View: 135869|Reply: 292
|
Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Santeira at 21-4-2012 12:49
Salam. Ini adalah posting thread pertama saya dalam CARI ni. Bagaimanapun saya dah lama menjenguk-jenguk forum dalam CARI ni, kalau tak silap zaman Arwah Uncle K ada lagi. Cuma tak terfikir sangat nak aktif dalam forum pasal saya pernah kena 'bash' dalam satu forum permotoran yang menyebabkan hilang minat berforum kerana wujud puak-puak elitis. Ok. Pendekkan cerita.
Dibawah adalah koleksi penulisan saya dalam web http://www.aimanku.com/ceritahantu/ .....Dalam web tersebut saya menggunakan nick 'MFT'. Maka disini tidak wujud istilah copy paste kerana cerita tersebut ditulis oleh saya sendiri berdasarkan pelbagai sumber.
Tujuan saya menerbitkan semula koleksi penulisan ini adalah bagi memastikan 90++ koleksi cerita hantu yang ditulis saya dalam ruang maya tidak hilang begitu saja. Boleh pakai agaknya alasan ini. Apa pun menulis itu derita yang bahagia (A.Samad Said)
Ghosts tale to tell part 1
Suatu malam,penulis dan kawan-kawan baru pulang balik dari makan nasi goreng yang dijual,kerana muak makanan Dewan Makan.Oleh kerana badan masih rasa kepanasan.Kami melepak beramai-ramai dibawah kipas ditengah-tengah dorm.Kemudian kami menerima kunjungan hormat kawan-kawan dari dorm lain.Macam biasalah cerita hantu mesti keluar punya.Antara cerita yang penulis masih ingat;
1-Hantu bermain dengan PA system:-Di sekolah di Kukup,pada suatu malam selepas jam 12,tiba-tiba kesunyian malam dipecahkan oleh satu suara,daripada speaker-speaker yang dipasang disekeliling sekolah.Butiran percakapan tidak difahami.Suara kedengaran berbunyi garau,halus,kanak-kanak dan entah apa.Semua penghuni asrama dibelakang sekolah diam tak berani berbuat apa-apa.Pengawal?Entah dah sembunyi kat mana.
2-Kelas kosong:-Seorang guard berpusing-pusing dikawasan sekolah suatu malam waktu cuti penggal.Dari satu blok ke satu blok.Dari satu tingkat turun naik.Sampai kesebuah kelas,ground floor,hujung sekali.Dilihat kipas tak bertutup.Maka masuklah ke kelas tersebut.Ditutup kipas dan keluar semula.Tupp,bunyi suis dihidupkan,lampu kalimantang menyala.
Guard tak mahu mengalah,faham dia sedang disakat.Masuk semula ke dalam kelas.Ditutupnya suis lampu dan ditunggu sekejap.Sunyi.Tiada apa-apa.Yakin keadaan sudah tenang.Guard pun keluar.
Beberapa langkah saja baru berjalan,kerusi kayu dibaling keluar kelas.Bukan satu,tapi lebih 10 buah.Guard jadi malas nak melayan.Dibuka lampu koridor dan berlalu pergi.
3-Cikgu diganggu:-Suatu pagi,seorang cikgu,yang bertugas sebagai penyelia bahagian pinjaman buku teks,naik ke kawasan stor buku.Tingkat 3,hujung sekali.Suasana sekolah masih sunyi dan matahari masih segan menjengah lagi.Sebelum membuka pintu terdengar bunyi seperti ada orang didalam stor.Cikgu rasa pelik dan seram.Belum lagi jam 7 pagi.Siapa pula dalam stor berkunci?
Cikgu mengetuk pintu bertanya siapa didalam? Satu suara menjawab-'Kalau nak tahu masuklah,tapi berani sangat kah?'.
Cikgu terus berlalu ke kantin sekolah.
4-Kawasan bengkel automotif:- Suatu petang,seorang kawan kami yang dipanggil'Kasut' sibuk menyiapkan projeknya;- sebuah bahagian enjin kereta yang dibaikpulih(restore).Untuk pengetahuan,waktu penulis bersekolah dulu pelajar vokasional akan diberikan satu projek khas untuk menguji kemahiran teknikal danpemarkahan untuk exam SPM(V).Maka 'Kasut' terpaksa menyiapkan projeknya itu kerana masa semakin suntuk.Dah beberapa bulan 'Kasut' asyik membaiki bahagian enjin tersebut.Jam telah menunjukkan masa menghampiri maghrib.
'Kasut' kemudian meninggalkan kerjanya setelah siap.Ditinggalkan projeknya itu diatas meja kayu.Esoknya 'Kasut' dapati bahagian enjin yang dibaikinya semalam dibuka dengan penuh teliti.Setiap komponen daripada sekompleks mana sehingga ke skru tersusun diatas meja.Cantik halus kerjanya.Tapi kerja siapa?Takkan satu malam boleh dibuka semua komponen?
Nasiblah 'Kasut' berjaya pass SPM(V) tahun itu.
Ghosts tale to tell part 2
Penulis pernah belajar di sebuah sekolah Teknik.Ramai kawan-kawansekepala.Antara aktiviti kami ialah berkumpul beramai-ramai ditengah dormsambil berborak,dan kadang-kadang cerita hantu turut dibualkan. Antara yangpenulis masih ingat:
1.Hantu galah menunjuk diri:-Wak Em seorang buruh am di sekolah.Antara pekerjaannya ialah membaiki perabot samada dalam bilik kelas atau asrama.Suatu malam,Wak Em pergi membetulkan gobok seorang pelajar dikawasan Aspuri.Pada waktu itu kawasan dorm yang dimasukinya kosong kerana semua pelajar pergi prep dikawasan sekolah.
Dorm yang ditujunya ialah ditingkat 5,blok paling hujung.Diluar kawasan pagar adalah kawasan kebun sawit.Dekat setengah jam Wak Em membetulkan gobok tersebut.Setelah siap,Wak Em menutup lampu dorm dan keluar.
Berderau darahnya apabila dilihat daripada koridor diluar kawasan sawit sebelah luar bangunan,ada kepala sesuatu benda yang cukup besar.Kalau nak dikata saiz kereta kancil pun boleh jadi.Berbulu.
Wak Em bergegas turun ketingkat 4,dilihat diluar koridor,ternampak bahu bendaberbulu itu.Berlari-lari kemudian Wak Em ke tingkat 3,dilihat tangan benda itu pula.Ditingkat 2 pula bahagian kaki,ditingkat 1 bahagian lutut dan ditingkat ground floor dah hilang benda tersebut......Hantu galah?Boleh jadi.
2.Bergolek ditangga:-Wak Parjo bekerja sebagai pengawal keselamatan disekolah.Suatu malam,beliau meronda sekeliling sekolah sehingga ke asrama.Waktu berjalan dikoridor dewan makan 2 tingkat,Wak Parjo terdengar bunyi dikawasan tangga.
Dijengahnya,lalu menaiki tangga tersebut.Bertembung hantu bungkus.Bergolek dari satu anak tangga ke satu anak tangga.
Tersenyum menunjukkan gigi bertaring seperti gigi ikan kepada Wak Parjo.
Wak Parjo pura-pura tak nampak.Kedua-dua mereka tidak bergerak-gerak.Beberapa detik kemudian hantu bungkus menghilang.
3.Pasangan bahagia:-Sarip keluar ke dewan makan suatu malam.Mengambil air.Waktu memasuki kawasan dewan makan yang gelap menuju ke 'water cooler',dilihatnya kelibat satu pasangan duduk dimeja makan paling hujung.
Sebagai senior,Sarip terus menuju ke arah pasangan tersebut untuk memarahi 'couple' tersebut.Dan beliau kemudian berpatah balik.
Pocong rupanya.
4.Atas tangki:-Cikgu Yunus ketua warden asrama.Rumahnya terletak disebelah tangki air aspuri.Suatu malam selesai meronda blok asrama,Cikgu Yunus lihat diatas tangki sesuatu sedang bertenggek.Dah tahu,mesti hantu.
Lalu beliau ke keretanya mengambil lampu.Waktu disuluh keatas tangki,terdengar suara 'Nak tengok apa?budak-budak (pelajar aspuri) tu semua darah manis-manis'
Cikgu Yunus terus masuk kedalam rumahnya.
5.Stor kosong:-Bonzer pergi kebilik air suatu malam.Dalam mamai-mamai tu,sempat dilihatnya stor kosong sebelah tandas.Tiada apa-apa.
