View: 8077|Reply: 35
|
tanggujawab anak laki pada ibunya...
[Copy link]
|
|
salam....
terbaca kat board sebelah2 tu kes isteri mempersoalkan tanggungjawab suami pada mentua......memang hub. anak laki takkan putus ngan emaknya walo dah kawen.....cuma nak tau limitnya setelah memikul tanggungjawab kepada keluarga sendiri....
org pompuan ni memang tak penah puas..ngan mak mentua pun nak jeles tapi tu lah......nak tau gak smpi tahap mana....termasuk kes2
- asik balik tgk mak dia jek padahal mak mentua mmg dah uzur
- asik belikan langsir umah mak dia je...hu!hu! langsir umah sendri pakai duit bini (kes nak raya)
- adik ipar nak pakai duit pun mentua mintak duit laki kita
- kalo mak dia mintak, sanggup bergolok bergadai, kalu bini nak.....sok la tunggu gaji, sok la tunggu bonus
me, seorang ibu beranak 3 |
|
|
|
|
|
|
|
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..sy pun nak tau ni..![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
terbaca kat board sebelah2 tu kes isteri mempersoalkan tanggungjawab suami pada mentua... ...
juita Post at 10-8-2010 09:40 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam...
izinkan saya beri pendapat. walau saya tiada suami tiada anak tiada mertua. tapi saya ada ibu bapa yg punya menantu dan besan.
begini:
memang betul anak lelaki tjawab lebih pada mak ayah masih ada walau dah kawin. selain tjawab pada isteri dan anak2 dia. juga apa salahnya mertua aka mak ayah isteri itu dilayan sama rata seperti mak ayah sendiri.
kalau suami boleh belikan maka yah beras, gula gandum dan bagi duit poket, kenapa tidak benda yg sama untuk mak ayah isterinya. isteri kenalah main peranan juga disini. macamana isteri layan mertua , mak ayah suami jangan pula abaikan mak ayah sendiri.
tak rugi dan tak salah berbuat baik pada mak ayah dan orang2 tua lain. besar pahala dan ganjarannya.
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah terbaca dalam paper metro soal jawab agama. tanggungjawab anak lelaki memang kepada ibu babapanya selagi masih hidup, tetapi jika anak lelaki sudah berkahwin, keutamaan hendaklah didahulukan kepada anak2 dan isteri. kemudian baru ibu bapanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba bayangkan kita pula jadi mak ayah. dan kita juga ada anak lelaki dan anak perempuan. bila anak2 kita dan besar dan kawin dan ada anak2 sendiri. bagaimana kita nak anak2 kita lakukan pada kita?
fikir2kan lah...
sayangilah anak2/kanak2 kerana mereka adalah masalalu kita...
dan
hormatilah mak ayah/ warga tua kerana mereka adalah masadepan kita... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak: menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana; menyediakan tempat tinggal yang sempurna memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan; menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat; memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat merangkumi ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan. Keperluan bukanlah perlu menyediakan hidangan KFC atau pizza setiap hari; bukan juga perlu menyalutkan tubuh si isteri dengan pelbagai perhiasan emas dan permata yang begemerlapan. Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan di dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau.
diambil dr blogResipi Hidup bersama Suzana Ghazali
Himpunan topik-topik perbincangan yang telah disiarkan di dalam ruangan Resipi Hidup, majalah Mingguan Wanita terbitan Karangkraf Sdn Bhd, bermula pembabitan bersama Mingguan Wanita pada September 2004...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mbhcsf at 10-8-2010 15:20
adehhhh....
i dunno hmm kalaulah suami anda tu harta banyak seperti sultan , apakah mahu bising kalau adik, abang , cousin dia minta duit suami anda?
dan dalam pada yang sama si suami ni menunaikan tanggungjawab - nafkah semua lah semua aspect
jika suami tu i dunno seorang penarik beca dan juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami, bapa dan ketua rumah yang baik kepada keluarganya lantas mak dia MIL laa si isteri laa ni mointa duit...apakah anda mahu ambil pusing?
