengintip profesional.Hehehe

Hari ini, B.Bot nak cerita komen-komen panas tenagapengajar terhadap persembahan Konsert Tirai AF8. Amboi, tak berlengah!Dah kena ‘sound’ awal-awal. Betullah tu, nak tunggu apa lagi kan!

Ini sedikit sebanyak apa yang B.Bot dapat curi-curi dengar;

ADIRA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan kata, Adira tak cukup stamina. Nyanyian sumbang sebab nafas tak sampai. Semput!

Lebih kurang B.Bot nak komen: memang pun! hehe

AIN

Lebih kurang B.Bot dengar, Pengetua ingatkan Ain supaya jangan lalai dengan pujian. Masih panjang perjalanan di AF8 ni

Lebih kurang B.Bot nak komen: Ingat tu!

ALIF

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan kata, nyanyian sumbang. Jauh terbang ke London dan Now York. International gitu!

Lebih kurang B.Bot nak komen: Kelas kau dik!

ANUM

Lebihkurang B.Bot dengar, Cikgu Fati cadangkan tips nak coverline kalauhadapi keadaan nak terjatuh ketika melakukan persembahan

Lebih kurang B.Bot nak komen: Nasib tak jatuh tersungkur!

DAUS

Lebih kurang B.Bot dengar, semua cikgu mengatakan Daus semput dan kurang stamina. Kalau ada stamina, tarian pasti lebih mantap!

Lebih kurang B.Bot nak komen: jangan lupa senaman!

EMA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Fati kata sebutan tak jelas. Itu sebab penonton tak faham. Postur badan pun tak berapa betul

Lebih kurang B.Bot nak komen: oh, ingatkan B.Bot sorang tak paham!

FARINA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cik Que kata Farina lambat panas. Kalau daripada awal dah fokus, persembahan pasti mantap!

Lebih kurang B.Bot nak komen: Fokus fokus fokus!

IWAN

Lebih kurang B.Bot dengar, Pengetua kata nota tinggi bermasalah. Nasib baik Sarimah dah beritahu siap-siap pasal sakit tekak

Lebih kurang b.Bot nak komen: dah minum air garam ke belum?

MAULANA

Lebihkurang B.Bot dengar, Cik Que komen pasal cara berjalan Maulana. Pentingla kan jadi selebriti, orang tengok cara jalan kita

Lebih kurang B.Bot nak komen: Muka macho, jalan kengkang. Der!

NAD

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Siti kata nad kena belajar untuk bukak mulut. Suara agak sengau sewaktu menyanyi

Lebih kurang B.Bot nak komen: janganlah sengau. Taik best!

SHAH

Lebih kurang B.Bot dengar, Pengetua kata Shah terlalu banyak ‘warm up’. Itu yang buat jadi sumbang. Kena rileks sikit

Lebih kurang B.Bot nak komen: Teringat Ebi AF5…rilekssss

SHAHIR

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan tak setuju dengan Adlin kata lagu ini terlalu besar untuk Shahir

Lebih kurang b.Bot nak komen: Amboi Shahir, kata pemalu?

Itusaja hasil intipan B.Bot hari ini. Kalau ada perkara-perkara menarikyang berlaku, B.Bot akan beritahu lagi. Teruskanlah AFUNDI pelajarkegemaran korang. B.Bot terharu tengok masing-masing begitu bersemangatberlatih untuk konsert pertama Sabtu ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2010 04:19 PM | Show all posts
16 Mac - Karektor yang natural

Karektor Yang Natural
Hai hai hai semuaaaaa!! Apa khabar kawan-kawanku sekalian alam dunia tanpa sempadan! Apa khabar hari ni? Dah mula mengundi ke belum? Wah! Banyak betul soalan

Setakat hari ini B.Bot nampak pelajar musim ini sangat berkarektor. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Paling menarik, mereka nampak begitu natural sekali

Ini hasil intipan B.Bot hari ini:

ADIRA

Lebih kurang B.Bot nampak, Adira begitu bersungguh dalam kelas lakonan Cik Que. Sehingga menitis air mata lakonan

Lebih kurang B.Bot nak komen: B.Bot pun sedih. Huargghhhh!