Selepas keluar tandas,dilihat sekali lagi dalam stor.Ada nenek tua terapung-apung.
Ok. Cukup 2 cerita dulu untuk pengenalan. Terima kasih sudi membaca. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:05
Ghosts tale to tell part 3
Mar 6th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 127
'Jaie esok siang je kau basuh baju kau tu. Dah tengah-tengah malam ni.Kau nak ajak aku teman?Rokok takde aku malas nak teman'kata Mamak kepada 'dorm mate'nya Jaie.Mereka sekelas dalam kejuruteraan jentera.
'Takpa la.Aku basuh 'kerbau' je.Ada kawan pun tak guna.'perli Jaie.Mamak tersengih sambil menyelak APO keluaran Disember 2000 yang dirembatnya dari dorm junior.
Mengambil sabun serbuk,berus dan baldi bajunya yang penuh separuh,Jaie turun kebawah blok mereka.'Mamak,kau betul tak nak ikut aku?Esok aku belanja aiskrim Malaysia nak?'laung Jaie bergurau.'Aku alergik aiskrim murah!!'balas Mamak tergelak.Jaie pun melangkah keluar dorm.Diperhatikan dorm-dorm lain sudah bertutup pintu.
Sampai ditempat basuh yang terletak di ground floor di belakang blok,Jaie memerhati kawasan belakang blok yang gelap.Pemisah antara blok dan kawasan sawit dibelakang cuma pagar biasa.Tak berani diperhatikannya lama-lama.Buka paip,basahkan baju,tabur sabun serbuk atas,gosok.
Tinggal 2 helai lagi baju T yang tinggal.Telinganya menangkap bunyi sesuatu dari kawasan gelap dibelakang.Fikirannya memainkan watak-watak hantu yang ditontonnya.Bukan hantu mat saleh,tapi hantu-hantu nusantara yang terbayang sedang kegemarannya ialah cerita drakula atau werewolf dari barat.Ini macam hati memang ngeri bukan main.Terbayang-bayang pontianak,atau langsuir,atau pocong bermuka hitam,atau hantu-hantu lain yang tak diketahui nama sainsnya.
Jaie menoleh kebelakang.Tiada apa pun kecuali kegelapan.
Terdengar lagi bunyi sesuatu.Jaie toleh lagi kebelakang.Hanya nampak gelap malam.
Jaie terus mengemas basuhannya.Tak berani lagi terus berada dibawah.
'Nak naik dah ke?'tegur suatu suara garau.
Saat itu Jaie terasa jiwanya tersentap sangat.Seram tahap terakhir.
Entah kenapa kepalanya boleh menoleh kebelakang dan dilihatnya............
Pontianak membawa kain-kain berdarah memerhatikannya.Di unjuk kain-kain itu pada Jaie.Busuk menyengat.
'Teman aku basuh kain'kata Pontianak bersuara garau.Menyeringai menghampiri Jaie.
Jaie gelap mata disitu juga.
p/s- penulis selalu bagi Jaie pinjam ROTTW waktu di asrama dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ghosts tale to tell part 4
Mar 23rd 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 120
Cikgu Pi'e warden blok Bestari di Teknik Batu Pahat. Seorang yang disanjungi anak-anak jagaannya.Pada waktu itu antara orang terawal memiliki Yamaha 125Z sepanjang pengetahuan penulis. Digelar 'Papa' secara underground oleh pelajar blok Bestari.
Sepanjang menginap diasrama,penulis mempunyai hubungan yang baik dengan Cikgu Pi'e dan kalau nak kena hukuman apa-apa penulis diantara yang favourite kena dulu.Tak la sakit mana kalau kena pun.Dan seperti biasa bagi memenuhi requirement cerita hantu aimanku ini,disini dikongsi bersama satu pengalaman Cikgu Pi'e;
Suatu masa cuti penggal,hari Jumaat,pelajar Teknik akan pulang kekampung masing-masing selesai solat Jumaat.Jika lebih berani sebelum Jumaat lagi sudah cabut balik atau keluar ponteng sembahyang melepak di bus stand Batu Pahat dan kad balik kampung yang perlu ditandatangani warden bertugas akan di tolong ambil oleh kawan-kawan lain.
Jam 4 petang,asrama sudah kosong.Cikgu Pi'e melihat-lihat kawasan sekeliling blok bagi memastikan tiada lagi pelajar dalam dorm bagi tujuan mengunci pintu dorm,prosedur biasa bagi mengelakkan pencuri atau sesiapa saja menceroboh masuk memandangkan cuti penggal seminggu keatas.Ada lagi seorang dua pelajar yang menunggu keluarga menjemput pulang setelah habis waktu bekerja jam 5.Cikgu Pi'e tak kisah.
Waktu remang maghrib,Cikgu Pi'e naik lagi ke setiap level bagi membuka lampu kalimantang.Puas hati setelah diperiksa tiada pelajar lagi yang berada dalam dorm dan blok Bestari.
Selepas Isyak,Cikgu Pi'e berada di ground floor memasang lampu akuariumnya.Dijengah-jengah juga ruang prep belajar yang juga di ground floor,sah memang tiada sesiapa pun dalam blok kecuali keluarga Cikgu Pi'e.Warden-warden lain pula diblok masing-masing.Mereka juga sepertinya,berasa lebih aman setiap kali cuti penggal.Tidaklah ikan-ikan belaan warden diusik ganggu kalau pelajar tiada.
Jam 1 pagi,Cikgu Pi'e terdengar ditepi blok Bestari bahagian belakang.Bunyi orang membasuh.Kita semua dah tahu memang blok semua dah kosong,jadi siapa pula yang membasuh?Kalau nak dikatakan pekerja dewan makan yang berada berhampiran blok,memang tak logik.
Kalau nak dikatakan bakal guru dimaktab sebelah Teknik lagilah tak logik.Jadi siapa?
Cikgu Pi'e keluar menjenguk kebelakang blok.Memang ada orang membasuh.
'Siapa tu?' tanya Cikgu Pi'e menghampiri kawasan basuhan yang gelap.
Senyap tanpa jawapan.
Cikgu Pi'e menyalakan suis lampu dibalik dinding.
Dilihatnya seorang lelaki muda membasuh pakaian penuh berdarah-darah dari atas pelantar basuhan hingga ke lantai penuh dengan darah mengalir.Tekun membasuh tanpa mempedulikan Cikgu Pi'e.
Tiba-tiba basuhannya terhenti dan menoleh Cikgu Pi'e.
'Tumpang kejap' kata lelaki muda tersebut.Mukanya memang mengerikan.Kepala terbelah ditengah dan dapat dilihat punca darah yang melimpah-limpah ke atas baju basuhannya keluar dari luka besar dikepalanya.Nampak isi putih jelas.
Cikgu Pi'e buat-buat tak dengar dan berlalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Once upon a time in Europe
Mar 21st 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 106
I once have a trip in Europe..better for me not to reveal the name of that place......You know
'.....Saya dan teman wanita saya merangkap Joan isteri saya sekarang merancang percutian bersama di 'sana'.Kami memerlukan cuti sebagai satu cara untuk mendapatkan inspirasi setelah penat bekerja dan membuat benda yang sama.Saya bekerja sebagai pengurus restoran keluarga saya dan Joan menguruskan perniagaan keluarganya dan kami jarang dapat bersama waktu itu. Kami sudah lama tidak bercuti...uhhh cuma hari Krismas saja. Tapi itu pasti lainkan?
Joan mencadangkan kami pergi ke kawasan pedalaman di 'sana' jauh dari negara kami Australia. Saya pada mulanya memikirkan Joan pasti akan mengajak kami pergi ke London,Paris atau tempat-tempat yang klise bagi kebanyakan orang yang mahukan percutian yang memuaskan dan memandangkan kami agak mampu daripada segi kewangan,buatkan saya terfikir Joan akan menghabiskan duit saya dengan bercuti ditempat-tempat mahal...haha.
Tapi ini yang membuatkan saya semakin menghargai kehadiran Joan disisi saya. Pemikirannya memang agak berlainan berbanding mana-mana wanita lain. Ya dan saya bersetuju dengan cadangannya itu.
Kami tidak menggunakan mana-mana khidmat agensi cuma merujuk pada teknologi seperti GPS, Blackberry milik Joan dan bersiap dengan cek pengembara serta kad kredit milik saya....'
