CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25788|Reply: 89

[R-TV] Mari Menari - Pasangan Razif Juara!

[Copy link]
Post time 1-6-2010 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 19-12-2010 06:59

Sehati Berdansa 4 Turut Alami Perubahan?


31 MEI 2010 : Semakin hari semakin rancak orang bercerita mengenai program realiti Sehati Berdansa. Maklum sajalah AF8 pun sudah tamat. Jadi, lepas ni, mestilah giliran Sehati Berdansa pula yang menemui penonton. Dengar kata program yang melibatkan aksi tarian di kalangan pasangan selebriti ini bakal mengalami perubahan besar-besaran.

Tetapi sebelum desas desus ini melewati telinga, Murai Batu dah pun buat jangkaan awal yang Sehati Berdansa untuk Musim Ke- 4 (SB4) kali ini pasti akan mengalami perubahannya. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada. Itu pun selepas Murai Batu lihat sendiri perubahan yang terdapat di dalam program AF8 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lalu.

Setakat yang Murai Batu tahu, SB4 bakal membuka penyertaan kepada orang luar iaitu bukan golongan selebriti. Bagaimanapun penglibatan selebriti masih dikekalkan tetapi hanya sebagai mentor kepada setiap pasangan peserta.

Jika sebelum ini, tugas tenaga pengajar dipertanggungjawabkan sebagai kareografer tetapi dalam SB4, tugas itu nanti bakal digalas oleh pasangan selebriti itu sendiri. Apa yang menjadi tanda tanya mampukah pasangan selebriti ini mengajar peserta menari? Berapa orang sahaja selebriti yang mampu menjadi guru tari?.

Sekiranya penyertaan dibuka kepada orang luar, bagaimana pula kriteria pasangan yang pilih? Adakah sesi ujibakat akan dilakukan? Semua itu akan terjawab sedikit masa nanti apabila program itu akan bermula pada bulan Oktober ini.

Sejauh mana kesahihan desas desus yang Murai Batu dengar ini, kita tunggu sajalah. Murai Batu sendiri pun tak dapat nak jawab. Tetapi Murai Batu hanya berharap biarpun sejauh mana perubahan yang berlaku, ia tetap akan mampu menghiburkan peminat sepertimana SB dari musim pertama, kedua dan ketiga terdahulu.

MURAIBATU : Sudah ramai pasangan Sehati Berdansa mengalami keretakan rumah tangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2010 07:23 PM | Show all posts
dah buka kpd org ramai lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2010 11:10 PM | Show all posts
Reply 2# mijot


Sehati Berdansa Digantikan Mari Menari







        Teks oleh Thani Hasbullah

        KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2010 : Desas-desus yang memperkatakan program Sehati Berdasa (SB) tidak lagi meneruskan siarannya, sudah terjawab apabila pihak produksi Astro hari ini mengumumkan program popular itu digantikan dengan program yang berjudul Mari Menari.

        Jika sebelum ini SB menampilkan peserta dari kalangan artis, tetapi Mari Menari pula menyaksikan persaingan dari kalangan masyarakat umum dalam seni tarian.

        Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, program SB sudah terbukti telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan peminat dan turut memperoleh kutipan jumlah penonton yang memberangsangkan sejak disiarkan pada musim pertama.

        Dia berkata, sudah sampai masanya untuk program itu diubah dan memperkenalkan konsep yang lebih segar.

        "Kami tahu ramai yang memberi candangan untuk mengekalkan SB kerana program itu sangat menghiburkan. Tetapi siapa tahu ramai juga yang bertanyakan bila lagi pertandingan tarian ini dibuka kepada orang ramai.

        "Kami di pihak Astro sentiasa akur dengan permintaan para pelanggan yang mahu pengisian yang lebih segar dan terkini. Jadi, kami merasakan sudah tiba masanya untuk ia di ubah suai.

        "Inilah masanya untuk peminat pula menyertai pertandingan tarian ini. Kami percaya dengan beberapa perubahan dilakukan akan lebih memantapkan program tarian ini. Kami juga berbangga format baru yang diperkenalkan ini adalah 100 peratus dari kami sendiri. Sebelum ini SB adalah dari sebuha program tarian di India yang dekali Nachbaliye.