dan duit you dia tak sentuh pun? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# mbhcsf
I likeeee........rasanya pada those yang begitu pasti masih tak puas hati gak pada kedua2 situasi pun.....yg first takut reta dia abis yang 2nd takut kena kikis......kalu tak bersyukur tak guna gak.....sib baekkk my mil ok, jenis tak nyusahkan anak2...tapi anak2 plak slalu buat susah ati mak bapak
rumahtangga nih kalu tak tolak ansur payah..asik satu pihak nak menang...me jadik emak kalu boleh nak anak2 bahagia, tanak mintak apa2 cuma doa derang waktu me dah takde...hu!hu!hu!(tingat plak kat aruah bapak...ninggal seminggu sblm pose) pastu masa me idup slalu la balik bawak cucu meriahkan umah...kui!kui!kui! jauhnya pandangan....anak lum pun ada yg amik upsr pun lagik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# sitihawa
setuju ngan Hawa
w/pun mang susah nk didik hati spy reda dgn suami |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
terbaca kat board sebelah2 tu kes isteri mempersoalkan tanggungjawab suami pada mentua... ...
juita Post at 10-8-2010 09:40 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
hohoo.. maybe saya tidak..
I sacrifice more to my mil tau. Hehe ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh....
i dunno hmm kalaulah suami anda tu harta banyak seperti sultan , apakah mahu bising k ...
mbhcsf Post at 10-8-2010 13:47 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
setuju!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki kalau dah kawin, tapi tidak pandai 'menguruskan' keluarga sendiri dan emak bapak dia sendiri memang susah.
memang tidak dinafikan ada suami yang melebih-lebihkan emak dia, kerana emaknya sendiri yang peel pelik sikit.
Bagi orang yang kata tolak ansur, faham suami dan beralah dengan mertua, mungkin anda tidak pernah berasa berada dalam situasi yang pelik, bila mertua suka minta bukan-bukan pada suami, bagi saya pelik, sebab emak saya tidak pernah minta apa-apa dari anak-anak.. even anak-anak nak belikan apa-apa kat dia contoh meja makan ke.. nanti dia cakap, tak payah..meja makan lama elok lagi.. kita nak belikan dia cerek letrik, dia tak mau, kata dia dia boleh jerang air atas dapur gas lagi.
tetapiii pernah tak kalian berdepan dengan mertua yang selamba akan telefon anak dia minta duit nak renovate rumah??? sedangkan anak dia sendiri pun hutang dah sedia banyak, belanja rumah banyak isteri tolong.
Ada mertua yang datang rumah anak dia tetiba tengok ada microwave, kemudian dia juga cakap kat anak dia, dia nak juga satu kat kampung, padahal microwave kat rumah anak dia tu bini dia yang beli, sebab minta laki beli asyik tunggu ada duit,..tunggu ada duit, last-last bini beli sendiri.. tetiba mak mertua bising suruh beli, sanggup dia tenyeh kredit kad, berhutang sebab emak minta..
Pernah ada mak mertua yang laki bawa anak bini pegi bercuti jalan-jalan tetiba mengungkit anak dia tak pernah bawak dia pegi mana pun, sedangkan emak dia tu dah uzur dan nak berjalan pun kena bertongkat.
mungkin siapa tak pernah alami situasi begini takkan tau cemana rasanya terpinggir dengan suami sendiri..
erkkk saya tidak la alami situasi begitu, tetapi one of my adik kawen dan dapat mak mertua macam tu... kesian dgr cerita dia...
moral..esok-esok kita dah tua, janganlah kacau rumah tangga anak-anak.. kalau dah depa hidup aman bahagia..redha dan terima, jangan tuntut bukan-bukan... |
|
|
|
|
|
|
|
t/jawab anak kpd orang tua... 1) menjenguk mereka / bertanya khabar 2) memberi mereka makan jika mereka memerlukan 3) memelihara keselamatan mereka 4) merawat mereka jika sakit atau sudah tua 5) menjaga harta benda mereka 6) mendoakan mereka 7) menghubungkan silaturrahim mereka dgn kaum kerabatnya 8) menghormati/berbuat baik dgn jiran/kawan2nya 9) menggembirakan hati mereka 10) tidak menjadikan mereka bimbang, risau, tidak tenteram ... (tidak disusun ikut susunan)... t/jawab ini terpikul pada semua anak, tetapi lebih dituntut kpd anak lelaki... kalau keluarga tu hanya ada anak perempuan... t/jawab ni kena diambil oleh anak perempuan... kena runding2kanlah dgn suami... berbakti kpd ibu bapa itu tuntutan syarak... kedua2nya kena faham dan bertolak ansur... esok kita jugak bakalan tua dan mengharapkan anak2!... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# pnut
aku rasa biasa je kalau seorang ibu minta dibawa jln2
tapi pd ko itu sbg mintak yg bukan2?