Once we arrived there....to make the story short
'.....Ini mungkin disebabkan kali pertama kami menggunakan cara meredah sebegini saja, dan Joan tidak 'update' GPS miliknya,kami sampai entah dimana. Oh ya,kami menyewa kereta waktu itu memandangkan lebih mudah dan tidak memeningkan kepala memandangkan saya tidak mahir teknikal.
Kami sampai disebatang jalan tanpa tar pada jam 7 malam tak silap.Nampak seperti sudah lama tidak digunakan orang jalan tersebut.Seingat saya sebelum kami sampai dikawasan tersebut,cuma 3 buah bangunan saja yang kami nampak.Sebuah rumah mobil, sebuah rumah tinggal dan sebuah gereja lama.Jadi ini sudah pasti kami sampai dikawasan yang jauh daripada komuniti.
Joan mencadangkan kami terus memandu kedalam.Saya pada mulanya membantah dan mahu berpatah balik.Tapi kemudian atas sebab yang saya sendiri pun tak pasti terus menekan pedal minyak melalui jalan tersebut.
Hanya pokok-pokok tua dan sekali sekala binatang rhodensia kelihatan.Joan tiba-tiba menjerit mengatakan ternampak cahaya didepan sana.Kami terus memandu dan nampak sebatang jalan dikiri.Joan meminta kami memandu sampai ke tempat cahaya tadi.
Kami sampai di sebuah rumah besar.'Kruyzz Inn' nama untuk sebuah rumah tumpangan.Bangunan dengan gaya binaan lama.Tersangat lama.Joan mengajak saya keluar dan menjengah kedalam.
Saya menolak daun pintu.Keriut besi pintu kerana berkarat.Dalam ruang dalam,saya tak nampak sebarang peralatan moden.Walau dawai tembaga sekalipun.Pelik.Kalau begitu mana datangnya bekalan elektrik pada lampu rumah ini?
Kelihatan tong-tong kayu berisi arak dibahagian belakang.Seorang lelaki tua merenung kami didepan bar.Beliau lalu melambai-lambai kearah kami.Memanggil menghampiri dirinya.
Joan menarik tangan saya.Saya sebenarnya tergamam pada waktu itu kerana rasa pelik.Dimana sebenarnya kami sekarang?
'Kamu berdua tidak perlu bermalam disini'kata lelaki tua itu.
'Tapi bukankah ini rumah tumpangan?boleh saya berjumpa dengan pengurus?'balas Joan.
'Puan Pengurus tiada disini dan tidak akan berada disini.Saya minta kamu segera keluar dari sini'tegas lelaki tua.
'Maaf,tapi kami perlukan sebuah bilik'jawab saya sebagai menyebelahi Joan.
'Maaf tuan yang budiman,tapi bukanlah masanya sekarang dan saya mendoakan tidak terlalu cepat'kendur kali ini suara lelaki tersebut.
'Apa maksud tidak terlalu cepat?beginikah cara melayan orang?'suara Joan mula meninggi.
Saya menarik Joan keluar sambil memohon maaf pada lelaki tua tersebut.Joan memarahi saya kerana tidak bertegas sedangkan pada fikirannya kami perlu mendapatkan tempat bermalam pada waktu itu.
Saya tidak menjawab kerana berasakan perlu keluar dari situ seberapa segera.Sebaik membuka daun pintu untuk keluar,kami melihat puluhan batu nisan berceracak.Patung Virgin Marry yang patah bahagian tangannya seolah merenung kami.
Suasana menjadi sunyi.Rumah tumpangan hilang bila saya menoleh kebelakang.Tiada.Berganti ratusan batu nisan.Banyak nisan yang patah dan ada juga bentuk kubur yang saya tidak pernah tahu.
Joan terus memeluk saya sambil menjerit ketakutan.Saya terkaku.Kami berdua berpelukan hampir sepuluh minit.
Setelah mendapatkan kekuatan dan kesedaran,saya menarik Joan ke kereta kami.Mujurlah kami berjaya keluar dari situ dengan selamat.
Kami terus memandu sehingga sampai ke rumah mobil yang dilihat pada awal perjalanan tadi dan berhenti.Pemiliknya seorang negro.Tersenyum dan bertanya samada kami sudah terjumpa 'Kruyzz Inn'?
Beliau mengajak kami masuk dan menghidangkan kopi panas.Katanya selalu saja ada orang asing yang mendakwa masuk kekawasan rumah tumpangan misteri yang sebenarnya memang tidak pernah wujud.Kecuali kuburan lama yang sudah ditinggalkan sebelum zaman Renaissance lagi.
Joan masih tidak melepaskan saya dari pelukan....'
I dont know if we really encountered with something that can be considered as paranormal or spirit or maybe something that modern science cant tell.But I still remember the 'Kruyzz Inn' logo.With 2 crows each side and a torch in the middle,with '1654' year.Also now I know what are the meaning of not too early as been told by that old guy...You sure know what does he mean it now...Not to die too soon |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat awet
Feb 25th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 246
Aslan dan kawan-kawan berjiran dengan keluarga Uncle Hock. Hubungan sesama jiran antara mereka memang baik. Selalu bertegur dan kadang-kadang Uncle Hock membelanja mereka semua makan.Isteri Uncle Hock dan 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah menengah.Comel-comel putih melepak.
Cuma Aslan hairan kerana dilihat dari luar rumah,satu bilik 'master bedroom' dalam rumah Uncle Hock.Pintu tidak ditutup rapat.Suasana yang gelap dan jarang-jarang dimasuki ahli keluarga jirannya itu. Mahu ditanya tapi terasa tak sedap hati pula,maka didiamkan saja.Tambahan pula mereka cuma sekadar berbual-bual diluar rumah.
Suatu malam,Uncle Hock diserang penyakit jantung. Sebagai jiran,Aslan dan kawan-kawannya menolong menghubungi ambulan untuk menghantar Uncle Hock ke hospital.Sambil menenangkan ahli keluarga jirannya itu yang menangis-nangis,Aslan mengemas barang-barang untuk Uncle Hock ke hospital.Matanya melihat bilik yang menjadi misteri padanya itu.Terasa sesuatu yang menarik minatnya masuk ke dalam.
Peluang tiba,bila ambulan sampai dan semua ahli keluarga Uncle Hock mengikut ke hospital.Aslan mengajak seorang kawannya masuk kedalam bilik gelap tersebut.Mereka pun melangkah masuk.Tiada niat buruk,cuma sekadar menjawab kehairanan yang bersarang dalam fikiran.
Dilihat 2 lampu berwarna hijau ditengah-tengah bilik.Cahaya yang terlalu lemah untuk menerangi ruang gelap.2 lampu tersebut seperti sebahagian daripada altar pemujaan.Tapi puja apa?
Aslan terlanggar sesuatu dalam gelap.Diminta pemetik api kawannya.Lalu diunjuk kebenda yang dilanggarnya.Sebuah peti kayu dan ditutup dengan kaca.Aslan semakin bersemangat untuk tahu apa bendanya itu.
Berderau darah mereka berdua dalam gelap tersebut,bila mereka lihat dalam peti kaca tersebut mayat seorang lelaki Cina.Berpakaian kot hitam dan bertali leher.Nampak sedikit kering tapi tidaklah mereput.Mayat awet.
Mereka terus keluar dari bilik gelap tersebut.Seram rasanya mengetahui apa yang menjadi misteri selama ini adalah mayat seorang lelaki yang disimpan dalam rumah.
Beberapa minggu kemudian,diketahui jawapannya.Mayat tersebut adalah anak lelaki Uncle Hock.Mati muda kerana sakit. Uncle Hock terlalu bersedih maka dibuat keputusan agar mayat anaknya itu tidak ditanam,tapi sebaliknya dianggap masih hidup lagi dengan cara mengawetnya dan disimpan dalam rumah. Mereka juga mengetahui daripada segi undang-undang waktu itu,mayat boleh disimpan jika memperoleh lesen dari pihak berkuasa.
Namun Aslan dan kawan-kawan faham perasaan seorang ayah. Mereka terus mengambil berat kebajikan jiran mereka tersebut yang dianggap seperti keluarga sendiri,sehinggalah Aslan dan kawan-kawan berpindah beberapa tahun kemudian kerana tuntutan hidup.
p/s-Ayah penulis adalah kawan serumah Aslan sewaktu bertugas di Muar. |
|
|
|
|
|
|
|
Nafsu
Feb 10th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 248
Ketika ghairah berapi menyelubungi tika itulah anak Adam diperdaya serta bala askarnya Iblis.
