CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4691|Reply: 13

Tentang cerai

[Copy link]
Post time 18-7-2010 12:33 AM | Show all posts |Read mode
1. Si suami boleh ke cerai tanpa apa-apa sebab? Kalau cakap "talak" terus cerai? Aku pernah dengar kalau main-main cakap talak pun isteri diceraikan.
2. Kalau ya, si isteri macam mana pulak? Boleh ceraikan suami tanpa sebab?

3. Betulkah kalau isteri nak cerai, kena jumpa kadi? Kalau si isteri nak cerai, tapi lelaki tak benarkan si isteri keluar rumah, macam mana si isteri nak pi jumpa kadi? Dengar kata si isteri tak boleh keluar rumah tanpa kebenaran si suami. Jadi dah dia nak cerai, haram ke si isteri nak keluar rumah jumpa kadi? Kalau macam tu selama-lamanya lah si isteri tak boleh nak ceraikan suami tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 09:28 AM | Show all posts
Ishh...  kenapa ler pikir sampai jadi complicated macam tu.  Bak kata Ustaz Ismail Kamus, orang pi buat report ke Balai Polis, tapi sampai kat Balai tak nak cakap apa-apa sebab takut mengumpat.

Kalau isteri keluar untuk berjumpa 'Hakim', si suami boleh buat apa?  Ceraikan isteri?  Bukan ke itu yang di minta?  Dia nak kata nusyuz?  lebih kurang jugak la kan macam tu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 05:31 PM | Show all posts
&pidReply 2# ibnur


   Dah si isteri tu tak ingin buat dosa, jadi dia takutlah untuk melanggar perintah suaminya. Kalau macam tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:56 PM | Show all posts
&pidReply  ibnur


   Dah si isteri tu tak ingin buat dosa, jadi dia takutlah untuk melanggar pe ...
pumpkinsmashed Post at 18-7-2010 17:31


Berikut adalah petikan dari laman web IKIM.

Apa yang Perlu Dilakukan:
Para isteri harus ingat bahawa, menurut hukum syarak, mereka tidak diharuskan keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami, tetapi mereka harus keluar untuk menyelamatkan diri jika mereka didera suami atau kerana rumah kediaman tidak lagi selamat atau takut kepada ancaman penjahat dengan berpindah ke tempat yang lebih selamat, seperti menumpang di rumah sahabat, jiran atau kembali ke rumah keluarga, dan sebelum itu mereka terlebih dahulu hendaklah membuat laporan dan aduan kepada pihak keselamatan untuk menyelamatkan diri mereka daripada dihukum sebagai isteri yang nusyuz (derhaka). Ingatlah keselamatan diri merupakan tanggungjawab individu yang wajib dipertahankan dan membiarkan diri dianiaya atau berada di dalam kebinasaan adalah sesuatu yang dilarang (rujuk maksud ayat 195, surah al-Baqarah).
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:50 PM | Show all posts
1. Si suami boleh ke cerai tanpa apa-apa sebab? Kalau cakap "talak" terus cerai? Aku pernah dengar k ...
pumpkinsmashed Post at 18-7-2010 00:33


1) buat pe nak cerai tanpa sebab? hobi? ade ke org yg nak cerai tanpa sebab? baik xyah kawen kalau senang2 nak cerai org...menyusahkan org je wat majlis, beli cincin, dsb...last2 si pompuan gk dapat malu. Jatuh talak kalau lafaz 'aku ceraikan kau' atau yg sewaktu dengan nye....kalau setakat sebut perkataan 'talak'..xdela jatuh talak =)
2) xboleh isteri ceraikan suami...tp boleh mintak diceraikan..