        "Peserta Mari Menari bukan sahaja menghadkan kepada pasangan dari kalangan suami sahaja, tetapi ia dibuka kepada pasangan yang mempunyai talian darah (muhrim) dari kalangan adik beradik, bapa & anak, ibu & anak dan sebagainya.

        "Inilah keunikan Mari Menari, selain berhibur, ia jelas mampu mengukuhkan lagi ikatan kekeluarga baik dari kalangan peserta ataupun penonton yang menyaksikannya dirumah," katanya.

        Bagi menjayakan Mari Menari, pihak Astro menjemput mereka yang berminat untuk hadir ke sisi ujibakat yang berlangsung di ibu pejabat Astro Bukit Jalil pda 31 Julai dan 1 Ogos 2010 ini.

        Ujibatkat yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan tidak mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dalam bidang tarian.

        Mereka hanya perlu membawa salinan kad pengenalan beserta 2 keping gambar terkini berukuran 4R. Calon yang hadir juga perlu membawa pakaian yang sesuai untuk menarik sewaktu sesi ujibakat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:34 PM | Show all posts
dibuka kepada pasangan yang mempunyai talian darah (muhrim) dari kalangan adik beradik, bapa & anak, ibu & anak dan sebagainya.


kalu suami isteri ok lg..
xdapt bayangkan bapak angkat anak, pastu terpeluk2 lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 03:18 PM | Show all posts
Ujibakat Mari Menari Astro


Korang boleh menari? Ada bakat terpendam menari? Pernah mengidam nak masuk program macam Sehati Berdansa? Nak glamor dan dikenali sebab berjuta-juta orang menonton ada di kaca TV. Rasanya, inilah peluang untuk korang sebab tak lama lagi Astro akan memberi peluang ini dengan melancarkan program realiti terbaru berjudul MARI MENARI!

Lebih kurang macam Sehati Berdansa jugak. Tapi kali ini korang boleh pilih pasangan dari ahli keluarga ikatan muhrim yang lain seperti kakak-adik, ibu-anak, ayah-anak, dan lain-lainnya. Maksud Budiey Mari Menari ni tak semestinya untuk suami isteri. Terbuka kepada semua. Mengikut komen di Facebook, ada pembaca takut nak masuk sebab takut terkena badi Sehati Berdansa. Jangan takut badi perceraian peserta Sehati Berdansa sebab itu cuma kebetulan. Ramai yang melihat ke arah itu sedangkan ramai selebriti yang join Sehati Berdansa ada yang hamil dan masih bahagia hingga sekarang.

Jadi, apa kata korang hadir di sessi ujibakat!

Program ini bertujuan mencari calon pasangan yang berpotensi dalam bidang seni tari.


Puan Azlin Reza Azmi

“Mereka yang datang tak semestinya perlu mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang tarian tetapi haruslah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni tari. Namun pasangan haruslah yang mempunyai pertalian darah atau muhrim di antara satu sama lain. Mungkin pasangan adik beradik, suami isteri, ibu dan anak lelaki, ayah dan anak perempuan,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi.

Ibarat Sehati Berdansa yang mengenengahkan bakat tarian, Mari Menari juga menampilkan konsep yang sama, cuma ia bakal diwarnakan oleh sesiapa sahaja yang berminat, bukan hanya untuk pasangan selebriti. Dalam pada itu, Azlin juga menolak kemungkinan peserta yang terpilih untuk Mari Menari akan berhadapan dengan situasi yang sama dengan Program Sehati Berdansa.

“Tak ada istilah sumpahan dengan Sehati Berdansa. Perceraian yang berlaku dengan pasangan Sehati Berdansa adalah atas pilihan mereka. Tidak ada kena mengena dengan program ini. Dalam ada yang bercerai, masih ramai yang berjaya menimang cahaya mata dan hubungan kembali terjalin selepas menyertai program tersebut. Kami harap perkara yang lepas tak akan mempengaruhi orang ramai untuk menyertai dan memberi sambutan untuk Mari Menari,” tambahnya lagi.


Azean, penerbit ekskutif Mari Menari

Bagi yang berminat, anda dijemput hadir ke sesi ujibakat mencari pasangan menari yang akan berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos bertempat di Astro Bukit Jalil menerusi pintu utara.