Azhar pemuda yang nakal.Segala nikmat dunia pernah dirasakannya.Dosa seperti tiada bekas lagi pada hatinya.Jika berminat walau dengan wanita mana saja,pasti diusahakan untuk ditiduri dan ditinggalkan nanti.
Suatu senja,pulang dari kota.Azhar berjalan pulang kekampungnya.Pada zaman penjajahan kita fikirkan seperti biasa klise adanya tanah merah muat 2 orang lalu,hutan tebal kiri kanan,suasana gelap pada senja tanpa penerangan penyuluh jalan. Jika mahu diperdaya syaitan pasti mudah.
Azhar perhatikan seorang wanita jelita didepannya.Berdegup hatinya dan berombak dadanya menahan nafsu.Wanita jelita sejelita-jelitanya umpama bintang filem barat.Putih manis.Tapi siapa gerangan?Anak dara siapa berseorangan di jalanan pada masa senja?Azhar tidak terfikir sampai kesitu.Maka syaitan berjaya pada objektif pertamanya mengajak manusia ke kubang neraka.
Diberinya senyum dan murah sekali mulut wanita jelita bak peri ini.Tidak sombong maka jinak-jinak merpati jika pemikatnya memang waris Giacomo Girolamo Casanova,mudah saja umpama menjilat bibir sendiri atas bawah.
Azhar mengajak gadis kerumahnya.Segala ilmu memikatnya dimuntahkan semua,dengan niat mendapatkan nikmat lelaki.
Wanita jelita tidak membantah.Ternyata tawaran wanita lebih baik,mengajak bertandang kerumahnya yang dikata tidak jauh mana dan tidak ada manusia berhampiran.
.....................................................................................................................
Azhar tersedar daripada tidur.
Bertelanjang.Segala badannya kesakitan.Kesan-kesan cakaran memenuhi sendi-sendinya.Dilihat rumah wanita jelita tiada lagi ditapaknya,sekarang beliau terjaga dibawah sepohon kelapa.
Tambah terperanjat bila dilihat senjatanya dalam kelongosong lubang kelapa tua.
Malu tersangat Azhar sehingga menghilang terus kerana ramai telah mengetahui dirinya diperdayakan dengan sebodoh-bodohnya oleh PONTIANAK menjelma wanita jelita. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk kedalam batu
Feb 1st 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 149
Tok Megat berasal dari Palembang.Datang ke Tanah Melayu kerana menyelematkan diri selepas dituduh membunuh abang sendiri kerana pertelingkahan harta pusaka.Beliau diburu oleh pembesar disana.Berasa terancam sesudah itu,mahu tidak mahu beliau kenalah menyelamatkan nyawa sendiri dengan menumpang kapal ke Tanah Melayu meninggalkan anak isteri.
Sesampai di Tanah Melayu,Tok Megat terus mencari pekerjaan.Dapatlah beliau kerja sebagai pembantu membuat Istana singgah negeri Johor.Entah kenapa beliau difitnah lagi,terpaksalah beliau berhijrah lagi.Akhirnya sampai ke sempadan Muar Melaka.Disitu beliau bertemu jodoh buat kali ke dua.Entah hidup lagi ke tidak isteri dan anak-anaknya di Palembang.
Tok Megat sepanjang di Tanah Melayu belajar agama dengan seorang ulama asal Kelantan.Sedikit sebanyak dapat juga ilmu-ilmu yang berguna buat perlindungan diri.
Berbelas tahun kemudian,rasa rindu pada keluarga di Palembang tidak tertahan lagi.Tapi bagaimana mahu pulang selagi tidak pasti keadaannya di Palembang sana?Maksudnya adakah sesiapa lagi yang masih mengingati peristiwa lepas yang membuatnya tercampak ke Tanah Melayu?Maka Tok Megat pun berpuasa dan beramal sebagai caara untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah.
Suatu malam Tok Megat mendapat petunjuk.Bermimpi laut luas berubah menjadi daratan.Yakin keadaan sudah berubah,Tok Megat pun bersiap untuk ke Palembang.Yang peliknya Tok Megat tidak menuju ke kawasan laut,tapi masuk ke hutan.Seorang anaknya hasil perkahwinan keduanya di Tanah Melayu berasa hairan.Maka secara senyap-senyap menuruti jejak ayahnya itu.
Dilihat Tok Megat kemudian berhenti dikawasan sebuah batu besar berwarna hitam.Setelah menunaikan solat 2 rakaat,dilihat batu hitam itu meretak ditengah,membuka ruang yang muat seorang masuk.Tok Megat lalu membaca basmallah dan masuk kedalam rekahan itu.Rekahan itu kemudian tertutup sendiri.Tidak berbekas langsung.
Anaknya menjadi pelik dan takut.Risau ayahnya itu ditimpa bahaya.Tetapi didiamkannya saja kerana tidak yakin ada sesiapa yang mahu percaya.Malam itu anaknya bermimpi Tok Megat datang kepadanya.Berpakaian ihram dan tidak bercakap apa-apa,kecuali tersenyum.Anaknya tahu Tok Megat telah meninggal dunia.
Di Palembang,rupa-rupanya mimpi Tok Megat bermaksud seluas manapun laut dirempuhinya,tetap di tanah Palembang beliau mati dan dikebumi.Rupanya saki baki keluarganya sendiri masih tidak lupa kejadian pembunuhan abangnya itu.Beliau ditangkap lalu dibunuh.Yang beliau masuk ke dalam batu itu umpama portal untuk beliau kembali ke Palembang.Penulis lupa apa nama ilmu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# gitarmahogani
Opocot! terkuzat aku tiba2 pontianak terbang kat scrin aku semasa tgk website ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak woooooooo ghost story |
|
|
|
|
|
|
|
Pawagam Ghost Scream Cinema
Dec 27th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 229
Samy berumur lebih 50 tahun.Pesara kerajaan buruh majlis daerah.Beliau mempunyai ahli keluarga yang ramai.Dengan 5 anak kandung,isteri,ibu mertuanya dan beberapa lagi juak daripada sebelah keluarga mertuanya.Maka bagi memenuhi keperluan keluarga Samy memohon kerja di panggung wayang sebagai penjaga kaunter,pemeriksa tiket,penyuluh tempat duduk dalam panggung tatkala gelap,tukang sapu,tukang buka dan tutup pintu,tukang jaga roll filem,tukang koyak tiket dan tukang tampal poster.Kata ahli keluarga ramai?Hehe.
Suatu malam Samy berada dalam pejabat panggung wayang kerana duty role nya.Entah apa kerjanya.Pejabat panggung wayang terletak setentang dengan kaunter menjual tiket.Jam 3 pagi.Hujan baru reda.
Samy mendengar ketukan di kaunter tiket.Hatinya panas kerana merasakan ada yang mahu memainkannya.Jam 4 pagi siapa nak beli tiket?Dibiarkannya saja.
Ketukan terus bertalu-talu seperti mahu mencabar Samy.Hampir sepuluh minit.Hilang kesabaran Samy.Terus meluru ke kaunter tiket.
'Deii,mak bapak tarak ajar ka?Ini macam kalu mahu cari gaduh ka sama saya?Banyak bodoh punya orang.Tunggu sana saya kasi pukul sama awak!!'katanya memaki hamun dari dalam pejabat ke kaunter tiket.
Samy terkedu.Tiada siapa pun didepan kaunter kecuali.....
Suatu pasang mata berwarna merah diluar kaunter jelas kelihatan.Merah semerah-merahnya.Merenung tajam bagai mahu membaham Samy.
Menggeletar dan Samy terus berlutut sambil meminta maaf.
'Ayooo.Saya minta maaf juga...Ayoooo..minta ampun...Ayoyooo...Saya salah juga.Ayooo..Cari makan saja..bukan cari awak....Ayooo yooo'
Esoknya Samy bercuti kerja.
.....................................................................................................................
'Itu jam lepas saya minta ampun juga,itu benda terus menjerit kuat.Banyak sakit telinga saya.Sekarang ini pun kalau teringat ini cerita saya mesti takut juga.Terus sembahyang la.Sudah lama la ini.Itu tahun 94 ka 95 jadi'
'Apa benda tu sebenarnya kacau sama awak?'
'Tak tau lah.Banyak seram juga kalau ingat.Rokok ada?'
