Post Last Edit by pink_nadia at 3-6-2010 12:03
Program khas untuk Shahir di Astro RIA
2010/06/03
SELEPAS menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada pertandingan akhir program realiti nombor satu negara di Bukit Jalil baru-baru ini, kehidupan Shahir ternyata sudah menganjak ke satu tahap yang lebih tinggi apabila dia mula memasuki fasa baru dalam kehidupannya iaitu dunia hiburan tempatan.
Astro RIA (saluran 104) dengan bangganya meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga dengan membawakan sebuah lagi program yang bakal membawa peminat Shahir mengikuti perkembangan terbaru dan perjalanan Juara AF8 Shahir.
Ia bermula dengan menyingkap titik permulaan kemenangannya sehingga merealisasikan satu tujuan, satu harapan dan satu destinasi menjadi realiti. Program ini akan bersiaran pada setiap Ahad, jam 10 malam bermula 6 Jun ini.
“Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap peminat Shahir yang sudah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya, kami membawakan sebuah program yang akan terus mendekatkan peminat dengan Shahir walaupun selepas program Akademi Fantasia berakhir,” kata Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi.
Diariku… Shahir akan bersiaran selama 30 minit sebanyak lapan episod yang memberi fokus kepada perjalanan sulung Shahir selepas bergelar juara terutama semasa proses rakaman album dan lagu singlenya. Pelbagai gelagat dapat dilihat terutama semangat dan kesungguhannya bergelar seorang artis.
Diariku… Shahir juga bakal melihat dia dibimbing oleh pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kerenah dunia hiburan pada setiap episod. Di antara bidang yang diberikan fokus untuk membimbing Shahir ialah semasa latihan persembahan, berhadapan dengan peminat, temu bual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak ramai, promosi album dan tarian dalam persembahan.
Bukan itu saja, Diariku… Shahir juga bakal melihat Shahir mencuba perkara yang tidak pernah dicuba sebelum dia menceburi dunia hiburan seperti menerbangkan pesawat ringan. Peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang memberi makna istimewa dalam hidupnya. Jangan lupa untuk saksikan perkembangan terbaru Shahir melalui Diariku…Shahir setiap Ahad, jam 10 malam bermula pada 6 Jun ini, hanya di Astro RIA.
![](http://img229.imageshack.us/img229/2969/arira3.jpg)
![](http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs513.ash1/30265_1352574703523_1506068278_31034250_1025126_n.jpg)
PROMOSI SINGLE AF8
KUALA LUMPUR, 3 JUN 2010: Tuah nampaknya menyebelahi kesemua 12 bintang realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Ain, Anum, Erma, Adira, Farina, Daus, Nad, Shah, Alif, Shahir, Iwan dan Maulana.
Apa tidaknya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah bertindak agresif apabila membuat pelaburan bagi menerbitkan lagu single untuk setiap seorang daripada mereka sebagai strategi permulaan promosi serta cabaran menghadapi persaingan pasaran industri muzik tempatan.
Usaha dan kesungguhan AESB membuahkan hasil apabila ke semua dua belas (12) buah lagu telah mula berkumandang di corong-corong radio tempatan iaitu Berakhir Sebelum Bermula nyanyian Anum, Hati Hati (Ema), Bernafas Lagi (Shah), Aku Sudah Merdeka –(Nad), Bangun Semula (Alif), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Hujung Minggu (Farina), Kenapa(Daus), Penanggung Sepi (Ain), RSVP (Maulana) dan V.I.P (Iwan).
Sehingga kini, lagu nyanyian Nad berjudul Aku Sudah Merdeka telah berjaya berada di tangga ke-2dan lagu nyanyian Alif berjudul Bangun Semula pula selesa berada di tangga ke-4 di Carta Prebiu Era.
Selain itu, video muzik finalis AF8 juga sudah mula ke udara di semua saluran-saluran Astro sebaik sahaja berakhir konsert final. Video muzik finalis AF8 mendapat sambutan cukup hangat pelayar jaring lebar, terutamanya 'Youtube'. Ternyata, dua hari selepas konsert final, pelayar-pelayar jaring lebar muzik video finalis AF8 telah mencatat hampir 500,000 pengunjung.
Kesinambungan dari pada sambutan hangat yang diberikan itu, sebanyak 3,000 unit album AF8 Hits telah ditempah walaupun ianya baru sahaja dipasarkan sejak 23 Mei yang lalu di seluruh Malaysia.
Bagi menghangatkan lagi rangka promosi Album AF8 Hits, satu program jelajah akan bermula di Selayang Mall, KL pada 12 Jun 2010, KL Sentral, KL (13 Jun), Berjaya Times Square, KL (19 Jun) , Dewan Kapitol, Perlis (3-4 Julai), Jaya Jusco Bukit Raja, Klang (10 Julai), Terminal One, Seremban ( 11Julai ), Mahkota Parade, Melaka (17 Julai) dan Kompleks Bukit Jambul, P.Pinang (24 Julai).
Shahir af8 SHAHIR akan berada di TELUK INTAN pada 6 june ni...Bagi fans yg berada di KL n SELANGOR,pihak SHahir FC menyediakan BAS bagi sesiapa yg ingin ikut serta..MASA bertolak adalah pagi n akan pulang petang.Bagi sesiapa yg ingin turut serta sila berhubung ngan Noor Fairulzura n bayaran dikenakan rm 35 utk tambang bas. terima ...kasih...marilah kita sama-sama menyokong Shahir...ADMIN_SG |