AIN

Lebih kurang B.Bot nampak, Ain ni tak dapat dipisahkan dengan gitar kesayangnya. Ada masa terluang, dia pasti bersama gitar

Lebih kurang B.Bot nak komen: Bawak la gitar untuk konsert, barulah ngam!

ALIF

Lebih kurang B.Bot dengar, Alif mengeluhbimbang kalau-kalau lagu tugasan minggu ini tidak sesuai dengan suaranya

Lebih kurang B.Bot nak komen: Buat je yang terbaik dik!

ANUM

Lebih kurang B.Bot nampak, Anum bukan main lagi takut. Cuak sangat dia sampai tertonggeng-tonggeng

Lebih kurang B.Bot nak komen: Amboi, over lah!

DAUS

Lebih kurang B.Bot dengar, Daus ada masalah sebutan sewaktu kelas Cik Que. Tapi comel sangat dia sebut salah

Lebih kurang B.Bot nak komen: suka dengar Daus dan Farina cakap bahasa Sarawak!

EMA

Lebih kurang B.Bot dengar, Ema sangat sedih hari ini. Dia terlalu merindukan keluarga terutama Mamanya

Lebih kurang B.Bot nak komen: B.Bot ok je sebatang kara…

FARINA

Lebih kurang B.Bot nampak, Farina teruk kena marah dengan Cikgu Siti. Semuanya sebab dia reaksi terhadap muzik

Lebih kurang B.Bot nak komen: Marah-marah sayang lah tu

IWAN

Lebih kurang B.Bot nampak, dalam kelas tarian Iwan teruk kena jerit dengan Cikgu Linda sebab tak dapat tangkap Adira

Lebih kurang B.Bot nak komen: !angkap sewaktu tarian ye, bukan tangkap cintan!

MAULANA

Lebih kurang B.Bot nampak, Maulana konon-konon melantik diri sendiri menjadi mengajar kawan-kawan sewaktu kelas tarian Cikgu Linda

Lebih kurang B.Bot nak komen: Amboi, nak jadi koreografer pulak?

NAD

Lebih kurang B.Bot dengar, nad ni takut betul kalau dia tersingkir minggu ni. Yelah, Konsert Tirai kan dia macam teruk sikit

Lebih kurang B.Bot nak komen: Jangan takut. Buat je yang terbaik!

SHAH

Lebih kurang B.Bot tengok, Shah suka lagu bonus, Jangan Ada Benci yang akan dinyanyikan untuk Debaran AF ahad ini

Lebih kurang B.Bot nak komen: Tak pernah benci duduk di Akademi

SHAHIR

Lebih kurang B.Bot nampak, Shahir merangkak-rangkak di dance floor masa kelas Cikgu Linda. Kelakar betul!

Lebih kurang B.Bot nak komen: Suara b.Bot lagi kuat daripada Cikgu Linda tauuuuuu!

Itu saja yang sempat B.Bot teropong. Nanti B.Bot akan tengok lagi perkembangan mereka. Ingat, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing-masing!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2010 04:20 PM | Show all posts
18 Mac

Gelagat Pelajar
Haihai hai semuaaaaa!! Apa khabar kawan-kawanku sekalian alam dunia tanpasempadan! Sudah dapatkan tiket menonton Konsert Pertama ke belum? Laintau tengok kat rumah dengan dating sendiri ke Dewan Sri Putra

Macam B.Bot, walaupun tak dapat pergi Konsert, tapi hari-hari B.Bot duduk dalam akademi dan menonton gelagat pelajar ini

Ini hasil intipan B.Bot hari ini:

ADIRA

Lebihkurang B.Bot nampak, sewaktu kelas Cik Que Adira asyik sebut perkataan‘aish’. Sikit-sikit ‘aish’. Entah kenapa tiba-tiba jadi gagap

Lebih kurang B.Bot nak komen: Mungkin kena kenan lagu Gagap (Stacy)

AIN

Lebihkurang B.Bot nampak, Ain hari ini sedikit tertekan dalam kelas vokal.Malah dia nampak macam ‘bad mood’ selepas dimarahi Cikgu Siti Hajar

Lebih kurang B.Bot nak komen: Biasa lah kena marah sewaktu belajar

ALIF

Lebihkurang B.Bot nampak, Alif rajin berlatih untuk lagu Kau Aku untukKonsert Pertama. Masih banyak kelemahan, tetapi dibetulkan Cikgu SitiHajar

Lebih kurang B.Bot nak komen: Kalau berusaha, pasti berjaya

ANUM

Lebihkurang B.Bot nampak, Anum tidak suka dengan kehadiran tetamu pertama keakademi. Dia menjauhi tetamu itu dan terus makan tengahari

Lebih kurang B.Bot nak komen: tetamu haruslah kita layan macam keluarga sendiri

DAUS

Lebih kurang B.Bot nampak, Daus bila dalam keadaan tertekan atau dalam kelas lakonan akan bercakap dalam bahasa Sarawak

Lebih kurang B.Bot nak komen: baguslah kalau tak lupa negeri kelahiran

EMA

Lebih kurang B.Bot nampak, Ema sering diperhatikan Daus ketika berlatih. Bukan B.Bot je perasan, Cikgu Siti pun..

Lebih kurang B.Bot nak komen: dari kerana mata, yang mempunyai kuasa...

FARINA

Lebihkurang B.Bot nampak, Farina tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayudengan Daus. Dia lebih selesa bercakap dalam bahasa Sarawak

Lebih kurang B.Bot nak komen: Yelah, nanti orang kata lupa diri pula

IWAN

Lebih kurang B.Bot nampak, Iwan khusyuk melihat Ema ketika berlatih. Namun dia menafikan setelah diperli oleh Cikgu Siti Hajar

Lebih kurang B.Bot nak komen: Amboi, ada apa-apa ke ni?

MAULANA

Lebih kurang B.Bot nampak, Maulana masih menyimpan kemampuan dia menyanyi di hadapan Cikgu Siti Hajar di kelas vokal

Lebih kurang B.Bot nak komen: jangan sampai tak terkeluar sewaktu persembahan di Konsert sudahlah

NAD

Lebih kurang B.Bot nampak, Nad mudah mesra dengan tetamu di akademi hari ini. Dia yang paling banyak berbual dan beramah mesra

Lebih kurang B.Bot nak komen: teringat Bob AF2..mesraaaaaaaa

SHAH

Lebih kurang B.Bot dengar, Shah menyanyikan lagu Shahir, Khatimah Cinta. Tapi bukan untuk konsert, tapi ditujukan pada Adira

Lebih kurang B.Bot nak komen: Lebih baik fokus lagu tugasan tu!

SHAHIR

Lebihkurang B.Bot nampak, tagline shahir paling lucu. Semua orang suka.Ingatkan Pengetua nak reject, rupanya Pengetua pun suka.

Lebih kurang B.Bot nak komen: Janji bahagia dik!

Itu saja yang sempat B.Bot teropong. Nanti B.Bot akan tengok lagi perkembangan mereka.

Ingat, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing-masing!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2010 04:20 PM | Show all posts
19 Mac

Persembahan Depan Pengetua
Haihai hai semuaaaaa!! Apa khabar kawan-kawanku sekalian alam dunia tanpasempadan! Semakin tak sabar kan menunggu Konsert Pertama?