'Tak ada' |
|
|
|
|
|
|
|
DESASISWA RST
Dec 1st 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 266
Sewaktu pembinaan RST ini pihak pemaju menghadapi gangguan misteri.Macam-macam ada.Namun oleh kerana projek berjalan mengikut jadual,setiap masalah mesti diselesaikan.Apakala jadual terganggu pihak klien akan menjadikan alasan mengurangkan pembayaran fees dan pihak pemaju pula untung buluh kasap jadinya,rugilah.Jadi terpaksalah memanggil orang-orang pandai menolong.Akhirnya penunggu dikawasan RST mengalah dengan egonya apabila mengatakan setiap tahun dia akan menuntut korban sebagai balasan.....Hehe.Yakuza betul perangai.
Aku ditempatkan di RST,lebih tepat lagi di Desa Tekun.Setelah dipaksa keluar atas nama projek universiti.Lecehlah.
Hari kedua selepas aku sampai dan memasuki bilik tingkat 9.Waktu malam.Oleh kerana aku keseorangan dan tidak mendapat rakan sebilik lagi,aku memilih mendengar walkman hanset dengan harapan mudah tertidur.Entah bila aku terlelap tak sedar pun.
Pada jam berapa pada malam tersebut,entah kenapa aku terjaga tiba-tiba.Ku lihat rakan ku yang tinggal di bilik lain muncul di depanku.Namanya Tarmizi.Orang Samarahan.Auk.
'Hanset kau tak tutup' katanya lantas berlalu.Aku pun kata 'Oh ok..'.Aku terus sambung tidur.
Pagi esoknya aku terjaga dan tersedar;
Pertama sekali aku tidur dengan pintu bilik berkunci.Sah berkunci.
Kedua macam mana Tarmizi boleh masuk ke dalam bilik aku?Kecuali melalui tingkap.Tapi ini tingkat 9.
Ketiga aku baru tersedar......Tarmizi muncul malam tadi dengan keadaan badannya pecah berdarah-darah samapi menampakkan urat-urat dalam badan.Yang ini sampai sekarang aku teringat.Macam badan dia kena siat kulit hidup-hidup.
Tengah hari itu aku mencari Tarmizi dan bertanya.Jawabnya 'Mana ada aku masuk bilik kau'
Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Kem Landasan Keretapi Maut
Nov 13th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 333
Budiman berasal dari sebuah kampung di Senggarang Muar Johor.Semasa zaman pendudukan Jepun,beliau dan ramai lagi pemuda Melayu diangkut menaiki lori sebelum dibawa ke 'neraka' di sempadan Burma Thailand,membina landasan keretapi maut.Budiman dan 3 lagi rakan sekampungnya terpaksa mengikut atau 'kapara potong'
Dalam perjalanan yang memakan masa yang lama,dan meredah hutan tebal,ramai tawanan yang maut dalam hutan kerana tekanan,sakit,keletihan,dan kekurangan makanan.Sepanjang perjalanan mereka menemui banyak mayat reput.Kadang-kadang pula mayat-mayat tersebut ditemui tidak cukup sifat kerana dikekah binatang.Paling menarik sekali mereka menemui mayat seorang pemuda berkulit cerah yang masih utuh dan nampak seperti tidur,sedangkan mayat-mayat yang lain semua mereput.Namun tiada apa boleh dilakukan selain membiarkan saja mayat-mayat tersebut.
Sampai di Kem ataupun kongsi(tempat tidur,makan,berlindung)yang dikelilingi pokok-pokok balak menjulang tinggi,mereka dikerah mengambil sebiji pil untuk tujuan mengelakkan penyakit cirit birit,ironiknya ramai yang mati juga disebabkan cirit birit kerana makanan yang disediakan tidak bersih dan kurang berkhasiat,bodoh punya Jepun.Keadaan kem ini memang sekadar untuk berlindung saja.Seorang Doktor,tentera dalam 50 orang,tukang masak dan pembantunya,dan buruh paksa dalam beberapa ratus orang dan sering berkurangan bilangan setiap kali Kem dihujani bom tentera bersekutu.Sepanjang bekerja,ramai buruh yang maut.Disebabkan seksaan dan tekanan perasaan.Ada juga yang lemas dalam sungai dan dibiarkan saja kerana tidak dibenarkan membantu.Namun lama kelamaan kematian adalah satu kebiasaan bagi mereka disitu.
Suatu malam,Budiman melihat seorang buruh lain keluar untuk membuang air kecil dibelakang kem.Kemudian terdengar raungan nyaring meminta tolong memanjang sehingga kedalam hutan sebelum senyap.Tiada siapa tahu nasib apa yang menimpa buruh tersebut.Tiada siapa berani untuk keluar mencari dalam hutan yang cukup tebal dan asing.
Budiman pernah cuba untuk lari,namun tiada keberanian.Setiap kali ada saja buruh yang lari,pihak tentera Jepun tidak berapa mengambil peduli.Entah kenapa,namun tetap tak ramai yang berani lari.Pada sesetangah malam menjelang tengah malam,di luar Kem tersebut akan kedengaran bunyi ratusan orang merintih,dan meraung.Apabila diintai tiada siapa pun yang kelihatan dalam pekat malam.Seorang buruh yang mempunyai 6th sense,mengatakan beliau melihat ramai buruh yang maut dalam kes tersebut bergentayangan disekeliling kem.Bunyi yang didengar itu adalah rintihan mereka.
Suatu hari,seorang tentera Jepun membunuh diri dalam kongsi ditempat mereka semua tidur.Malam itu mereka terpaksa tidur diluar beramai-ramai kerana bayangan roh tentera tersebut kelihatan berlegar didalam.Tukang masak juga pernah bercerita selalu saja sebelum beliau mula memasak untuk hidangan Kem,beliau akan melihat kelibat orang-orang kecil lelaki dan perempuan berlari-lari mencuri bahan masakan dan membawa masuk kedalam hutan.Pendek paras lutut saja katanya orang-orang itu.Telanjang.Bila disergah dalam sekelip mata semua hilang.
Setelah hampir setahun,Budiman kembali ke Senggarang setelah Kem tersebut ditawan tentera bersekutu dan semua buruh dibebaskan.Kepulangannya membawa pengalaman hidup yang sarat dan cuma beliau seorang saja yang kembali dalam keadaan bernyawa.
Budiman adalah saudara jauh penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
125Z BERHANTU
Oct 27th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 501
Nathaniel Kumar atau Amar baru saja membeli sebuah motor Yamaha model 125z.
Seiring semangat kegembiraan mendapatkan motorsikal idamannya,Amar menjadi sangat teruja menunggang motor 2 lejang tersebut dengan kelajuan tinggi.Dengan sokongan teknikal kawannya yang pakar dalam mengubahsuai enjin motor,Amar berasa bangga memiliki motorsikal yang tersangat laju.Cuma 125cc namun mampu merempit selaju 290km sejam.
Minatnya itu bagaimanapun disalurkan pada jalan yang salah.Amar selalu menunggang motorsikalnya dengan laju dimana-mana saja dia suka.Tabiatnya ini menyebabkan ramai orang berasa marah.Beberapa siri pergaduhan perkauman sering mengaitkan beliau dan motorsikalnya.
Suatu malam,Amar melalui satu lorong gelap untuk pulang kerumahnya.Itulah hari terakhir dia dengan motorsikalnya.Entah siapa yang merentang wayar halus separas leher dan tepat memutuskan leher Amar.
Cerita seram baru bermula.
125Z Amar terpaksa dijual oleh kerana keluarganya menghadapi gangguan setiap malam.Menjelang waktu 2 pagi,tepat jam kematian Amar,enjin motor tersebut hidup sendiri.
Beberapa orang yang membeli 125Z tersebut terpaksa menjualnya.Sehinggalah terdengar khabar 125Z tersebut dijual semurah 20 ringgit,namun siapa berani membeli setelah mengetahui sejarah motor tersebut?
Kini dikatakan motor tersebut masih terus bertukar-tukar tangan.
Penulis pernah berhajat membeli motor tersebut,dan jika benar motor tersebut berhantu dan hidup enjin sendiri pada waktu malam,penulis bercadang akan menghantarnya ke masjid.