Para peserta perlulah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pertalian darah atau hubungan muhrim untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Untuk yang ada pengalaman menari, mestilah kurang dari 2 tahun pengalaman. Lebih dari itu, bermakna anda adalah penari profesional.

Dokumen yang perlu dibawa adalah :
1. Salinan kad pengenalan
2. Dua keping gambar terkini berukuran 4R
3. Pakaian yang bersesuaian untuk menari sewaktu sesi ujibakat

Seramai 30 pasangan akan dipilih dan disaring menjadikan 12 pasangan. Mari Menari akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Oktober ini. Seperti Sehati Berdansa, peserta akan diberikan juru latih mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:25 AM | Show all posts
Rancangan nih guna undi-undi pakai SMS jugak ke? Kalau ya, janji takkan undi lagi. NO VOTE, NO WASTE YOUR CREDIT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2010 10:07 AM | Show all posts
Dengarnya: Lisa dan Awal hos Mari Menari


2010/09/24

SELEPAS puas beraya bersama sanak saudara di kampung halaman, kini tidak giliran untuk Cik Normah menjengah kediaman kenalan di sekitar ibu negara. Banyak pula undangan rumah terbuka. Sambil berjumpa teman, dapatlah juga menjamu selera. Iyalah, kalau boleh semua cerita mahu Cik Normah kongsi dengan kawan rapat apatah lagi bila mengimbas nostalgia zaman dara dulu.

Bila sudah rancak berborak, tanpa sedar terkeluar juga kisah artis. Al-maklumlah, kawan Cik Normah semuanya mengalahkan penyiasat persendirian.

Seorang teman Cik Normah nampaknya seronok sungguh sewaktu dia memberitahu kami Lisa Surihani bakal mengendalikan program realiti Mari Menari. Program ini ialah rancangan realiti tarian terbaru ala-ala Sehati Berdansa, tetapi bukan membabitkan wajah popular kerana pesertanya cuma orang biasa.

Katanya, kalau tak silap program terbitan Astro itu bakal menemui penonton Oktober ini. Bukan apa, kata kawan Cik Normah selama ini memang dia tertunggu-tunggu kemunculan pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak 2 itu mengacarakan program realiti kerana benar-benar menyukai bakat pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang itu.

Cik Normah pun tertunggu-tunggu kelibat Lisa di kaca TV sebagai pengacara sebab selama ini hanya tengok gadis berdarah Melayu Bugis itu berlakon. Mana tahu dalam Mari Menari Lisa juga bakal menunjukkan skil tariannya.

Dikhabarkan juga, teman gandingannya pula ialah Awal Ashaari yang juga teman istimewa Scha Alyahya. Kalau sungguh bagai dikata, kita tengok nanti keserasian antara mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2010 10:08 AM | Show all posts
on jugak program neh eh?

tu hari time uji bakat, ntah berapa orang je yang datang

yang memenuhkan nehh sape laks nanti?

sedara mara, kawan-kawan, ipar lamai orang astro gak ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2010 10:25 AM | Show all posts
Macam Lets Dance in uK laaa @ Dancing with star in US!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 10:59 AM | Show all posts
tak dapat bayangkan mak menari ngan anak bujang  and bapak menari ngan anak dara....memanglah sedarah tapi cam tak manis plakkk...kena ade scene angkat bagai dalam tarian tuhh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 08:09 AM | Show all posts
Kalau guna undi SMS maka jgn harap la nak undi dorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 02:53 PM | Show all posts
Reply 7# Syd

Zul, Lisdawati, Ferhad Bakal Juri Mari Menari







        KUALA LUMPUR, 29 SEPTm 2010: Seperti yang ramai sedia maklum tidak lama lagi satu program realiti berbentuk tarian, Mari Menari yang seakan-akan sama dengan program Sehati Berdansa akan muncul menemui penonton di saluran Astro Ria.

        Apa yang pasti, Program Mari Menari ini masih lagi menampilkan konsep yang sama seperti Sehati Berdansa iaitu mengenengahkan bakat tarian, cuma bezanya ia bakal diwarnakan oleh pasangan dari ahli keluarga yang mempunyai ikatan muhrim sahaja seperti kakak-adik, ibu-anak dan ayah-anak.

