CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 0

Pengusaha produk pelancongan perlu lebih kreatif

[Copy link]
Post time 22-3-2010 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha produk pelancongan perlu lebih kreatif

MUAR 21 Mac - Para pengusaha produk pelanconganterutama di luar bandar perlu mengambil kesempatan daripada kemasukanpelancong Singapura pada setiap hujung minggu dengan menyediakanbarangan atau perkhidmatan yang lebih kreatif.


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, usaha ituperlu dilakukan bagi memastikan para pelancong terlibat bukan sahajaakan berbelanja lebih malah sanggup bermalam di destinasi menarik dinegara ini.
Berdasarkan perangkaan katanya, hampir 40 peratus pelancong luarnegara yang direkodkan adalah dari Singapura dan kelazimannya merekaberada di negara ini pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Pelancong Singapura suka berkunjung ke kawasan luar bandar kerana mereka sudah biasa dengan kawasan bandar besar.
"Saya dapat melihat potensi bandar Muar dalam menarik pelancongSingapura melalui kekayaan warisannya dan alam semula jadi yangcantik," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Emas di sini hari ini.
Terdahulu, beliau diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar(MPM), Abd. Wahab Ridwan dan Pengarah Tourism Malaysia Johor, NoridahKamarudin membuat tinjauan terhadap projek penyelenggaraan taman-tamanrekreasi di daerah ini yang menerima Pakej Rangsangan EkonomiKementerian Pelancongan.
Beliau turut meluangkan masa menaiki bot rekreasi yang menyusuriSungai Muar di samping dihiburkan dengan tarian kuda kepang danbarongan daripada penduduk tempatan.
Menurut Yen Yen, beliau berharap aktiviti pelancongan di daerah Muardapat dirancakkan menerusi tumpuan terhadap tarikan-tarikan yang unikdi sini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada MPM kerana melakukan inisiatifseperti mengadakan papan tanda, melabelkan spesies pokok dan jugamengadakan promosi berterusan.
''Apa yang Muar perlukan kini adalah sebuah Pusat InformasiPelancongan yang dapat menyalurkan maklumat kepada pelancong danmenghubungkan mereka kepada pengusaha produk pelancongan," katanya.
Sementara itu, Yen Yen memberitahu, beliau berpuas hati denganpelaksanaan projek penyelenggaraan taman-taman rekreasi di daerah ini.

"Peruntukan sebanyak RM810,000 telah dikeluarkan bagi membiayaiempat buah projek di daerah ini dan ia berjaya dilaksanakan," katanya.

utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list