Namun tiada siapa tahu kemana dan siapa pemilik motor tersebut.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply gitarmahogani
Opocot! terkuzat aku tiba2 pontianak terbang kat scrin aku semasa tgk ...
din_atos Post at 7-5-2010 15:12
Website saya? No. No. Tu bukan web saya. Saya cuma hantar cerita je kat web tu. Level 'Trusted Author' |
|
|
|
|
|
|
|
HANTU SAGA
Oct 16th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 257
Ini berdasarkan cerita seorang kawan aku.
Suatu malam,beliau dan kawan-kawannya berkereta pulang melalui lebuh raya berhampiran Muar Melaka.Mereka menghadiri kenduri seorang kawan politeknik mereka pada siang harinya.
Waktu mencecah jam 3 pagi.Lebuh raya pada waktu itu jarang-jarang dilalui.Cuma kadang-kadang bas ekspres yang dipandu laju saja kelihatan berdesup-desup dimalam yang gelap.
Oleh kerana kebosanan didalam kereta,maka salah seorang daripada mereka pun mulalah berbual pelbagai perkara berkaitan hal-hal lelaki(parental advisory explicit content).Maka suasana yang sedikit senyap mulanya dipenuhi gelak tawa beramai-ramai.Semakin lama semakin galak mereka bertuka-tukar cerita.
Keadaan yang gamat tiba-tiba menjadi sunyi oleh kerana kemunculan sebuah kereta proton saga model lama disebelah lane kanan mereka.
Perasaan seram kemudian mengisi tempat.Apabila dilihat tiada pemandu yang memandu saga tersebut.Tiada cahaya lampu jalan.Namun bulan yang terang melimpahi didalam kereta saga tersebut,tiada sesiapa samada di seat driver atau penumpang belakang.
Memang sah.Ini kereta saga berhantu.Mereka terus memecut selaju mungkin.Habis pedal minyak mencecah lantai.
Sebaik saja memecut kereta,mereka dapat melihat melalui cermin pandang belakang,kereta saga tersebut mengelip-ngelipkan lampu tinggi sebelum terus hilang.
Menurut mereka keadaan proton saga tersebut sangat buruk.Hood depan penuh berkarat.Cermin kereta semua pecah-pecah.Badan saga tersebut remuk teruk.Bahagian seat pemandu terbelah dua,mungkin kerana rempuhan kenderaan berat.Keseluruhan badan kereta tersebut hampir diselaputi lumut hijau.
Dan paling menyeramkan ia memang wujud...
Mujurlah mereka selamat sampai kerumah.Namun kesemuanya demam 3 hari berturut-turut. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita lama
Sep 5th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 288
Semasa aku kecil-kecil dulu antara tahun 1996 hingga 2000,setiap kali cuti sekolah kami akan dihantar pulang ke kampung.Pastinya suasana waktu itu sangat meriah,ditambah lagi sepupu-sepupu aku dari Segamat juga pulang bercuti.Bermacam aktiviti dilakukan setiap masa.Yang paling menyeronokkan kami akan mengelilingi ibu saudara kami yang sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari,beliau kami panggil Mak Long Tik.
Keadaan Mak long Tik sekarang(2009) sedikit uzur.Namun pada waktu itu,beliau masih kuat lagi menyiapkan keperluan di kampong.Suatu hari seperti biasa,kami mengelilingi Mak Long Tik.Walau sibuk memasak,namun beliau tetap seronok melayan kami.Kebiasaannya kami akan didengarkan cerita-cerita lama keluarga kami.Paling digemari ialah kisah-kisah hantu.
Mak Long Tik bercerita, pengalaman abang iparnya (kita panggil Abang Sudin) yang mengalami pelbagai perkara misteri.
Ceritanya begini;
Pada suatu malam Abang Sudin baru pulang dari pekerjaannya.Beliau melalui satu kawasan yang gelap dan sunyi berseorangan.Zaman itu masih dalam tahun 50 an.Sedang berjalan-jalan itu,Abang Sudin ternampak seorang anak kecil menangis dibahu jalan,terusik dihatinya teringat anak-anaknya dirumah.Anak kecil itu persis anak-anak biasa saja.Lengkap batang tubuhnya.
Beliau berhenti dan menyapa anak kecil itu,bertanya kenapa menangis dan siapa ibu ayahnya.Namun anak kecil itu hanya memandang beliau dan tidak menjawab serta terus-terusan menangis.Berasa kasihan, Abang Sudin pun membawa pulang anak tersebut kerumah.Mereka berpapasan berjalan berpegangan tangan.
Tatkala menghampiri kawasan rumah beliau ,Abang Sudin beristighfar panjang.Anak kecil itu tiba-tiba saja ghaib.Beliau dapat merasakan geruh akan terjadi.
Sebaik memasuki rumah,dilihatnya semua anak-anaknya menangis diruang tengah rumah.Isterinya memangku anak sulungnya yang berbuih mulut.
Menjelang fajar,Abang Sudin kehilangan seorang anak.Memang sudah takdir,namun terasa kesal dihatinya kerana tidak berfikir panjang melayan ditengah jalan,entah anak manusia atau anak jin .
Sejak itu sesiapa yang ternampak kelibat anak kecil ditengah jalan dimalam buta,tidak akan sesekali lagi berani melayan.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Lu tengok sendiri...Aiyaaa
Apr 15th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 85
'Weiii....awat angpa rajin sangat? Dah-dah la study tu. Mai keluaq pi minum.' ajak Tonjang yang baru pulang entah dari mana kepada kawan-kawannya, Mior Bae dan Sampik yang sedang mengulangkaji. Waktu ini digelar 'Study Week' dan dikhaskan untuk mengulangkaji nota, buku, PDF file, Gannt Chart, Msoft Project, borang kontrak seragam, BQ, Undang-undang Prof Aziz Husin,'taking off' dan banyak lagi. Maklumlah nak periksa tak lama lagi.
'Ang mai dari mana Jang?rilek je aku tengok. Masuk ayor ke?' tanya Mior Bae bengang melihat kawannya yang tinggi lampai itu mengacau ulangkaji mereka kawan-kawan. Mior Bae kemudian menyalakan api rokok kotak merah dengan gambar kanser tekak.
'Haaa. Angpa kalau nak tau aku mai dari mana....Mai ikut aku keluaq.' racun Tonjang.
'Ahhh...mula la dok ngarut tu.Ntah nak ajak pi keluaq tang mana la tu. Tonjang ni bukan betui.Ang, Jang oi, baru balik nak keluaq lagi, ni ni ni nota ni ang dah baca belum?' kata Sampik pula menenyeh-nenyeh notanya kepada Tonjang yang kelihatan teruja untuk keluar lagi malam itu. Jam 2 setengah pagi.
'Alaaa....nanti angpa terang la kat aku apa-apa yang angpa dah baca. Aku study smart takda study-study hard macam angpa. Baru betui.Kata student universiti? Otak kena la tinggi.' kata Tonjang sambil tergelak besar.
'Otak menipu ja buat pa? Sat gi dalam dewan periksa kalut tak bulih jawab.' kata Sampik sambil berbalas mesej dengan markanya di Sabah nun.
'Laaa...angpa dok marah-marah aku pasai pa?Mai la keluaq minum. Mau tak mau?' ajak Tonjang tanpa putus asa.
'Malas la. Aku minum ayor water cooler dah le' jawab Mior Bae malas-malas sambil menyalakan batang rokok ke dua.
'Aku dok gaduh dengan awek aku ni. Nak kena pujuk pulak dah. Takpa la. Hang pi sorang la' dalih Sampik.
'Laaaa....tak best la aku keluaq sorang-sorang' lemah saja ayat Tonjang.
'Hah. Ang pi la ajak Oud. Dia ajak makan pantang tak mau. Laju je' kata Mior Bae sambil membuang puntung rokoknya.
'Hah. Cun. Angpa kalau nak order apa-apa, pi beli sendiri. Ok. Chowww' kata Tonjang melarikan diri daripada mengambil 'order' kawan-kawannya itu.
Titt titt tittt
Tonjang mengambil telefon tangannya. Dilihat ada mesej teks masuk. Daripada Oud. Dibaca;-'JANG OI. MOTOR AKU BREAK DOWN. MINYAK HABIS. MAI TOLONG SAT. ANG PI BELI MINYAK SEKALI. KAT ASTAKA TAMAN xxx xxxxx'
'Laa mamat ni. Aku baru nak ajak keluaq dia dah mai ajak keluaq dulu dah' gumam Tonjang.