        Biarpun program Mari Menari kali ini hanya melibatkan peserta di kalangan orang awam sahaja, namun ianya masih mengundang kehadiran  beberapa selebriti tempatan sebagai  juri dan penasihat kepada peserta program ini dan antara artis yang terlibat itu adalah Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad.

        Dalam satu sesi petermuan, murai.com.my telah berpeluang menemu bual selebriti yang menjadi juri dan sekaligus penasihat kepada peserta yang menyertai rancangan Mari Menari ini untuk serba sedikit memberitahu sejauh mana penglibatan mereka di dalam program ini.


        Pelakon, Zulhuzaimy

        "Mari Menari satu program yang menarik dan mencabar buat saya. Penglibtan saya sebagai juri bukan sahaja menilai dari segi gerak tarian mereka malah dari keseluruhan bentuk persembahan mereka di atas pentas atau stage performance .

        "Dalam program ini saya akan menggunakan semua kemahiran dan pengalaman yang saya ada sebagai pelakon dan yang mempunyai sedikit ilmu tarian ini kepada mereka sebanyak yang mungkin.

        "Namun, apa yang penting bagi saya, saya mahu lihat peserta atau pasangan yang boleh menjadi penghibur dan bukan penari yang hanya boleh menghafal step tarian," jelas Zul.


        Pelakon, Model, Lisdawati

        "Saya tertarik dengan program Mari Menari ini pada awalnya adalah kerana kali ini ia bukan pertandingan tarian antara artis, jadi persaingan itu lebih sihat dan menarik.

        "Sebagai juri saya mahu melihat penari yang mempunyai attitude dalam setiap persembahan mereka dan apa yang penting bagi saya setiap daripada mereka perlulah mempunyai X-Factor masing-masing yang boleh ditonjolkan.

        "Walau bagaimanapun saya bukanlah seorang penari yang professional, tetapi sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai pelakon dan juara Sehati Berdansa- 2 itu akan saya curahkan kepada mereka nanti," jelas Lisdawati.



        Penyanyi, Penyampai Radio, Ferhad

        "Tarian bukan hanya melibatkan gerak tari, malah keseluruhan tarian itu pasti akan melibatkan muzik, teknik dan drama. Tiga pakej yang lengkap ini perlu ada untuk menjadi penari yang baik dan saya akan aplikasikan kepada peserta Mari Menari nanti.

        "Mungkin orang boleh pertikaikan kerdibiliti saya sebagai juri tetapi ramai yang tidak tahu, saya juga kareographer untuk setiap persembahan nyanyian yang saya adakan tanpa menggunakan khidamat kareographer luar.

        "Tapi bagi saya, apabila seseorang itu melibatkan diri dalam bidang seni dia pasti tidak akan terlepas dengan tarian lebih-lebih lagi penyanyi seperti saya, " jelas Ferhad.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 08:43 PM | Show all posts
tiru cerita mat salleh kan Got dance.. disiarkan kat axn kalo tak silap ? ker kat Star Worlds...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:13 PM | Show all posts
Tentera, Pemandu Lori, Guru Golf Sertai Mari Menari





KUALA LUMPUR, 5 OKT 2010: Jika program tarian sebelum ini iaitu Sehati Berdansa disertai oleh selebriti-selebriti ternama tanah air, kini sebuah lagi program baru tarian, Mari Menari pula bakal disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza.

Seramai dua belas pasangan Mari Menari yang terdiri daripada tentera, pemandu lori, guru golf, juru gambar dan beberapa pasangan lain yang mempunyai latar belakang yang pelbagai telah pun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan di Restoran 7atenine, Ascott Kuala Lumpur petang semalam.

Antara dua belas pasangan itu, sepuluh daripadanya merupakan pasangan suami isteri iaitu; pasangan Ariz, pasangan Dita, pasangan Fahmi, pasangan Masri, pasangan Razif, pasangan Rosdi, pasangan Shai, pasangan Yat, pasangan Zahrin, pasangan Zul manakala dua lagi pasangan terdiri dari pasangan anak beranak; pasangan Jaya serta pasangan adik beradik; pasangan Nita.

