By: mila_jirin (07.04.09 03:45)
TERIMA KASIH PADA SEMUA....
TERIMA KASIH PADA YANG MEMBERI KOMEN.. SAYA FAHAM SETIAP BARIS, DAN AYAT YANG DITULIS DI DALAM PAGE INI..
SYUKUR ALHAMDULLILAH, ALLAH MEMBUKA PINTU HATI SAYA UNTUK MENGETAHUI SIAPA DAN APA YANG BERLAKU DI SINI..
SEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANG DARI SAYA.. YANG BAIK HANYALAH KALIAN SEMUA.. KERANA, HANYA ORANG YANG BAIK BAIK SAHAJA YANG BOLEH MENGKRITIK DAN MEMBERI TEGURAN KEPADA ORANG ORANG YANG KURANG BAIK.. ALHAMDULLILAH SYUKUR BANYAK YANG SUDI BERKONGSI KOMEN UNTUK SAYA. TERIMA KASIH..
SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATS SEGALA KOMEN DAN JUGA NASIHAT YANG DI BERIKAN, INSYA ALLAH SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA, YANG MANA BAIK SAYA AMBIL JADI IKTIBAR, YANG MANA YANG TIDAK BAIK SAYA JADIKAN SEMPADAN..
SAYA HORMATI SETIAP KOMEN SAUDARA SAUDARI DISINI..
SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN, PASTI ADA BALASAN. SAYA PERCAYA KEPADA HUKUM KARMA DI DUNIA INI.. INSYA ALLAH.. ALLAH MAHA ADIL DAN KUASA.. DIA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MEMBANTU UMATNYA..
SAYA MOHON MAAF PADA SEMUA YANG MELEPASKAN RASA KECEWA TERHADAP SAYA.. DAN SAYA JUGA MEMAAFKAN SEMUA YANG MELEMPARKAN KATA KATA YANG KURANG ENAK KEPADA SAYA..
SUBHANALLAH... MOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA SAYA DAN KELUARGA..
PADA SESIAPA YANG MASIH MENYOKONG SAYA, ALHAMDULLILAH,, TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.. MOGA ALLAH MEMBALASNYA..
AMIN..
P/S: KADANG KADANG BILA TENGOK DIRI SAYA DI DEPAN CERMIN, BARU SAYA SEDAR KEKURANGAN DIRI.. TAPI BILA CERMIN TIADA DI DEPAN MATA, MULA LAH SAYA NAMPAK KEKURANGAN ORANG LAIN.. SUBHANALLAH... MOGA ALLAH MEMAAFKAN SAYA.. RASANYA, LEBIH BAIK SAYA LIHAT KEKURANGAN SAYA DAN PERBAIKI.. INSYA ALLAH..
TERIMA KASIH SANGAT SANGAT.. SEGALA GALANYA MENYEDARKAN SAYA ATAS APA YG BERLAKU.. AKAN SAYA PERBAIKINYA. INSYA ALLAH..
SALAM,
MILA
By: mila_jirin (07.04.09 02:49)
SALAM.PADA MILANIANS SEMUA..
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN TERUTAMA AFVIRGO DAN SEMUA TEAM TEAM YANG SELALU JEGUK KE HOME OF MILANIANS NI...
MILA NAK UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PADU YANG DI BERIKAN.. MOGA ALLAH DAPAT MEMBALAS SEGALA GALANYA..
DI SINI JUGA MILA NAK UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENGUNDI MILA UNTUK ABPH 2008.. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KALIAN SEMUA.. MOGA KALIAN BERTAMBAH REZEKI DAN DIRAHMATI..
BUAT SEMUA PEMINAT MILA, KALIAN LAH SEMANGAT UNTUK MILA TERUS BERJALAN DI ATAS TITIAN ANAK SENI INI. MOGA KALIAN AKAN TERUS BERSAMA MILA.. INSYA ALLAH..
P/S: PADA SAPA SAPA YANG NAK ADD MILA DI FACEBOOK, BOLEH ADD MILA DI FACEBOOK BARU MILA (KERANA FB YANG LAMA DAH FULL UNTUK ADD FRNDS, DAH 5,000) JADI SAPA SAPA YANG NAK JADI KAWAN MILA, ADD MILA DI MILA JIRIN II ([email protected]) ok semua??
SALAM SAYANG BUAT MILANIANS!!!
GO GO GO GO MILANIANSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!