'OK' balas Tonjang pada mesej Oud.
p/s-memandangkan jalan terdekat berhampiran hostel Tonjang telah ditutup (jam 12 malam, 'gate-gate' selain 1 'gate' utama di Bukit Gambir, akan ditutup oleh Guard), maka Tonjang terpaksa mengambil jalan yang agak panjang dan lebih sunyi untuk ke tempat dituju(Astaka Taman xxx xxxxx).
Sebaik Kancil turbo Tonjang memasuki jalan simpang tiga untuk sampai ke astaka, dilihatnya seorang lelaki menahan keretanya. Suasana agak gelap dengan lampu jalan terdekat yang menyala hampir 20 kaki jaraknya. Lelaki tersebut memakai topi keledar. Berbangsa Cina. Tonjang pun berhenti. Lalu ditanya kenapa kepada lelaki tersebut.
'Lu tolong gua antar pi hospital aaa Dik. Gua eksiden sini maaa. Motor gua dalam itu longkang besar. Aiyaa. Manyak sakit ooo. Lu turun la tengok dalam itu longkang sana' kata lelaki tersebut. Kelihatan darah mengalir keluar daripada celah topi keledar.
Tonjang pun keluar dari keretanya. Menjenguk kedalam longkang besar untuk melihat motor lelaki tersebut. Darahnya tersirap bila melihat...........
'Jom la Dik, hantar Gua pi hospital sikalang' desak lelaki tersebut.
Tonjang berlari ke keretanya. 'Start' enjin dan terus memecut berpatah balik. Lupa kawan, takut punya pasal.
Rupa-rupanya apa yang dilihat Tonjang dalam longkang besar tersebut ialah lelaki Cina itu sendiri. Telah kaku menjadi mayat. Kepalanya pecah dan tulang-tulang rusuk berceracak menembusi dada. Motornya remuk teruk.
p/s-Oud menunggu tidak berapa jauh dari tempat simpang tiga tersebut. Bila Tonjang tak datang-datang, Oud melepak di kedai 24 jam terdekat menunggu siang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dibalik mesin
Apr 15th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 85
Hujan rintik-rintik di luar sana pada malam itu. Kemudian kedengaran besi karat pintu pagar berbunyi, ditolak Pak Din yang baru pulang dari kilang. Di hembus nafas, termengah-mengah Pak Din.
Di dalam rumah, Pak Din ke dapur menuju peti ais. Menghilangkan dahaga. Dicubit sedikit coklat Cadbury. Tak disangkanya hari itu akan menjadi antara hari yang akan diingatinya seumur hidup. Begini kisahnya;-
Pada sebelah siangnya, Pak Din menyambung 'shift' di kilang. Seperti hari-hari biasa suasananya pagi itu. Tenang dan redup. Hinggalah waktu petang itu, seorang pekerja kilang terjerit-jerit memanggil-manggil 'guard' berulang-ulang kali dan berlari-lari ke arahnya. Pak Din terkejut bila diberitahu satu kemalangan telah terjadi. Pekerja tersebut kemudian ditenangkan sambil Pak Din menghubungi pengurus kilang.
Pak Din kemudian memeberhentikan aliran elektrik di suis utama setelah mendapat kebenaran pengurus bertugas hari itu. Suasana kilang yang biasanya bising dengan bunyi mesin jentera beroperasi bertukar menjadi senyap sunyi. Segala aktiviti diberhentikan.Pekerja-pekerja diarahkan pulang segera. Kemudian ditemani 2 'supervisor' Pak Din bergegas ke tempat kemalangan. Pengurus kilang dan beberapa pentadbir menunggu di pejabat kerana tak berani turun ke kawasan mesin.
Mesin yang menjadi punca kemalangan itu adalah mesin jenis 'roller' yang akan menghancur debu kan sisa-sisa bahan mentah dari bahagian pemprosesan lain. Mesin ini turut dilengkapi 20 set 'bladers' yang akan memotong-motong sisa bahan yang telah dimampatkan. Sisa terakhir mesin itu seperti hampas tebu, tapi lebih halus. Disitulah kemalangan terjadi pabila seorang pekerja berbangsa India hancur lunyai dimamah mesin.
Lopak darah dan percikan merah darah memenuhi sekitaran lantai mesin dan dinding kilang. Isi perut bertaburan bercampur darah segar merah pekat. Dapat dilihat butir nasi dalam usus. Tulang mangsa bersepahan, pecah-pecah seperti tulang ayam. Organ-organ dalaman seperti hati, jantung, peparu nampak seperti daging lembu yang disiat-siat. Lalat mula memenuhi kawasan kemalangan.
Pak Din terasa mahu pitam melihat keadaan kemalangan tersebut. Seorang supervisor termuntah disitu. Seorang lagi tergeleng-geleng kepala sebelum menghubungi pengurus.
Pak Din tahu dalam keadaan itu, tugas mengutip cebisan mayat pekerja itu terletak dibahunya. Pak Din juga terasa sebak sedikit kerana mengenali mangsa. Terbayang-bayang wajah mangsa yang selalu tersenyum bila berjumpa.
Pak Din mendapatkan beberapa baldi dan sarung tangan. 2 supervisor yang ada kemudian membuat keputusan membuat laporan polis dan menghubungi ambulans. Yang jahatnya, Pak Din ditinggalkan seorang diri dikawasan mesin tersebut. Apakan daya, Pak Din tak boleh membantah.
3 baldi hampir penuh berisi cebisan mayat mangsa telah dikumpul Pak Din. Sejak kedua-dua supervisor pergi dari situ, telah hampir 1 jam lebih Pak Din keseorangan disitu. Dilihat jam tangannya, 6.59 petang.
Secara tiba-tiba meremang bulu tengkuknya. Diperhatikan kawasan sekeliling. Tiada sesiapa. Pak Din tak sedap hati. Lalu menuju pintu keluar disebelah belakang. Lama juga Pak Din cuba menenangkan hatinya. Keadaan bertambah gelap, ditambah pula Pak Din sendiri yang mematikan suis utama, maka suasana didalam kawasan mesin menjadi suram. Bau hanyir darah semakin kuat. Lalat yang pada mulanya begitu banyak hilang semuanya.
Dalam keadaan itu, Pak Din terdengar bunyi sesuatu. Dalam kawasan mesin. Pak Din tak rasa ada sesiapa yang berani datang ke kawasan itu dalam keadaan yang suram dan berbau hanyir itu, jika berseorangan. Hatinya berdegup kencang.
Bunyi yang didengari seperti bunyi tapak kaki berjalan diatas air. Plukkk, plukkk begitulah lebih kurang ritmanya.
'Siapa tu?' jerit Pak Din memberanikan diri.
Pastinya tidak ada sesiapa yang menjawab. Pak Din masuk semula ke dalam. Tiada sesiapa pun. Tapi peliknya bunyi yang tadi kedengaran semula. Semakin kuat. PLUKKK PLUKKKK PLUKKK PLUKKK. Kemudian KRIKKKK KRIKKKK KRIKKK KRIIKKKK
Pak Din mengeluarkan telefon bimbitnya. Dengan menggunakan sedikit cahaya daripada hansetnya itu, Pak Din menyuluh-nyuluh. Kemudian Pak Din menyusur tepi mesin roller tersebut sambil terus menyuluh-nyuluh sekelilingnya.
Bunyi seperti datang dalam kotak mesin roller. Muat untuk 2 orang berdiri panjang dan kelebaran kotak roller tersebut. Pak Din tergerak untuk menyelak langsir getah kotak tersebut. Lalu disuluh kedalam.
Dilihat seorang perempuan hodoh bermata merah dan berambut panjang bertinggung dalam kotak roller tersebut. Sedang mengungkis sesuatu berwarna putih, iaitu tulang si mangsa kemalangan,lagak seperti menghisap sumsum ayam. Bila disuluh, perempuan hodoh tersebut merengus-rengus.
Pak Din bertakbir. Sepantas kilat perempuan hodoh terbang keluar dari kotak mesin, menembusi dinding kilang.
Allahuakbar Allahuakbar
Kedengaran azan dari surau berhampiran. Pak Din hampir kehilangan semangatnya. Kaku disitu dalam kegelapan. Beberapa minit kemudian seorang supervisor datang dengan beberapa anggota polis.
p/s-Satu baldi daripada 3 baldi berisi cebisan sisa daging dan tulang mangsa hilang bila diperiksa. Mengungkis adalah meratah isi dalam tulang dengan cara menghisap. |
|
|
|
|
|
|
|
Paya
Apr 10th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 92
PANG!!!!!!!!!
