View: 21128|Reply: 87
|
SAMARINDA - HABIL & QABIL
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 19-11-2010 22:56
Aaron Aziz kini kembali ke layar kaca terrestrial setelah hampir 2 tahun menjadi wajah eksklusif di stesen berbayar.
Seterusnya di slot Samarinda TV3, HABIL & QABIL.
belum ade sinopsis dn senarai pelakon2 lain buat mase ni. |
|
|
|
|
|
|
|
x minat sgt ngan dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak minat gak aaron aziz ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aQuA_dIaMoNd at 7-4-2010 11:36
aku pun x minat aaron..dia ngan fahrin hanya bersandarkan rupa semata2
lakonan tiada jiwa...n aura...cam remy,fizz,aqasha...zul huzaimy,sahiezy...walpun rupa dorg kureng sket..tp lakonan mantap giler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aQuA_dIaMoNd at 7-4-2010 11:36
aku pun x minat aaron..dia ngan fahrin hanya bersandarkan rupa semata2
lakonan tiada jiwa...n aura...cam remy,fizz,aqasha...zul huzaimy,sahiezy...w ...
aQuA_dIaMoNd Post at 7-4-2010 03:35
setuju... rasa mcm nak hempas je laptop tgk dia berlakon dlm pisau cukur...
kayu cendana to the max.. bercakap macam x bukak mulot... |
|
|
|
|
|
|
|
ensem ker aaron tu..?? bese jek aku tgk...mgkin sbb aku x suke dia kut.. |
|
|
|
|
|
|
|
wokeyh la ada aaron aziz ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pengarah: faisal ishak. terbitan filmscape... pelakon2: aaron aziz, zed zaidi, siti saleha, azhan rani etc. |
|
|
|
|
|
|
|
abby abadi pun ade dlm cite nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best jer...kna tgk ni tp mampukah aku??? |
|
|
|
|
|
|
|
uwaaa....music background dier cam nur kasih ler...
rindu ngan nur...adam...aidil....
opss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Drama Habil dan Qabil Samarinda tv3
Sinopsis drama baru slot Samarinda tv3 malam ni 22hb Sept.
Nurizspace.blogspot
Satu lagi drama baru di TV3 Habil dan Qabil dalam slot Samarinda tv3,bermula malam ni 22hb September.
Pelakon pelakon dalam drama Habil dan Qabil ni terdiri dari Zed Zaidi, Aaron Aziz, Siti Saleha, (pelakon baru), Rashidi Ishak, Abby Abadi, Zila Bakarin dan ramai lagi. Drama ni diarahkan oleh Khabir Bhatia yang terkenal dengan drama dan filem hebat.
Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil
Cerita bermula...Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.
Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.
Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.
Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,
Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.” Saksikan kesudahan drama Habi dan Qabil |
|
|
|
|
|
|
|
best ke??smlm tertidur lak......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# adifrs
kan ni drama filmscape... tu la psl. best tak?
hihi... pengarah pun pengarah bsama utk NK, faisal ishak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# hijau88
tauuuu....
tgk pun....dah mcm mood NK.... tapi citer lain....
ntah.....masih baru kan...x dpt nak agak lorr......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# adifrs
kan... itu la mood NK sentiasa terasa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adifrs
kan... itu la mood NK sentiasa terasa ni.
hijau88 Post at 23-9-2010 10:30
....demam x kebah2...mmg x bleh nak ilang mood tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
drama nie byk flashback. aaron nie berlakon biase2 jer
tp byk lak filem die berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm menarik sinopsis die |
|
|
|
|
|
|
| |
|