View: 10028|Reply: 45
|
[R-TV] Imam Muda S2 [Tahniah, IM Hassan - Juara!]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 3-7-2011 08:06
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.
“Sekarang kita dalam perancangan untuk membuat Imam Muda 2. Kita juga akan pertimbangkan tentang cadangan Datuk Seri Jamil Khir untuk membuka pencarian imam muda kepada peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei jika ia mendapat sokongan dari Jawi.
“Saya rasa tiada masalah kerana perkara itu merupakan cadangan yang baik dan cukup bagus,” ujar Izelan lagi.
Program Imam Muda mula bersiaran buat pertama kalinya pada 28 Mei lalu selama 10 minggu. Ia turut disertai oleh Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Mohd. Taufek Mohd Noh, Amiril Md. Banin, Nuri Ali Arbain, Sharafuddin Suaut dan Ahmad Syakir Zamri. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tak berapa nak setuju plak kalau amek peserta luar dari malaysia......sebab kat malaysia nih ramai lagi yg ade pontensi jadi imam muda nihh.....tapi kalau nak buat pown ape salahnyerr.....tak sabar nak tunggu second season....harap dapat buat awal taun depan kerr.... |
|
|
|
|
|
|
|
saingan hebat.....
ke terlalu awal nak bukak penyertaan pada orang luar?
tak nak kasik kita dulu kat sini, yang rasa lebih lama skit?
ye ye ye
ai tahu...Islam tu hak milik semua orang |
|
|
|
|
|
|
|
carik la org Malaysia dulu..... kang saingan jadi ketat... buka peluang pd anak2 muda kita... kan ramai.... |
|
|
|
|
|
|
|
ku rasa mcm tu
biarlah orang malaysia puas2 dulu
nikmati keindahan program nehh
then baru kita bukak pada orang luar |
|
|
|
|
|
|
|
berjuta2 rakyat mesia yg leh masuk rancangan ni, biarlah negara lain buat imam muda depa sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa cdgn ok jugak,tp lebih utamanya peserta dr kalangan org M,sia shj,mgkin difikirkan untuk meluaskan lg publisiti rancangan ini di asia tenggara,sbb tu jamil khair cdg mcmtu,kan imam muda dah dpt liputan international |
|
|
|
|
|
|
|
ini lebih kepada tujuan bisnes dh.. bila dh ada peserta luar.. iklan dr negara luar bertambah.. bleh jual prgram tu kt negara luar etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencarian Imam Muda mungkin ke peringkat nusantara
06/08/2010 7:27pm
PUTRAJAYA 6 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau mahu program realiti dakwah popular, Iman Muda akan diperluaskan pencariannya sehingga ke peringkat nusantara.
Beliau berkata, jika tidak di peringkat nusantara, mungkin ia boleh dimulakan di negara-negara jiran dahulu seperti Indonesia dan Singapura.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata, bagi pencarian di Malaysia ia akan diadakan pada tiap-tiap tahun.
Program kerjasama antara Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mencetuskan fenomena di dalam dan luar negara seperti di Asia Tenggara dan Eropah.
Program pertama Imam Muda yang berakhir minggu lalu telah mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa termasuk The Straits Times, Singapura; The Wall Street Journal; Associated Press (AP); Perbadanan Penyiaran British (BBC); Agence France-Presse (AFP); Reuters dan ARD Germany TC.
