CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3406|Reply: 5

Modal kecil menjadi besar............

[Copy link]
Post time 8-4-2010 06:30 PM | Show all posts |Read mode
assalamualikum dan selamat petang

Saya bermula kecil dalam bisnes.Saya memulakan bisnes dengan modal RM500 dan menjual pakaian.
Dengan modal kecil akhirnya menjadi besar walaupun bukan jutawan.Saya bersyukur dengan jerih perih mengharungi bisnes.

saya tidak malu memulakan bisnes dengan modal kecil dan bergerak dari rumah ke rumah menaiki bas....
masuk kampung,felda,meredah tanah merah dan sebagainya...
usaha berterusan akhirnya memberi kesenangan...modal permulaan dari rumah ke rumah,kemudian berniaga pasar malam,seterusnya memiliki 3 buah kedai pakaian,1 restoran dan gerabak kecil menghasilkan produk sendiri.Insya -Allah kedai pakaian  keempat akan dibuka Jun nanti.

saya kecewa dengan karenah ramai forumer yang suka angan2 besar sedangkan mempunyai modal kecil dan masih buta tentang perniagaan.Menghubungi saya kononnya mempunyai modal 100k dan ingin mmebuka kedai pakaian.Bila berjumpa,wang tunai hanya ada 20k...
Tindakan sedemikian membuang masa saya.

saya sedih dan kecewa dengan sikap suka menyusahkan orang lain.saya bukannya kedekut ilmu dan kemahiran namun jumlah modal perlu realistik.saya hanya akan berjumpa dengan orang yang ada modal realistik dan mempunyai komitmen tinggi untuk berjaya...Jika modal kecil,berniagalah kecilan.Bacalah kultus pakaian dalam Facebook. tidak perlu menghantar sms,emel untuk berjumpa.Saya buka kultus untuk mendidik usahawan baru dan sesiapa yang berminat dengan bisnes pakaian.Alhmdulillah,ramai mendapat manfaat.

saya mohon maaf jika kata-kata ini menyinggung perasaan anda semua.Saya sedih bila diperbodohkan oleh ramai manusia .
saya terlalu sibuk hingga kadangkala tidur 3 jam sehari menjalankan bisnes dan menulis buku.saya penat dan amat penat.
Namun hidup perlu diteruskan hingga nafas terakhir...life is tired..
n die will get rest ....insyaAllah


Rahsia modal kecil menjadi besar :

1.keuntungan bisnes dijadikan modal baru.
2.Jimat cermat.
3.Buat akaun bisnes dengan baik.
4.Pilih produk yang laris.
5.Jangan biarkan produk bertimbun tanpa usaha menghabiskan produk.
6.Cari lobang produk yang murah dan mendapat keuntungan tinggi.
7.Elakkan cara sabotaj,memusuhi usahawan sama jenis.
8.Sering berkongsi idea dengan usahawan sama jenis.
9.Elakkan pemberian hutang kepada pelanggan.
10.Belajar susah dahulu....susah itu manis.....

saya mohon maaf jika thread ini mengganggu anda semua.Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dalam bisnes pakaian.
saya malu berkongsi pengalaman memandangkan lebih ramai usahawan pakaian jutawan dalam board ini....namun demi melahirkan lebih ramai usahawan pakaian yang berjaya,saya menulis thread ini...
saya tahu usahawan pakaian yang jutawan terlalu sibuk untuk mendidik orang lain sebagaimana teman saya jutawan pakaian di Johor hanya menjadi silent rider dalam forum......

Beliau sering ke China dan mengambil produk pakaian bernilai RM1.5 juta setiap bulan.Beliau mempunyai 10 buah kedai di Johor,Singapura  dan rumah beliau bernilai RM3 juta.
saya kagum dengan kejayaan beliau..wlupun sy usahawan kecil,beliau berkawan dengan saya dan sering memberikan motivasi agar terus berusaha....dan saya terus berusaha...

mungkin ini therad terakhir dari saya dalam board usaahwan dalam tahun ini.saya terllau sibuk sekarang.Pelbagai bisnes perlu dijalankan,pelbagai buku hendak ditulis,pelbagai temujanji,pelbagai destinasi perlu dituju...

saya mohon maaf kepada semua forumer jika ada kata-kata menyinggung anda semua.saya masuk forum untuk mendidik usahawan baru,bukan nak cari glamour atau gila cari pelanggan,gila promote buku  sebgaimana tuduhan dalam board sembang usahawan ..cukuplah pelbagai hinaan dan nista dilemparkan dalam thread sembang usahawan.Malah ada seorang forumer menuduh saya munafik dalam therad sembang usahawan dan dibiarkan tuduhan tersebut dibaca ribuan orang.

saya x kisah..tuduhlah apa sahaja.fitnahlah apa sahaja...tulislah apa sahaja.anda semua berhak menulis.
saya hanya diam dan berdoa kerana Allah lebih Bijak dan Maha berkuasa.

yg Maha Bijak adalah Allah swt manakala manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kenaifan  adalah saya.....

sekian
wasalam....

saat sulaiman
man who look Dummy but not Dumb!
www.saatcham.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 11:23 AM | Show all posts
en. saat,

saya suka baca tulisan anda. teruskan berforum dan berkarya.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 07:06 PM | Show all posts
syabas en saat..seorang yg gigih, kesian pun ada jugak..byk pengalaman yg boleh di kongsi bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 10:29 PM | Show all posts
aku suka bila saatcham beri nasihat dan pendapat

teruskan tampa jemu dalam masa yg sama anda

akan mendapat kepuasan diri dan berbakti utk masyarakat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 08:41 AM | Show all posts
Saya pun selalu membaca tulisan anda.... sebagai panduan ke arah yang lebih baik.
Teruskan je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:05 PM | Show all posts
lumrah manusia...xble nampak yg benar ..itulah orang kite..xble nak maju mcm bangsa lain yg mana sama2 support biarpun kdai sebelah menyebelah jual benda yg sama..tuhan itu maha adil dan saksama.Ingatlah rezki  itu dari Allah S.W.T..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.182625 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list