Bagi pasangan anak-beranak dan juga satu-satunya yang berbangsa India, J Retnam Karuppiah , 60, seorang guru golf serta anaknya Subashini, 34, seorang pelakon teater yang ditemui memberitahu peluang menyertai Mari Menari ini pasti dapat mengukir kenangan yang tidak dapat dilupakan.

"Pada mulanya saya mahu suami atau adik lelaki saya masuk bersama saya dalam program ini, tetapi disebabkan mereka ada komitmen lain, mereka tidak dapat sertai bersama saya.

"Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap tarian saya masih tidak berputus asa dan telah membuat keputusan secara tiba-tiba untuk mengajak ayah untuk turut bersama saya dalam program ini.

"Apa yang mengejutkan, ayah saya terus bersetuju dan saya rasa gembira sangat kerana dengan program inin saya dapat mencipta memori terindah bersama bapa tersayang," kata Subashini.

Berbeza pula dengan pasangan suami isteri Shairulfazli Sharif dan isterinya Rafidah Amit, menurut Shairulfazli walaupun mereka bekerja di dalam butik perkahwinan yang diusahakan bersama, namun sejak dia berkahwin hingga sekarang mereka tidak pernah membincangkan topik lain selain perniagaannya.

"Saya rasa program ini sangat bagus dan menarik buat saya dan isteri. Jika sebelum ini kami sering sibuk membincangkan mengenai perniagaan kami tapi kini kami boleh bercakap mengenai perkara lain atau menumpukan kepada sesuatu yang baru iaitu tarian," katanya yang juga merupakan jurugambar di butik perkahwinannya.

Bagi Fariz Raeza Mohd Nizam pula, kerjayanya sebagai tentera tidak menghalangnya untuk turut bersama isterinya, Siti Rayikah Zolkifli ke lantai tari.

Manakala bagi Ed Rosdi Roslee yang bekerja sebagai pemandu kontena dan lori, pertandingan sebegini telah memberi peluang kepada dirinya dan isterinya, Siti Musliha Zakaria untuk meluangkan lebih masa bertanding kerana sebelum ini kerjanya tidak tentu masa.

Biarpun hampir kesemua dua belas pasangan itu tidak mempunyai latar belakang sebagai penari, namun ternyata kesemuanya tidak kekok dalam mengatur tarian mereka ketika diberi peluang mengatur langkah buat pertama kalinya di hadapan beberapa media dan tetamu dalam sesi pengenalan pada petang itu.

Rata-rata pasangan yang ditemui mengakui melalui program Mari Menari ini mereka dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta meluangkan lebih banyak masa bersama anak, adik, abang, suami serta isteri masing-masing.

Selain dapat bersama empat orang penasihat yang terdiri daripada selebiriti tempatan seperti Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad, para peserta juga akan dibimbing oleh dua belas jurureka tari profesional yang terpilih seperti Bayu, Papa J, Simon, Belalang dan ramai lagi.

Bagi setiap persembahan, pasangan akan diadili dengan system pemarkahan 50% daripada juri dan 50% dari undian penonton. Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Mari Menari akan mula menemui penonton dengan episod pengenalan Mari Menari yang akan bersiaran buat pertama kali pada 16 dan 17 Oktober ini, jam 9 malam.

Mari Menari juga memaparkan program mingguan seperti Langkah Mari Menari yang menyiarkan sorotan penting harian pasangan, sesi latihan sebalik tabir Mari Menari dan malam Penentuan Mari Menari yang meyiarkan keputusan akan disiarkan secara lagsung di kaca televisyen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:15 PM | Show all posts
Khairul Mizan Jawab Isu Pasal Mari-Menari!

KUALA LUMPUR, 5 OKT 2010: Pasti ramai yang sudah tidak sabar menanti kemunculan sebuah program realiti baru terbitan tarian Astro Ria, Mari Menari di kaca televiseyen.

Program tarian baru yang akan menggantikan Sehati Berdansa sebelum ini akan mula menemui penonton menerusi episod Pengenalan Mari Menari buat pertama kalinya pada 16 dan 17 Oktober ini, bermula jam 9 malam.

Naib Presiden Unit Pembanggunan Kandungan Astro Entertainment Sdn Bhd, Khairul Mizan berkata, program Mari Menari ini merupakan usaha mereka untuk mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan.