Tapi paling penting kenalah beli tiket. Kalau tak beli, jangan lupa tonton di Astro Ria (saluran 104) tepat 9.00 malam Sabtu ini

Ini hasil intipan B.Bot hari ini:

ADIRA

Lebih kurang B.Bot dengar sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, Adira nyanyi sedap. Tapi kurang penghayatan
Lebih kurang B.Bot nak komen: Tambahkan feel, pasti ok!

AIN

Lebihkurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, Ain ditegur kerana tidak memberi ‘attitude’ dalam nyanyian
Lebih kurang B.Bot nak komen: Tak semestinya perlu nangis kalau kena marah

ALIF

Lebih kurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, Alif mempunya masalah dengan lontaran suara
Lebih kurang B.Bot nak komen: Mujur Alif ada kelebihan berinteraksi dengan penonton

ANUM

Lebihkurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, Anum lebih berkeyakinan tetapi sedikit bermasalah dengannyanyian
Lebih kurang B.Bot nak komen: Kalau nyanyian ok, pasti meletup!

DAUS

Lebih kurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, persembahan Daus sangat memberangsangkan!
Lebih kurang B.Bot nak komen: Bantuan kawan-kawan menambah seri persembahan

EMA

LebihkurangB.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar,tidak selesa menyanyi dengan memakai kasut tumit tinggi
Lebih kurang B.Bot nak komen: hidup jangan banyak alasan

FARINA

Lebihkurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, tiada masalah dalam bahasa Inggeris. Cuma tambahkanpenghayatan saja
Lebih kurang B.Bot nak komen: Orang Borneo kurang masalah bahasa Inggeris

IWAN

Lebih kurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, persembahan Iwan sangat menggoda
Lebih kurang B.Bot nak komen: Cuma perlu kawal sedikit pernafasan ketika menyanyi

MAULANA

Lebihkurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, Maulana menyanyi dan menghiburkan dengan bersungguh-sungguh
Lebih kurang B.Bot nak komen: simpan untuk konsert, nanti hilang pulak suara tu

NAD

Lebihkurang B.Bot sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, Nad telah bertukar menjadi perempuan seksi
Lebih kurang B.Bot nak komen: Kena yakin diri sendiri seksi!

SHAH

Lebihkurang B.Bot dengar sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, Shah gugup kerana menjadi pelajar pertama membuat persembahan
Lebih kurang B.Bot nak komen: Kena sentiasa bersedia

SHAHIR

Lebihkurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenagapengajar, Shahir menyanyi kurang jelas dan kurang penghayatan
Lebih kurang B.Bot nak komen: Selepas Pengetua perbetulkan, harap-harap ok

Itu saja yang sempat B.Bot teropong. Nanti B.Bot akan tengok lagi perkembangan mereka.

Ingat, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing-masing!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2010 04:24 PM | Show all posts
kenapa ai rasa 85% yg diterangkan oleh bibot tak ditunjuk dlm diari?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 04:28 PM | Show all posts
DAUS

Lebih kurang B.Bot nampak sewaktu persembahan depan Pengetua dan tenaga pengajar, persembahan Daus sangat memberangsangkan!
Lebih kurang B.Bot nak komen: Bantuan kawan-kawan menambah seri persembahan


harap2 bt0l lahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2010 04:31 PM | Show all posts
5# af_mania

a'ah kan noks...

bes gak baca makcik neh tulis...

diari patut 1 jam...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by myralupilato at 20-3-2010 16:40
Lebih kurang B.Bot nampak, Iwan khusyuk melihat Ema ketika berlatih. Namun dia menafikan setelah diperli oleh Cikgu Siti Hajar



Lebih kurang B.Bot nampak, Ema sering diperhatikan Daus ketika berlatih. Bukan B.Bot je perasan, Cikgu Siti pun..
cinta tiga segi kah ini???jeng jeng jeng...

