CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24519|Reply: 35

Sengkuang Oh Sengkuang...

[Copy link]
Post time 8-7-2010 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Sengkuang....(dah search dan mmg takder lg benang ni)
Semua orang tahu sengkuang..tapi apa jenis masakan yang menggunakan sengkuang??
Selain:
1) Popiah
2) Dimakan begitu shj...
3) lagi.......?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 07:39 PM | Show all posts
satu rahsia alam ...untuk kecantikan untuk memutihkan muka secara semulajadi dan sihat serta berkesan...parut halus dan tampal pd wajah 2-3 jam setiap hari.Terutama kalau selepas muka terkena bahang mentari...efek penyejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:20 PM | Show all posts
Sengkuang....(dah search dan mmg takder lg benang ni)
Semua orang tahu sengkuang..tapi apa jenis ma ...
mikky Post at 8-7-2010 16:17

rojak buah, rojak calit
kuah lodeh
gado-gado
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 07:56 AM | Show all posts
Masak lemak sedap ker sengkuang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:38 AM | Show all posts
tak brapa suka sengkuang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:03 AM | Show all posts
Masak lemak sedap ker sengkuang ni?
mikky Post at 9-7-2010 07:56

Kuah lodeh/kuah lontong tu dah mcm masak lemak jugak
Tapi varietykan dgn sayur mayur lain, jgn sengkuang shj..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2010 10:33 AM | Show all posts
kalau lodeh sedap ngan sengkuang...
tapi kalau masak lemak sengkuang sajer..apa jadi agaknyer yer..
letak dlm sambal belacan mcm sambal kuini tu..sedap tak eh??

ada 2 ketul sengkuang kat umah ni..siap keluar pokok lagi..haha..tapi me takreti nak lagukan mcmana...aduyaaai{:2_71:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:45 PM | Show all posts
mak sy sll wat sengkuang nie..

just letak sos cili yg digaul ngan cuka..then letak gula skit...gaul rata2..
then potong sengkuang saiz kecik2 memanjang then gaul dgn adunan td..
sedap dimakan bersam nasi atau mkn begitu saje..macehh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 02:13 AM | Show all posts
buat masak lemak sedap jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 09:52 AM | Show all posts
masak acar ikan tongkol + timun+ sengkuang.. best giler..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:53 PM | Show all posts
ROJAK SOTONG KANGKUNG

bahan-bahan:
Seekor sotong rendam
2 biji timun
1 biji sengkuang
seikat kangkung segar
250 gram gula apong / gula melaka
1 sudu teh rempah lima
5 tangkai cili kering dikisar halus
kicap masin
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dengan semangkuk air sejuk)
1 cawan kacang tanah(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 cawan biji bijan (digoreng tanpa minyak)

cara-cara:

Kuah
1. Panaskan kuali
2. Masukkan gula apong dan cairkan menggunakan api kecil.
3. Masukkan rempah lima dan kicap masin.
4. Kacau hingga sebati. Masukkan air sejuk dan biarkan mendidih.
5. Masukkan tepung jagung. Kacau dan pastikan ia mencapai tahap kepekatan yang dikehendaki.
6. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan air lagi.

Ulam
1. Potong timun dan sengkuang berbentuk baji
2. Didihkan air. Celur sotong rendam 5 minit dan potong.
3. Celur kangkung dan potong
4. Masukkan timun, sengkuang, kangkung dan sotong ke dalam bekas. masukkan kuah rojak dan gaul hingga sebati. Taburkan biji bijan dan kacang tanah. Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:54 PM | Show all posts
mesra.net

BEBOLA DAGING N SENGKUANG

Bahan-Bahan:
300 gm daging (dikisar)
300 gm sengkuang
115 gm tepung jagung
30 gm lada sulah
10 gm halia
3 sudu besar minyak        1 sudu besar kicap
3 gelas air rebusan tulang
3 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang daun saderi
Garam secukup rasa
Cara:
Gaul daging dengan lada sulah, garam, kicap dan kepalkan kecil-kecil menjadi bebola. Golekkan bebola daging dalam tepung jagung dan goreng hingga kuning. Ketepikan. Potong sengkuang sebesar 2.5 cm x 0.5 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan tumiskan perencah ini. Masukkan sengkuang dan kacau seketika. Masukkan air rebusan tulang dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Masukkan bebola daging dan kacau rata-rata. Apabila menghidang hias dengan daun saderi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:55 PM | Show all posts
taip 'resepi sengkuang' kat google.com

pilih la mana yg ko nak masak
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:54 AM | Show all posts
kadang2 suka kadang2 tak suka sengkuang ni...tapi rasa dia pelik..almost tiada rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Lady39 at 11-7-2010 13:50

Goreng buat sayur pun boleh:

Potong sengkuang panjang berjalur (julienne)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang putih, bawang merah, udang kering dan taucu.
Masukkan sengkuang. Masuk garam.Goreng sampai sedikit layu. Angkat. Makan dengan nasi panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:55 PM | Show all posts
Rojak untuk bubur asyura (orang lama Johor punya stail)
Timun, sengkuang potong jalur (julienne)
Kuah rojaknyer:
Lada hidup blend dengan keledek or kentang.
Bubuh cuka atau  asam. Add sedikit gula and garam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 07:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 11-7-2010 19:16



Inti pau

Bahan:
ayam - dipotong kecil-kecil dan gaulkan bersama serbuk lada hitam dan kicap
sengkuang - disagat/ diparut
bawang merah - dipotong dadu

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang hingga agak layu, masukkan ayam/daging. Gaul-gaul rata hingga ayam/daging masak. Akhir sekali masukkan sengkuang, gaul rata dan tambah kicap, garam secukup rasa. Masak hingga inti agak kering
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:59 PM | Show all posts
sengkuang masak lemak
cara masak sama mcm kobis or buncis or terung masak lemak ( tumbok cili hidup ngn udang kering)..sedap sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 12:04 PM | Show all posts
Reply 18# anasue


    kira wujudlah masakan sengkuang shj masak lemak ni yer? harus ku cuba lagi..penah try tapi rasanya takmemberansangkn la..uhuhu..takreti ejas rasa kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 12:17 PM | Show all posts
taip 'resepi sengkuang' kat google.com

pilih la mana yg ko nak masak
gigipalsu Post at 10-7-2010 14:55



    sebab dah tanya pakcik google laaa den tanya forumer plak kat sini...kalau ada jwpn taktanya dah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.263193 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list