By: mila_jirin (25.09.08 01:47)
assalamualaikum semua...
apa kabar???
macam mana persiapan raya??? harap harap dah siap lah yer.. lagi brapa hari saja lagi kira nak raya kan???
mila alhamdullilah, baju adik2 serta mak ayah mila dah mila siapkan.. baju kurung mila pun dah siap.. huhuhuhu..
hermmm... ada tak yg blk kg??? bawa keta berhati hati ya????
di kesempatan ni mila nak ucapkan selamat hari raya, mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau tersalah cara sepanjang mila bersama dengan anda semua...
bermula syawal ni marilah kita buka buku baru hahahahaha.... senang cita kan???
mila nak cita ni, pada sapa sapa yang rindu mila, bolehlah tengok rancangan raya mila..
malam raya: Sampaikan salam tv3
raya pertama: dia mila (RTM)-waktu petang
ewah ewah raya tv3
raya kedua: ria central raya(astro)
ewah ewah raya 2nd part tv3
raya ketiga: kalau aku jadi... tv3
jadi, sambil anda semua menyambut raya, jng lupa lihatlah program program yg dah mila jayakan khas untuk tatapan peminat peminat mila semua..
baiklah sebelum mila undur diri buat sementara waktu ni, mila nak mohon maaf sekali lagi dan pada yg blk kampung, bawa keta berhati hati dan ingatlah org tersayang... adik2, jng main mercun ya... bahaya...
ok, salam lebaran untuk semua...
wazzup wazzuppppppppppppp!!!!
assalamualaikum
mila
By: mila_jirin (17.06.08 21:18) surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
assalamualikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! akhirnya dengan izin Allah, dapat gak mila masuk dlm forum ni... sekian lama mila mencuba, unt masuk forum cari akhirnya hari ini dengan bantuan dav0m(pinjam laptop orang) hehehehe... dapatlah mila post sesuatu buat tatapan milanian semuaaaaaaaaa!!
huhuhu.. hari ni, big day unt mila, sbb mila buat pergambaran video clip GILA di sekitar mont kiara.. ada ramai davom n some fans yg datang support mila di sini.. jutaan terima kasih..
skang ni mila dah abis shooting.. penat gila.. tp unt hasil yg terbaik untuk video clip ni, mila pun berusaha bersungguh2 unt pastikan semua berpuas hati..
pada semua yg menyokong mila, jutaan terima kasih atas sokongan untuk lagu aku lebih tahu dan mila bila cinta.. jangan lupa teruskan mengundi ya.. mila hargai sangat..
pada milanian di sini, jng lupa masuk ke website mila (www.milawazzup.com) n boleh la post komen2 kat sana.. sebab pada mila, setiap teguran tu terlalu bermakna buat mila, anda lah cermin mila...
di kesempatan ni, mila nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua di forum ni yg banyak membantu mila , ye lah semua orang tau mila di timpa kontroversi yg memang mencabar.. alhamdullilah berkat kesabaran n sokongan anda, mila dapat lalui dengan tabah.. mila terhutang budi sangat dng milanian sbb anda banyak membantu mila... mila sayang semuaaaaaaaa
ok lah, sampai disini dulu buat masa ni, insya allah, dengan izin allah mila akan masuk lagi..
jangan lupa datang ke konsert conetto k? insya allah mila akan cuba dapatkan tiket unt fans mila yg mila sayang, tp mila try dulu yer.. tak dapat janji..
selamat melayari forum, n satu jer pesanan mila buat milanian yg mila sayang, biar apa pun org cakap tentang diri kita, hanya allah yg tahu kebenaranya.. insya allah.. aku lebih tahu!!!!
salam sayang,
assalamualaikum
wazzup2!!!!
mila
Nama Penuh : NORSYARMILLA BINTI JIRIN
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 23 DISEMBER 1987
Tinggi : 148 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MEMBACA NOVEL
Penyanyi Idola : ANITA SARAWAK
GEJALA sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kian membimbangkan. Apatah lagi dengan penularan kes pembuangan bayi yang semakin meruncing akhir-akhir ini.
Paparan demi paparan yang dilaporkan media telah membangkitkan kesedaran ramai pihak dalam membanteras kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Atas sebab itu, MFDM Holdings menerusi misi tanggungjawab sosialnya mengambil inisiatif menerbitkan rancangan majalah keluarga berkonsepkan pendidikan dan keagamaan, Zuriat Kita dalam usaha menyuntik kesedaran dan nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat.