ema mesti seronok dan bangga klu baca ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 04:37 PM | Show all posts
Lebih kurang B.Bot nampak, Ema sering diperhatikan Daus ketika berlatih. Bukan B.Bot je perasan, Cikgu Siti pun..


cinta tiga segi kah ini???jeng jeng jeng...

ema mesti seronok d ...
myralupilato Post at 20-3-2010 16:36 [/quote]

kann??

jadi rebutan gituu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 04:46 PM | Show all posts
9# Nadia90

ema menjadi rebutan jejaka2 yg plg digilai kat bod AF cari lg tu...hebat...

yg ai rasa lawak sgt kan psl iwan and daus ni..dua2 antara budak af8 ygplg ramai peminat...tp dorg minat artis2 yg ramai xminat...

daus- minat dgn fasha sandha and bintang af, suka sgt rini AF7...yg kelakar dua2 fasha and rini xberapa digemari kt cari ni...  

iwan- minat dgn mila..mila pun rekod tak berapa cemerlang kat cari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 05:13 PM | Show all posts
IWAN

Lebih kurang B.Bot nampak, Iwan khusyuk melihat Ema ketika berlatih. Namun dia menafikan setelah diperli oleh Cikgu Siti Hajar

Lebih kurang B.Bot nak komen: Amboi, ada apa-apa ke ni?


Nape tak siarkan dlm diari:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2010 05:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by myralupilato at 20-3-2010 16:40




Lebih kurang B.Bot nampak, Ema sering diperhatikan Daus ketika berlatih. Bukan B.Bot je perasan, Cikgu Siti pun..
cinta tiga segi kah ini??? ...
myralupilato Post at 20-3-2010 16:36

ai nak jadi emma lah kalau camtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 05:53 PM | Show all posts
ai nak jadi emma lah kalau camtu
af_mania Post at 20-3-2010 17:51

gediksssnye af maniam
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 05:55 PM | Show all posts
12# af_mania

xpayahla...

percaya lah pada diri ko sendiri nok...tah2 ko lg hebat dari ema...

tp ai rasa mcm ayat makcik bbot ni, daus cam lebih berminat dg ema...iwan kan taste dia mcm mila...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:38 AM | Show all posts
boleh tahan makcik B.Bot ni ek.. tp btl ke gosip2 die nih...?

klu btol bgslaa.. blh laa tau perkembangan budak2 tu byk sikit.. nak harapdiari yg setgh jam tu.. huh nan hadoo jek...

T.T klu de update lagi dr makcik B.Bot paste la lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:45 AM | Show all posts
boleh tahan makcik B.Bot ni ek.. tp btl ke gosip2 die nih...?

klu btol bgslaa.. blh laa tau perkembangan budak2 tu byk sikit.. nak harapdiari yg setgh jam tu.. huh nan hadoo jek...

T.T ...
Joeli2 Post at 22-3-2010 11:38

ai speku mokcik bibot neh encik baha??????

sama huruf "B" gitu nama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 11:47 AM | Show all posts
Perempuan semua tak ada yang lawa , belum melekat di hati aku
Lelaki ............. go Iwan go
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:51 AM | Show all posts
12# af_mania  

xpayahla...

percaya lah pada diri ko sendiri nok...tah2 ko lg hebat dari ema...

tp ai rasa mcm ayat makcik bbot ni, daus cam lebih berminat dg ema...iwan kan tas ...
myralupilato Post at 20-3-2010 17:55



melepaslah iolss...kalau iwan taste macam mila jah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:54 AM | Show all posts
melepaslah iolss...kalau iwan taste macam mila jah......
melly_pinggu Post at 22-3-2010 11:51

ai nak jadi mila lah kalau camtu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:13 PM | Show all posts
kenapa ai rasa 85% yg diterangkan oleh bibot tak ditunjuk dlm diari?
af_mania Post at 20-3-2010 16:24


mana nak sempat tayang kalau dah diari 20 minit jer sehari?? :re:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.361461 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list