apatah lagi kalo anak tu dah pernah bawak isteri dia jln2 kan
w/pun dah tua....uzur, keinginan bersama anak tetap ada
dia yg pelihara suami kita tu sedari kecik!ingta tu
dan lagi bila kita bersuami, suami bukan hak mutlak kita yg kita nak control segala.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# tokwan_jantan
ye tok wan....betul sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply pnut
aku rasa biasa je kalau seorang ibu minta dibawa jln2
tapi pd ko itu sbg mintak y ...
yusrin Post at 12-8-2010 14:58 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
macam saya tekankan, kalau kita tidak berada dalam situasi itu, kita boleh buat andaian sendiri..
saya tak salahkan awak.. maybe belum pernah berada disituasi begitu,
macam orang-orang pernah kata, seorang ibu boleh bela 10 anak, 10 anak belum tentu boleh bela seorang ibu.
Bukan mudah untuk seorang anak menjaga seorang ibu yang uzur, nyanyuk dan banyak kerenah, dugaan besar sangat..
hanya yang betul sabar dan tabah je boleh lalui.. kekadang bukan sorang anak itu tidak mau membela, tetapi kesabaran seorang anak itu sebenarnya tidak sama dengan kesabaran seorang ibu.
saya berani bercakap sebab saya sedang melaluinya, menjaga mertua yang uzur dan nyanyuk, menuntutkan kesabaran yang tinggi, pengorbanan perasaan sendiri, sikap beralah yang bukan sedikit. tapi saya redha, ini bahagian ibu mertua saya, bahagian saya esok tak tau macam mana pulak, entah-entah lagi teruk.. so hati tenang sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
camner plak tanggungjawab menantu laki pada mak mentua...bukan ker mentua sama taraf ngan mak sendri....so kalu mentua nak sesuatu agak2 wajar jugak la dipenuhi yer dak?? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
semalam baru dengar ceramah pasal wasiat
kenapa kita masyarakat islam setuju mengatakan anak lelaki punya tanggungjawab lebih kepada mak ayah?
ini adalah kena mengena dengan hukum faraid yang Allah ciptakan.
Di dalam surah al Nisa’ ayat 11-14 bermaksud: “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pemberian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk kedua ibu bapa, masing-masing satu perenam daripada harta yang ditinggalkan; jika yang meninggal itu mempunyai anak, jika yang meninggal itu tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (saja), maka ibunya mendapat satu pertiga, jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara ibunya mendapat satu perenam sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat dan sesudah dibayar hutangnya. Orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak tahu siapa di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
dengan ayat ini bermakna lelaki mendapat lebih ganjarannya kerana itu dia punya tajwab lebih kepada mak ayah.
tetapi kaum lelaki sekarang ( tak semua) akan suka memakai ayat ini bila soal harta tetapi bila pasal tjawab pada orang tua? mereka guna pakai atau tidak?
sebab itu, dalam soal pembahagian harta, faraid adalah yg terakhir sekali. wasiat boleh diberikan samarata pada anak2 lelaki dan perempuan dgn syarat semua setuju dan tiada bangkangan. kalau ada yg tidak setuju baru ikut faraid
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
camner plak tanggungjawab menantu laki pada mak mentua...bukan ker mentua sama taraf ngan mak sendri ...
juita Post at 13-8-2010 07:54 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalau mampu apa salahnya. kata mak mertua sama sahaja dengan mak sendiri, kalau tak mampu bindang la elok2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|