Jamil Khir turut memberitahu, Juara Imam Muda musim ini, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, akan berlepas ke Gaza esok bagi mengikuti misi kemanusian anjuran Kelab Putera 1Malaysia. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
via FB;
IMAM MUDA2- Kriteria Ujibakat 1. Terbuka kepada semua lelaki Islam 2. Berusia 18-27 tahun 3. Boleh membaca surah Al Fatihah dan ayat ayat lazim 4. Sihat tubuh badan 5. Salinan Kad Pengenalan 6. Gambar berukuran Poskad
IMAM MUDA 2 - Ini tarikh dan tempat Uji Bakat, 22/23 Jan, Johor Baharu, 28/29 Jan, Kota Baru, 11/12 Feb, Alor Setar, 19/20 Feb, Kuantan, 26/27 Feb, Kota Kinabalu dan 5/6 Mac, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
via FB;
IMAM MUDA2- Kriteria Ujibakat 1. Terbuka kepada semua lelaki Islam 2. Berusia 18-27 tahun 3. Boleh membaca surah Al Fatihah dan ayat ayat lazim 4. Sihat tubuh badan 5. Salinan Kad Pengenalan 6. Gambar berukuran Poskad
IMAM MUDA 2 - Ini tarikh dan tempat Uji Bakat, 22/23 Jan, Johor Baharu, 28/29 Jan, Kota Baru, 11/12 Feb, Alor Setar, 19/20 Feb, Kuantan, 26/27 Feb, Kota Kinabalu dan 5/6 Mac, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta seluruh dunia boleh sertai Imam Muda 2
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Program realiti Imam Muda musim kedua melakukan perubahan besar apabila turut membuka peluang kepada muslimin dari seluruh dunia hadir uji bakat untuk menyertai program itu.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. , Zainir Aminullah berkata, langkah Astro membuka penyertaan peserta luar negara itu berdasarkan kepada permintaan para peminat dari seluruh dunia yang mengikuti program itu musim lalu.
“Maklum balas menggalakkan dapat dilihat di laman sosial Facebook daripada peminat-peminat program itu dari Asia Barat, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
“Kami menjangkakan kehadiran peserta antarabangsa ini mampu meningkatkan persaingan yang sihat di kalangan peserta dalam program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Imam Muda musim kedua di sebuah restoran di Sri Petaling, dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.
Katanya, setiap calon antarabangsa beragama Islam berumur antara 18 - 27 tahun yang berminat menyertai program itu mestilah mempunyai berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu.
Beliau berkata, uji bakat pertama program itu akan diadakan pada 22 dan 23 Januari ini di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.
Selain itu, program yang mendapat tempat di mata dunia itu juga turut menambah lokasi uji bakat iaitu di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Kota Kinabalu pada 26 dan 27 Februari ini.
Lain-lain lokasi adalah Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan (28 - 29 Januari), Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah (11 - 12 Februari), Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang (19 - 20 Februari) dan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (5 - 6 Mac).
Katanya, seperti program pertama, Astro juga mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk program kali ini.
“Untuk musim kedua ini, mantan Imam Besar Masjid Negra, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz masih dikekalkan sebagai Mudir.
“Sementara para bakal imam muda masih mengikuti jadual ketat dan kali ini mereka didedahkan dengan cabaran baru seperti selok belok ekonomi, perdagangan dan perubahan berdasarkan kitab suci al-Quran," katanya.
Menurutnya, program Imam Muda musim kedua dijangka bersiaran secara rasmi mulai 25 April depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya... Fahrin pengacara baru Imam Muda?
Oleh Normah Becok
2011/03/18
PELAKON Fahrin Ahmad bakal menjadi pengacara program Imam Muda 2? Itulah khabar terbaru yang Cik Normah dengar mengenai pelakon berbadan sasa ini.
Beriya-iya teman Cik Normah yang berambut ikal mayang ini menyampaikan cerita. Katanya, pihak produksi program realiti paling popular di Astro Oasis itu dikatakan berminat untuk mengambil Fahrin sebagai perantara, berdasarkan kriteria yang ada pada aktor tampan itu. Selain mempunyai personaliti menarik dan kepetahannya berkata-kata, Fahrin yang pernah muncul dalam program keislaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam edisi khas pada tahun lalu, berjaya menambat hati produksi terbabit sehingga mereka dikatakan bercadang untuk menggunakan khidmatnya sebagai perantara program yang memasuki musim kedua itu. Teruja sungguh Cik Normah apabila dikhabarkan berita gembira itu. Iyalah, daripada mengacara program hiburan, Fahrin beralih kepada program keagamaan. Serba boleh sungguh. Cik Normah memang bersetuju sangat kalau Fahrin diberi peluang. Sekurang-kurangnya ia boleh menambahkan lagi rating program itu kerana peminat Fahrin pasti akan menonton artis kesayangan mereka mengendalikan rancangan popular berkenaan.
Cik Normah juga difahamkan, selain Fahrin, ada seorang lagi selebriti yang dalam pemerhatian pihak produksi untuk dijadikan pengacara.
