CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16011|Reply: 116

OMG!!! gegambar semua cam ponen tak siap jah!!!

[Copy link]
Post time 5-5-2010 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aYuGiLeR at 5-5-2010 17:50

Nad: Saya Perempuan, Bukan Pengkid Ya!























        Teks oleh Razif Rosdi
        Foto oleh Bonie Shariff
        Dandanan: C-Cut Salon Team (019-3939797)
        Juru solek: Huzz
        Baju: ES Qaseh Make-over (0177981033)

        KUALA LUMPUR, 5 MEI 2010: Bermula dari konsert Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) lagi, pelajar yang bernama Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21, telah dituduh sebagai pengkid disebabkan perwatakannya yang lasak seperti lelaki. Tohmahan ini diperkuatkan lagi dengan kedudukan Nad yang pernah menjadi ketua pasukan futsal di kampus pengajiannya iaitu di Universiri Multimedia Malaysia (MMU).

        Menjawab tuduhan ini, Nad yang ditemui sewaktu hadir ke pejabat murai.com.my berkata tuduhan itu adalah fitnah semata-mata dan ia cukup menyingung hati dan perasaannya.

        "Kenapa semua orang mesti cakap saya macam ni. Kalau tengok perempuan yang lagaknya ganas sikit, mesti nak cakap tomboylah, pengkidlah atau macam-macam lagi. Saya ni perempuan, dan saya bukan pengkid tau.
        "Kenal saya betul-betul barulah boleh tahu siapa sebenarnya saya ni. Walaupun saya nampak lasak tetapi jiwa dan perasaan saya lembut sama seperti wanita lain," ujarnya.

        Selain itu, Nad yang kelihatan akrab dengan Iwan mengakui cukup senang mendampingi jejaka kelahiran Negeri Sembilan itu Iwan hingga ada yang bera nggapan mereka ibarat pasangan kekasihnya di dalam akademi.

        "Sebenarnya, saya dan Iwan bukanlah bercinta. Hubungan kita orang macam kawan je. Best friendlah. Kami ni memang ngam bersama. Senang cerita kami ni sekepala. Terus-terang antara banyak-banyak pelajar lelaki lain, saya lebih selesa berkawan dengan Iwan.

        "Saya pun rapat dengan Iwan bukanlah sebab dia milik ciri-ciri lelaki idaman saya. Disebabkan saya minat lelaki yang wajahnya mirip kacukan Cina, tak bermakna Iwan tu kekasih saya. Dari mula mula lagi, saya dah senang nak berkawan dengan Iwan. Kalau nak komen sampai mana tahap hubungan saya dengan Iwan, itu saya tak tahu nak cakap.

        "Kalau ada jodoh saya dan Iwan tak ke mana. Tetapi, kami tetap akan berkawan walau apa jua sekali pun terjadi. Itu janji saya pada Iwan," jelas Nad.

        Di samping itu, bermula dari awal konsert mingguan AF8 sehingga konsert mingguan Nad disingkirkan, Nad sering saja mendapat kritikan negatif dari Adlin Aman Ramlie. Adakah Nad tidak merasai Adlin sememang tak menyukai dirinya itu?

        Begitu juga dengan pengetua AF8, Norman Abd Halim yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak suka kepada Nad.

        "Tipulah kalau saya tak terasa dengan teguran dari cikgu Norman. Saya rasa mungkin dia saja buat macam itu untuk menaikkan semangat saya. Sejujurnya, memang ada sampai satu tahap saya dah nak give-up. Tapi bila saya fikir balik, buat apa nak kecewa, saya hanya perlu ambil semua ni secara positif saja. Saya cuba buat yang terbaik setiap minggu. Syukurlah pada konsert akhir saya beraksi, saya dah buat dia sedikit bangga.

        "Tentang Adlin pula, saya terimanya dan semua orang boleh kritik atau kutuk ikut suka hati. Saya akui memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Terus-terang, saya memang ada rasa geram dengan Adlin tapi mujurlah dapat nasihat dari cikgu-cikgu. Kalau saya fikirkan sangat,nanti menjejaskan persembahan saya pula," katanya.

        Sementara itu, Nad berazam mengikuti jejak langkah senior AF4 iaitu Rich yang kini selesa dengan kumpulan Estranged. Gadis ini akan terus mengejar cita-cita sebagai penyanyi dengan bandnya iaitu The Nadia's yang terdiri dari 4 ahli iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Nad vokalis).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 06:00 PM | Show all posts





Sian Nad...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2010 06:00 PM | Show all posts
apa bengong la orang yg direct photoshoot ni?? adoyai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:02 PM | Show all posts
apa bengong la orang yg direct photoshoot ni?? adoyai...
aYuGiLeR Post at 5-5-2010 18:00


memang agenda dia kot?


   



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:03 PM | Show all posts
Oh God.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:03 PM | Show all posts
Oh God.....
beta_carotene Post at 5-5-2010 18:03


selaku presiden terulung.. sila ambil tindakan!!!
   



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2010 06:05 PM | Show all posts
sangat tak perlu extension rambut tu!!
kenapa eh manusia zaman kini suka mempersoalkan kejantanan dan kebetinaan orang lain??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:07 PM | Show all posts
sangat tak perlu extension rambut tu!!
kenapa eh manusia zaman kini suka mempersoalkan kejantanan d ...
beta_carotene Post at 5-5-2010 18:05

Pasrah jelah..



   



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 06:10 PM | Show all posts
OMG!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:12 PM | Show all posts
Pasrah jelah..

freekey Post at 5-5-2010 10:07



ahahaha....  wonder what she was thinking... 
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:13 PM | Show all posts
x perlu la rambut panjang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:15 PM | Show all posts
x perlu la rambut panjang
mizsela Post at 5-5-2010 18:13

tak cukup vogue ke?



   



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:16 PM | Show all posts
mod ayu jeles nad lagi cun dari sheolss?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:19 PM | Show all posts
mod ayu jeles nad lagi cun dari sheolss?
MetalFire Post at 5-5-2010 18:16


motif uols fefeeling senah?
   



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:19 PM | Show all posts
concentrate on her future career please??

"Gadis ini akan terus mengejar cita-cita sebagai penyanyi dengan bandnya iaitu The Nadia's yang terdiri dari 4 ahli iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Nad vokalis)"
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:21 PM | Show all posts
nad ker?
aku ingat kan mak hayam maner tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 06:24 PM | Show all posts
Nad ke niyh? lorhhhh..mek igt sape tadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:25 PM | Show all posts
motip nak bagi pakai baju cam gini siap dgn rambut pelsu yang very de hazab

nad cam besa jer dah cukup cute
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:28 PM | Show all posts
motif uols fefeeling senah?
freekey Post at 5-5-2010 18:19



    tang manenye senah tu? btw, nampak cun je nad nih..kureng laa sikit nampak kejantanannya tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 06:31 PM | Show all posts
ya ampunnnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.086404 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list