"Jika sebelum ini kami telah banyak menyediakan platform mencari pelapis bagi menampung permintaan untuk bidang seni suara, lakonan dan komedi, kini tibalah masanya untuk meneroka cabang seni tari pula.

"Saya mewakili pihak Astro Ria secara jujurnya berasa amat teruja dan tidak sabar untuk membuka lanatai tari Mari Menari yang buat pertama kali dibuka bersama 12 pasangan yang tealg kami pilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat," katanya dalam satu sidang media.

Biarpun program Mari Menari kali ini hanya melibatkan peserta di kalangan orang awam sahaja, namun ianya masih mengundang kehadiran beberapa selebriti tempatan sebagai juri dan penasihat kepada peserta program ini dan antara artis yang terlibat itu adalah Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad.

Namun ramai yang nampaknya melahirkan rasa ragu dengan kredibiliti selebriti-selebriti ini yang rata-ratanya bukan terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang seni tari.

Mengulas lebih lanjut tentang hal tersebut, Khairul Mizan berkata, dia sendiri akui bahawa keempat -empat juri tersebut memang memiliki kurang pengalaman dalam seni tari.

"Namun, kami yakin kesemua mereka ini boleh menjadi penasihat tari yang terbaik. Lagipun, program tarian kami ini melibatkan semua aspek dan bukan sahaja yang hanya tahu menari malah yang tahu mempersembahkan diri mereka apabila berada di atas pentas yang luas dengan penonton yang ramai.

"Jadi selebriti-selebriti ini mungkin boleh berkongsi serba sedikit pengalaman mereka ketika berhadapan dengan penonton yang ramai dan bagaiamana melakukan persembahan pentas yang menarik dan berkesan.

"Jadi mereka bukan menjadi penasihat untuk tarian malah akan mengemudi keseluruhan persembahan setiap peserta untuk meningkatkan tahap keyakinan peserta di dalam sesebuah pertandiangan.

Selain dapat bersama empat orang penasihat yang terdiri daripada selebiriti tempatan seperti Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad, para peserta juga akan dibimbing oleh dua belas jurureka tari profesional yang terpilih seperti Bayu, Papa J, Simon, Belalang dan ramai lagi

Antara dua belas pasangan yang terpilih itu, sepuluh daripadanya merupakan pasangan suami isteri iaitu; pasangan Ariz, pasangan Dita, pasangan Fahmi, pasangan Masri, pasangan Razif, pasangan Rosdi, pasangan Shai, pasangan Yat, pasangan Zahrin, pasangan Zul manakala dua lagi pasangan terdiri dari pasangan anak beranak; pasangan Jaya serta pasangan adik beradik; pasangan Nita.

Bagi setiap persembahan, pasangan akan diadili dengan system pemarkahan 50% daripada juri dan 50% dari undian penonton. Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Mari Menari yang akan dihoskan Awal Ashari dan Lisa Surihani ini juga akan memaparkan program mingguan seperti Langkah Mari Menari yang menyiarkan sorotan penting harian pasangan, sesi latihan sebalik tabir Mari Menari dan malam Penentuan Mari Menari yang meyiarkan keputusan akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:57 AM | Show all posts
Bagi setiap persembahan, pasangan akan diadili dengan system pemarkahan 50% daripada juri dan 50% dari undian penonton. Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.
Syd Post at 5-10-2010 14:15

Takyah la undi-undi guna SMS. Buang kredit saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 11:48 AM | Show all posts
koko pasangan anak beranak dan adik beradik kalau dancing yang kena paut atau angkat ni saje nak bagi orang komplen kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:41 PM | Show all posts
Selain dapat bersama empat orang penasihat yang terdiri daripada selebiriti tempatan seperti Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad


diorg ni penyanyi mana layak nak jd penasihat menari...carik lah yg betul2 ada kelulusan dlm bidang menari seperti LJ, EE, korie ke asteruk saja nak org komen2 pastu mesti akan lekat dpn tv sbb nak mengomen...

ada gak rakyat mesia yg nak masuk rancangan ni...sah2 ni jenis giler glamer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:43 PM | Show all posts
Reply 17# tdpp2006


strategi tuk tarik org tonton rancangan ni...sambil komen2 tgk jgk la asteruk tu...naiklah rating rancangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 06:57 AM | Show all posts
tajuk cam fanny sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090582 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list