3) xyah cari kadi2...mintak je nk cerai dr suami tu dulu. kalau dia tak bagi...baru cari hakim. kalau xleh g jumpa hakim pon, kan tepon ade.dan lagi, tengokla keadaan isteri tu cane kok ye pon suami xmo bg kuar umah. kalau dikurung lam umah menyebabkan isteri didera, atau teraniaya dsb...saya rs elok la kuar, cari perlindungan. hmm..papepon, mungkin yg lebih pakar lebih tau.

p/s: kawen2 ni bukan matlamatnya nak cerai. ingt, umat perlukan perkahwinan yg murni utk bangunkan umat. kalau kawen cerai kawen cerai...anak2 yg terabai. pastu jd kes mcm2...cume memburukkan lagi keadaan umat je. sbb tu pilih calon yg beragama...mendahului pangkat, keturunan, harta dll.

wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 12:51 AM | Show all posts
1) b1) buat pe nak cerai tanpa sebab? hobi? ade ke org yg nak cerai tanpa sebab? baik xyah kawen kalau senang2 nak cerai org...menyusahkan org je wat majlis, beli cincin, dsb...last2 si pompuan gk dapat malu. Jatuh talak kalau lafaz 'aku ceraikan kau' atau yg sewaktu dengan nye....kalau setakat sebut perkataan 'talak'..xdela jatuh talak =).
carpet Post at 18-7-2010 21:50

Yang Roslin Hashim tu tak sampai 2 minggu pun dah cerai... memang ada kes-kes sebegini.

2) xboleh isteri ceraikan suami...tp boleh mintak diceraikan..

Apa maksudnya? Mintak kat sapa? Si suami? Kalau pergi ke kadi, kata nak cerai, dikira cerai ke tidak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2010 01:59 AM | Show all posts
Reply 6# pumpkinsmashed

mungkin roslin hasyim tu ade alasan nye kenapa perlu cerai..bukan saje2 nk cerai..
xpayah la kita mmbuat apa2 andaian..
sebahagian drpd andaian itu dosa..

klu mintak ngan hakim nk cerai...xdela hakim tu terus jatuhkan talak. mesti dia siasat dulu (xtau la...tp lojik nye cmtu la)..
xkan dia nk men2 runtuhkan masjid org...asal mintak je, bagi...mintak je bagi...tu bukan hakim (bijaksana) =)
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 12:35 PM | Show all posts
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Nak jawab kemusykilan yg dikemukakan oleh tuan rumah...
(1)... jawapan dia boleh... kalau bahasa mudahnya, suami boleh saja-saja suka nak ceraikan isteri dia... cuma dari segi moralnya, tak eloklah... tuhan pun tak suka, cerai ni dibuat mainan... kalau pi pejabat agama, sah-sah panjang ceramah yg diberikan oleh pak-pak ustaz kat situ...
(2) cerai ni hak suami, maksudnya, suami saja yg ada hak menceraikan... isteri tak boleh menceraikan suami... isteri cuma boleh mintak cerai, boleh pi mengadu ke pejabat agama nak bercerai dgn suami, macam mana pun kalau suami kata dia tak mau ceraikan, isteri tak boleh buat apa2... dlm keadaan biasa... kecuali dlm keadaan luar biasa, isteri boleh pi mengadu ke pejabat agama minta fasakh...
(3)... kalau dah nak bercera-berai ada ke lagi ambik kira larangan begitu... kalau betullah ada, bolehlah dia mewakilkan walinya untuk mengadu ke pejabat agama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2010 10:03 AM | Show all posts
jujurnya, xada org yg kawin yg nk bercerai.
tp hidup berumahtangga ni byk dugaan, cabaran.
tlg jgn judge isteri yg mintak cerai sbg saje suka2 or nusyuz.
zaman skrg, org ppuan lg byk pikir dr org lelaki ~ anak, tanggungan etc.
tp sbb fikir anak2 la, kdg kena mtk dilepaskn jugak.
suami xbagi nafkah, anak xcukup mkn pakai.
suami panas baran, anak jagi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 10:35 AM | Show all posts
ishh2 TT ni dah kawen lum ni???
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 10:44 AM | Show all posts
paling susah nak cerai, kalau suami taknak lepaskan isteri dgn cara baik. mau mkn tahun jugak proses nak cerai nih!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 11:54 AM | Show all posts
Reply 5# carpet
er..aku tertarik yg nombo 1 tu jer..
ade kes di sekeliling aku la..famili aku...pasangn ni mmg tadak masalah bagai lah..mmg si isteri ni...buleh kata isteri yg taat setia n layanan cukup bagus bagai lah...tetibe laki die ceraikan die..aku terkedu gile...taktau nak speku ape..dah kawen lam 5 thn..setahun PJJ..kes keje ar, tapi masih lam satu negeri...jarak pon dalam 2 jam perjalanan je..masing2 duk umah mak masing2..tadak anak..tak penah dgr dorang bergaduh sume...tetibe laki die tuh nak ceraikan die...tapi..aku speku.mcm laki die nak cari lain...takkan pasal duit sume..aku tgk cukup jer...ato pon..mmg dah takdir n ujian tuhan utk pompuan tuh...diceraikan tanpa sebab..