Bakal memulakan tayangan pada 18 Julai ini, rantaian 12 episod arahan Abdullah Abdul Hamid yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) itu terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu Perspektif, Keluarga Bahagia dan Ad-din. Hos-hos yang terlibat menjayakan program tersebut ialah Noryn Aziz, Harun Salim Bachik, Mila, Adibah Noor, Aziz Desa, Aznil Nawawi, Nazri Johani, Sharifah Khasif dan Wardina Saffiyah.
Menurut Abdullah pada majlis pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel One World, Damansara baru-baru ini, antara pendekatan program tersebut ialah membawa iris penonton menyingkap pelbagai pengalaman serta pengakuan daripada mereka yang pernah terlibat dengan pembuangan bayi secara tidak langsung.
"Setakat ini dalam mencari maklum balas yang dimuatkan dalam Zuriat Kita, kami cuba mendekati penghuni di rumah-rumah perlindungan serta ke institusi pengajian tinggi di mana ahli-ahli akademiknya membuat kajian tentang masalah ini.
"Daripada maklumat yang kami perolehi, kami kumpulkan untuk menjadi rujukan dan paparan dalam Zuriat Kita.
"Tidak dinafikan bukan mudah mendapatkan pengakuan daripada para penghuni rumah perlindungan. Malah yang lebih memeritkan kami, setelah penggambaran mereka mengubah fikiran dan tidak membenarkan kisah mereka dipaparkan," kata Abdullah.
Selain disertai oleh artis dan selebriti terkenal tanah air, Zuriat Kita turut disertai oleh Persatuan Jaksa Pendamai Selangor (JP).
Cuba menyeimbangkan intipati yang mengupas perspektif gejala pembuangan bayi, turut dipaparkan ialah pengakuan daripada remaja lelaki dan pandangan pihak-pihak tertentu tentang sikap segelintir lelaki yang secara tidak langsung menjurus ke arah penularan pembuangan bayi.
Ringkas mengenai paparan yang diselongkar dalam tiga segmen yang disediakan, Perspektif meninjau serta membincangkan pelbagai isu pembuangan bayi.
Menerusi segmen ini, temu bual dengan pihak-pihak tertentu termasuk pihak berkuasa, badan bebas, tokoh masyarakat serta pengakuan daripada remaja dan gadis yang terlanjur dipaparkan.
Tujuannya untuk mengenal pasti punca serta mengumpul maklumat terkini tentang pembuangan bayi daripada pelbagai perspektif.
Segmen Keluarga Bahagia pula menyuntik rasa prihatin dan perikemanusiaan masyarakat terhadap pengorbanan individu yang sanggup berkorban harta dan keringat dalam membesarkan anak-anak yang merupakan anugerah tidak ternilai.
Bukan sahaja pengorbanan daripada keluarga kandung malah, keluarga angkat dalam membesarkan anak yang cacat serta ramai dari pelbagai latar termasuk keluarga setinggan, miskin, seni, atlet dan rumah perlindungan.
Manakala segmen Ad-din memberi pelbagai maklumat berguna dalam menimbulkan kesedaran masyarakat betapa berharganya nyawa yang harus dipelihara sebaiknya dari sudut agama mengikut al-Quran dan sunnah.
Menerusi segmen ini, proses kejadian manusia daripada mula hingga lahir serta tip dan pandangan tokoh-tokoh agama dipaparkan.
Pengerusi Eksekutif MFDM Holdings, Datuk Seri Mohamad Fathil Mahmood pada majlis yang sama memberitahu, dengan adanya segmen-segmen tertentu, harapannya terhadap jaluran pendidikan yang cuba digarap sampai kepada penonton.
Malah, kata beliau, ini merupakan salah satu usaha menolak nilai-nilai negatif seperti pergaulan bebas, zina, eksploitasi seks, penderaan dan kekejaman serta perbuatan membuang bayi yang tidak berdosa di kalangan masyarakat.
"Hasrat MFDM adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang gejala pembuangan bayi apatah lagi, di kalangan masyarakat tidak ramai yang tahu punca dan sebab terjadinya penularan. Dengan adanya Zuriat Kita, diharap kita boleh membantu supaya gejala ini tidak berterusan," kata beliau.
Sementara itu, mengulas tentang penglibatan artis serta hos yang ramai dalam rancangan tersebut, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar memberitahu, peranan artis cukup kuat dalam menarik minat masyarakat melakukan sesuatu perkara.
"Justeru, apabila melibatkan artis dan mereka pula yang bercakap tentang sesuatu perkara kepada masyarakat mungkin akan membawa perubahan dan kesan yang lebih positif," katanya.