|
Lagi Kisah Program Realiti
BARU-BARU ini, tengah syok Ad Lib duduk bersembang dengan sorang rakan, Ad Lib terpana bila teman Ad Lib ni menceritakan kisah kekalutan sebuah program realiti yang suatu ketika dulu meletup hingga ada produk kelahiran program ini dah jadi satu fenomena tapi sekarang ni ala-ala nak nyala pun segan.
Teman Ad Lib tu menceritakan rasa tak puas hatinya terhadap program ni sebab pengisian yang diterapkan pada peserta boleh dikatakan agak mengarut.
Mereka sepatutnya dididik dengan cara macam mana nak jadi 'superstar' tapi lain pulak jadinya bila mereka diajar adab dimeja makan. Belajar cara menyanyi, cara menari, cara berinteraksi dengan penonton ketika di pentas itu baru ok.
Ni tak pasal-pasal duk sibuk mengajar budak-budak tu etika di meja makan.Bukannya apa, si teman Ad Lib ni tak puas hati sebab mutu persembahan diorang pun masih lagi ala kadar, sepatutnya tak perlulah nak diisi dengan didikan yang sah nyata terpesong dari tujuan sebenar.
Apa salahnya kalau mereka terus ditekankan dengan mutu persembahan dan segala mengenai cara nak jadi superstar.Takdelah diorang pun stres sampai ada yang migrain setiap minggu!
Mungkin ni salah satu punca kenapa program ni dah macam basi, takde idea baru kot! Langsung tak mampu nak tarik penonton.
Bukan niat Ad Lib nak mengutuk atau mencerca, tapi cuma nak cerita rasa tak puas hati teman Ad Lib ni. Maklumlah teman AdLib ni pun bukan sembarangan orang dalam dunia seni.
Ad Lib: Suka tengok Tom Tom Bak.
credit
-mStar online
sudah terang lagi bersuluh |
|
|
|
|
|
|
|
Ad Lib mesti pelahap...
tuh dia jeles bebudak kena ajar makan beradap..
sebab dia makan BIadap.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|