Bunyi tamparan yang hinggap ke muka Taufiq. Ayahnya betul-betul menyinga kerana 2 adik Taufiq hilang dalam kawasan paya berhampiran rumah kuarters mereka milik LLN. Puas dilarang dan dirotan sebelumnya bagi mengingatkan Taufiq dan adik beradiknya yang lain agar jangan masuk ataupun menghampiri kawasan paya tersebut. Padahnya terasa sekarang kerana keungkalan mereka adik beradik.
Sebagai orang Melayu Islam yang tahu kawasan-kawasan berair adalah habitat kegemaran jin syaitan untuk berumah dan beranak pinak, jika kita cuai dan lalai, silap gaya kita pula dimangsakan bangsa halus tersebut. Ingat, golongan halus sentiasa mencemburui kita golongan kasar kerana taraf Khalifah kita. Ini belum masuk kalau haiwan buas lain seperti sawa batik atau ular.
Taufiq menangis tersedu-sedan antara ketakutan, kesedihan, dan kesakitan. Menyesal benar rasanya kerana senyap-senyap tanpa pengetahuan Ibu mereka, dia mengajak 2 adiknya itu memancing di paya tengahari siangnya. Entah nak dijadikan cerita adik-adiknya hilang tatkala Taufiq menumpukan pada batang kailnya. Hajat nakkan toman, adik-adik yang hilang,dapat pula pelempang Jerman Ayahnya.
Taufiq setelah puas mencari, barulah diberitahu pada Ibunya lewat petang itu. Ayahnya yang baru pulang bekerja bila mendengar cerita tersebut menjadi bengang, mahu diminta tolong jiran-jiran kuarters yang lain, mereka juga kepenatan kerana baru saja balik dari tempat kerja sama seperti beliau. Malu dan ditambah kecemasan mengenangkan nasib anak-anak yang hilang.
Nasiblah bangsa Melayu kita ini tidak berkira sangat, maka turunlah semua kaum lelaki rumah kuarters yang dewasa dan bujang mencari dikawasan paya. Sampai ke malam pun tak ketemu apa-apa, hatta tanda fizikal apa pun. Puas diselam kedalam paya ditemani lampu-lampu generator mencari sampai ke dasar, tidak bertemu hatta selipar pun.
Pihak Polis yang dihubungi kemudian turun membawa skuad penyelam dan anjing pengesan bersama.
PANGG!!!!!!!!!
Taufiq dilempang kali kedua oleh Ayahnya yang semakin risau memikirkan nasib 2 anaknya itu. Ibunya baru saja pulih daripada pengsan dan kepenatan, bila dimaklumkan 2 anaknya masih tak dijumpai lagi, pecahlah tangis si Ibu. Taufiq pula menangis-nangis di luar rumah. Tak habis-habis lagi menyesal dan kesakitan ditampar Ayahnya. Malu rasanya dah sunat pun kena pelempang lagi. Kata dah besar panjang?
Orang-orang luar kuarters mula memenuhi kawasan paya. Cerita kehilangan 2 beradik telah tersebar luas. Antara dikatakan disorok bunian, atau lemas dalam paya. Tambah sensasi lagi dikatakan dah diculik orang ke Siam. Entahlah mulut orang, bukan boleh ditutup.
Skuad penyelam turun ke dalam paya mencari dibantu kaum lelaki, terdengar ura-ura untuk dihantar mesin pam air bagi menyedut keluar air paya. Anjing-anjing pengesan telah dibawa masuk jauh ke dalam belukar belakang paya. Kawasan belukar dah hampir terang dan luas kerana dibersihkan orang. Dah macam pesta rasanya malam itu.
Dalam kesibukan gegak gempita itu, sebuah kereta Toyota lama memasuki kuarters. Orang kuarters dan orang ramai tak peduli pun kerana sibuk mencari. Setakat kereta keluar masuk perkara biasa waktu-waktu ramai orang begitu.
Kereta Toyota kemudian berhenti tak jauh dari rumah keluarga Taufiq disebabkan kawasan dalam kuarters dipenuhi kereta dan orang ramai. Keluar seorang lelaki separuh baya. Terjengah-jengah bertanya. Bila ditunjuk rumah keluarga yang kehilangan 2 beradik tersebut, bergegas lelaki tua tersebut ke rumah.
Sesampai dilaman rumah, lelaki tua bertanya dimana ketua keluarga rumah tersebut. Orang kuarters yang kepenatan antara tak makan lagi dan penat bekerja siang tadi tak hilang-hilang lagi, menunjuk pada Ayah si Taufiq.
'Encik. Anak-anak Encik ada ditempat saya' kata lelaki tua.
Orang ramai berhampiran situ yang terdengar terdiam semuanya. Kemudian perlahan-lahan menjadi hingar.
Ayah Taufiq yang hampir putus asa terus menerpa lelaki tua tersebut, bertanya dimana anak-anaknya sekarang. Lelaki tua menyuruh bertenang dan meminta mereka sekeluarga ke rumahnya yang sebenarnya kalau nak dikira hampir 30 batu dari kuarters tersebut.
Orang ramai mula hingar-bingar dan operasi mencari dihentikan. Skuad penyelam naik ke tebing dan mula berkemas. Anjing-anjing pengesan terjelir-jelir lidah sesuai sifat anjing. Heran ke?
Keluarga Taufiq termasuk Taufiq bertolak menuju kerumah lelaki tua, diikuti polis berkereta dan orang-orang lain yang mahu mengetahui lebih lanjut. Adalah lebih 20 kereta mengikut konvoi malam tersebut.
Benar. Memang 2 adik beradik tersebut ada dirumah lelaki tua tersebut. Dirawat keluarga lelaki tersebut. Bagi memendekkan cerita ini, bila ditanya apa terjadi sebenarnya pada mereka 2 beradik begini kisahnya;-
Waktu bersiap mengikut Taufiq memancing, mereka sama-sama mencangkul tanah mencari cacing buat umpan. Tapi bila waktu memancing, Taufiq saja yang dapat memegang batang kail nan sebatang saja. Adik beradiknya disuruh diam saja dengan alasan ikan tak suka bising-bising.
Bila begitu kebosanan lah kedua beradik tersebut. Mereka kemudian kebelakang sedikit dari tempat Taufiq yang leka memancing. Mencari tempat berteduh. Tengahari itu memang agak panas.
Tiba-tiba datang seorang nenek tua menghampiri mereka berdua. Nenek ini sangat peramah kata mereka. Mereka jadi tertarik dengan Nenek tersebut, bila diajak kerumah Nenek tersebut bagi melihat ikan kaloi sisik emas milik Nenek misteri itu. Waktu itulah Taufiq tersedar adik-adiknya hilang.
Kedua beradik tersebut kemudian menaiki seekor anjing hitam yang sebesar lembu milik Nenek tua menuju kerumah Nenek. Sangat laju anjing hitam tersebut berlari. Batang-batang pokok nampak sekilas saja sewaktu menunggang anjing itu.
Sampai disana, mereka diberi buah-buahan segar yang mahal harganya kalau dipasar seperti epal, anggur dan buah 'pear'. Nenek kemudian bukan saja menunjukkan ikan kaloi sisik emas, malahan anjing hitam yang besar itu juga bertukar menjadi lelaki yang berbadan tegap seperti peninju Muhammad Ali. Ditunjukkan juga pelbagai lagi benda-benda pelik lain.
Bila hari semakin gelap, kedua beradik mahu pulang. Nenek mulanya menahan mereka, tapi kemudian bersetuju menghantar mereka pulang.
Tiba-tiba kedengaran azan Maghrib. Rumah Nenek bertukar rupa menjadi pokok buluh. Nenek dan lelaki tegap hilang serta merta. Kedua-dua beradik mendapati mereka berada dalam kebun getah entah dimana-mana.
Menangislah ketakutan dua beradik, mujurlah disedari salah seorang keluarga lelaki tua tadi. Maka dibawa balik kerumah seterusnya sehinggalah mereka ditemukan dengan keluarga mereka.
Taufiq mengatakan serik untuk mengingkari pesan kedua ibu bapanya selepas itu. Keluarga mereka kemudian berpindah dari kuarters LLN itu tak lama kemudian.
p/s-Taufiq sekarang di New Zealand menyambung PHD. Ayahnya telahpun meninggal dunia 8 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|