View: 2339|Reply: 1
|
Lebih banyak projek untuk usahawan Melayu dalam RMK-10
[Copy link]
|
|
Lebih banyak projek untuk usahawan Melayu dalam RMK-10: Shafie
2010/03/26ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akanmemastikan usahawan dan peniaga Melayu mendapat projek sewajarnya dalamRancangan Malaysia Ke-10, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliauberkata, kementerian sedang menyusun satu kerangka pengagihan secarabaik supaya semua peringkat usahawan dapat menikmati projek yangdirancang.
"Mereka akan terlebih dahulu dipastikan berkeupayaanmelaksanakan projek yang dianugerahkan dan untuk itu kementerianmelalui agensinya akan melatih untuk memantapkan nilai pengurusanperniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikanmesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia negeri Kedahdi sini malam tadi.Shafie berkata, usahawan yang telah mantap daripada segi latihan,pengalaman dan pengetahuan berpeluang mendapat manfaat daripada projekRMK-10 itu kelak manakala usahawan baru dibimbing.
Dalamucapannya sebelum itu, beliau berkata walaupun ada kelemahantersendiri, usahawan Melayu telah membuktikan mereka juga mampubersaing dengan bukan Melayu jika mendapat peluang.
Shafieberkata, Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan Perdana Menteri, DatukSeri Najib Razak, pada 30 Mac ini dijangka mengambil kira cabaran yangperlu diharungi usahawan Melayu pada abad ke-21. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Harap perbaiki projek lama yg gagal tu.
Contoh: projek rakan niaga lintah, cacing, ikan ketutu, keli, kambing.
Sarang burung Walit pun dah ada. Dah masuk ke kabinet.
Semoga kesalahan lama tak berulang kembali.
Kesannya 90% terkena pada bumiputera. Harap kerajaan lebih prihatin. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|