Namun disebabkan maklum balas yang diterima menerusi kaji selidik yang dijalankan tidak begitu memberangsangkan, nampaknya mereka terpaksa melupakan hasrat menjadikan selebriti itu sebagai perantara Imam Muda 2.
Kepada Pengurus Saluran Oasis, Izelan Basar dan team produksi, jika betul-betul berminat nak lamar Fahrin, teruskan saja hasrat itu. Cik Normah sendiri tak sabar nak tengok kehandalan Fahrin mengacarakan program keagamaan selepas berjaya membuktikannya di pentas hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku prefer ustaz zul kalam suci tuh lagi jadik pengacara...... |
|
|
|
|
|
|
|
kat uk ni ramai student eligible bleh masuk imam muda..
pls tunggu buat ujibakat bln 6-7 masa cuti summer.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ditunggu2 |
|
|
|
|
|
|
|
minta2 dikekalkan lah ustaz zul tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta luar negara sertai Imam Muda 2
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar FAUZI BAHARUDIN & IHSAN ASTRO OASIS
PARA peserta Imam Muda musim kedua yang bakal bersaing merebut gelaran Imam Muda Unggul.
--------------------------------------------------------------------------------
IMAM MUDA, program realiti terbitan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang berjaya menarik perhatian dunia, sekali gus memecah tradisi program-program berkonsep keislaman yang selama ini dipandang sebelah mata atau dikategorikan sebagai program kelas kedua.
Namun siapa sangka gelombang baru yang dicetuskan menerusi Imam Muda tidak sahaja mengubah pandangan skeptikal khususnya, penonton di Malaysia terhadap program Islamik tempatan.
Bahkan, tempias kejayaannya turut membuka mata masyarakat Islam luar negara akan potensi dunia penyiaran dalam medium dakwah, apatah lagi yang menjurus kepada golongan muda.
Menamatkan program Imam Muda musim pertama secara bergaya pada Julai tahun lalu dengan menobatkan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohamad Ridzuan sebagai juara pertama, secara tidak langsung menjadi testimoni dalam usaha penerbitan lebih banyak program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata tetapi dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial.
Malah, ia sekali gus akan memartabatkan status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul dan menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.
Lantaran itu, bermula awal tahun 2011 selama dua bulan krew produksi Imam Muda menjelajah ke enam lokasi iaitu ke Johor Bahru, Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Kota Kinabalu dan berakhir di Kuala Lumpur.
Ia dalam usaha mencari 10 lagi calon Imam Muda bagi musim keduanya. Uniknya, pencarian kali ini, terbuka kepada peserta luar negara.
Malam tadi, bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam diumumkan 10 peserta yang berjaya menginjakkan kaki ke akademi yang penuh prestij ini.
Sabtu lalu kumpulan pemuda yang mempunyai latar belakang dan kerjaya berbeza ini diserahkan kepada Mudir Imam Muda musim kedua, iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz dalam majlis penyerahan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Biarpun ia serba ringkas namun sarat dengan pelbagai mainan perasaan terutamanya pada saat penyerahan ahli keluarga dan tidak ketinggalan isteri untuk melepaskan insan tersayang, waima dalam tempoh tiga bulan.
Namun, hanya iringan air mata kegembiraan dan restu serta keredaan mereka menjadi pemangkin semangat kepada 10 peserta Imam Muda ini, demi mengejar impian dan cita-cita bergelar Imam Muda unggul.
Bunyinya gah bukan! Imam Muda Unggul. Pun begitu, 10 peserta yang terpilih ini, dua adalah dari negara jiran iaitu Singapura dan Brunei. Mereka akan dihimpunkan di bawah satu bumbung, mengharungi segala suka duka bersama serta berjuang secara sihat, bukan atas tiket peribadi tetapi memartabatkan agama Islam yang syumul.
Mega, Utusan Malaysia berpeluang mewawancara tiga peserta yang akan berkongsi perasaan mereka dalam menjalani satu pengalaman baru sebagai persiapan melahirkan pelapis tokoh agama masa hadapan serta persediaan diri kelak dinobatkan Imam Muda unggul... |
|
|
|
|
|
|
|
tgk peserta IM2 kt paper..
kali banyak2 hensem-hensem dan bujang |
|
|
|
|
|
|
| |
|