ade gak aku tnya laki aku...kena denda ke kalo cerai tanpa sebab? laki aku kata...takde kena denda pon sbb kuasa talak tu atas lelaki..tapi..kalo tang lafaz cerai tuh..kalo lafaz luar mahkamah..mmg kena denda ar..

kes kalo pompuan yg mintak cerai plak..yg aku baca..mmg kena n wajib gi kaunseling..kalo kes lelaki yg ceraikan n lelaki yg mohon..nak gi kaunseling tuh jadi optional plak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 01:34 PM | Show all posts
Reply 8# tokwan_jantan


    aku nk reply quote tokwan mengikut ilmu yg aku tahu ...ini utk item soalan no. 2....

Isteri tak de hak menceraikan suami.....kuasa cerai mutlak di tangan suami....perlu juga isteri ketahui bahawa di akhirat kelak tidak akan mencium bau syurga (jgnkan nk masuk syurga, cium bau pun x dpt) seorang isteri yg memohon cerai dari suami tanpa apa2 sebab yang munasabah.....ini kena ingat ni....

Jadinya isteri boleh meminta utk diceraikan atas sebab2 tertentu dan dlm zaman sekarang si isteri kenalah menyediakan bukti kenapa dia nk bercerai....jgn main ckp jerr + nangis...tu sumer takkan melayakkan isteri utk meminta cerai.....bukti2 ni akan diminta semasa sesi kaunseling selepas dah file utk memohon penceraian....

Suami memang ada kuasa mutlak, jadi utk TT klau belum berkahwin, pilih suami betul2....jgn tersalah pilih, naya nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 06:15 PM | Show all posts
Reply 1# pumpkinsmashed


   
    1. Si suami boleh ke cerai tanpa apa-apa sebab? Kalau cakap "talak" terus cerai? Aku pernah dengar kalau main-main cakap talak pun isteri diceraikan.
Perkataan "cerai" tak seharusnya ada dlm diri sisuami wlaupun main2/gurau senda.
2. Kalau ya, si isteri macam mana pulak? Boleh ceraikan suami tanpa sebab?
Tak boleh melainkan suaminya MATI PUCUK baru boleh minta diceraikan.

3. Betulkah kalau isteri nak cerai, kena jumpa kadi? Kalau si isteri nak cerai, tapi lelaki tak benarkan si isteri keluar rumah, macam mana si isteri nak pi jumpa kadi? Dengar kata si isteri tak boleh keluar rumah tanpa kebenaran si suami. Jadi dah dia nak cerai, haram ke si isteri nak keluar rumah jumpa kadi? Kalau macam tu selama-lamanya lah si isteri tak boleh nak ceraikan suami tu?
Ada caranya ia itu gunakan org tengah yg bijak bukan kadi. Kadi pun boleh jadi buaya lol ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.254091 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list