CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7279|Reply: 65

[Tempatan] CUEPACS minta naikkan Gred 19 Pembantu Tadbir ke Gred 29 sesuai dgn keadaan

[Copy link]
Post time 15-10-2021 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Cuepacs saran naik Gred 29
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS
11 Oktober 2021

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mempertimbangkan penambahbaikan skim perkhidmatan pembantu tadbir melalui sistem saraan baharu menjelang tahun 2022.

Presidennya, Adnan Mat berkata, sistem itu bagi melaraskan semula skim perkhidmatan tersebut dengan skim penolong pegawai tadbir.

Tambah beliau, kedua-dua skim tersebut berbeza namun fungsi dan tugas adalah sama berikutan perubahan semasa.

Menurut Adnan, sistem tersebut ditambah baik setiap 10 tahun bermula pada 1992 dan diimplementasikan lebih 19 tahun.

“Jadi amat wajar untuk kerajaan mempertimbangkan dan menaik taraf skim ini dalam sistem saraan Malaysia yang baharu.

“Dengan situasi sekarang, Cuepacs memohon sistem saraan ini yang bermula dengan kelayakan lantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diubah mengikut peredaran zaman,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Ahad melaporkan seramai 350,000 pembantu tadbir merasa terpinggir dan tertekan apabila gred bagi skim perkhidmatan pembantu tadbir kekal pada Gred Lantikan 19 sejak hampir 40 tahun lalu.

Justeru, Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) mahu kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan gred lantikan skim perkhidmatan tersebut daripada Gred 19 ke Gred 29.

Dalam pada itu, Adnan berkata, skop kerja pembantu tadbir sudah melangkaui fungsi asal mereka sehingga terpaksa melaksanakan kerja seorang pengurus.

“Ini maknanya mereka telah menjalankan tugas-tugas lebih daripada biasa tetapi dengan gaji masih di peringkat taraf SPM.

“Dahulunya mereka banyak membantu tetapi sekarang ini mereka bukan membantu terus menjadi pengurus.

“Kerja-kerja ini terus dilaksanakan bukan lagi sekadar membantu disebabkan zaman sudah berubah dan kepentingan pembantu tadbir memang diperlukan di semua jabatan sehingga mencecah 350,000 orang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, sistem saraan itu perlu dimasukkan dalam Bajet Belanjawan 2022 bagi peruntukan pelaksanaan sistem berkenaan.

“Walaupun masih dalam perancangan peringkat akhir oleh JPA tetapi sekurang-kurangnya peruntukan perlu ada,” jelasnya.

Beliau turut berharap gred lantikan skim perkhidmatan pembantu tadbir dapat diubah kepada Gred 29 seperti yang dicadangkan.

Pada masa sama, Adnan berkata, penolong pegawai tadbir Gred 29 telah menghantar memorandum permohonan kepada JPA supaya skim itu ditambah kepada Gred 41.

Menurut beliau, ia bagi mengelakkan berlakunya pertindihan antara pembantu tadbir dan penolong pegawai tadbir terutama dari segi fungsi dan skop tugas mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak meminta la ceupacs ni..
Tp xnafikan skim lain yg mana sblm ni 19 dh naik ke 29 Bg kakitangan yg ada dip n stpm..
Kalau N19 mmg belum lg sbb Ramai sgt N plus golongan N Ramai je graduated even master phd pn ada ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tamak setan.  Patotnye ko mintak kajaan naikkan yang taraf kontrak ke taraf tetap.  Berlambak ade yang Gred 19 ke bawah tu.  Ko dah dapat tetap sudah la..  Lengkali pegi belajor sampe PhD.  Takde la ko koje jadi kerani..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 07:43 AM | Show all posts
Kalau ada Diploma boleh la nak naik 29, janganlah lambak je semua jadi 29.
Banyak je post bila jumuk, pegawai tak nak buat kerja lebih, nak kekal kerja sedia ada walau gred naik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 15-10-2021 12:57 AM
Banyak meminta la ceupacs ni..
Tp xnafikan skim lain yg mana sblm ni 19 dh naik ke 29 Bg kakitangan  ...

Apa kema mngena ada master dgn phd klo mmg tk layak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 15-10-2021 07:43 AM
Kalau ada Diploma boleh la nak naik 29, janganlah lambak je semua jadi 29.
Banyak je post bila jumu ...

Yg doktor pakar pon blom tntu layak digelar doktor pakar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by krustykrab at 15-10-2021 07:58 AM

Dalam pada itu, Adnan berkata, skop kerja pembantu tadbir sudah melangkaui fungsi asal mereka sehingga terpaksa melaksanakan kerja seorang pengurus.


Biaq betikkk... Maksudnya pembantu tadbir blh sign dokumen, approve request etc?
Hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-10-2021 01:15 AM
Jangan tamak setan.  Patotnye ko mintak kajaan naikkan yang taraf kontrak ke taraf tetap.  Berlambak ...

Masalahnye ada kekosngan mcm doktor pakar pon blom tntu layak walau da dipggil doktor pakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-10-2021 07:56 AM
Dalam pada itu, Adnan berkata, skop kerja pembantu tadbir sudah melangkaui fungsi asal mereka sehing ...

Ayat2 nak naik pgkat da naik pgkat semua bkn kjer saya. Yg incaj cuti
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 15-10-2021 07:43 AM
Kalau ada Diploma boleh la nak naik 29, janganlah lambak je semua jadi 29.
Banyak je post bila jumu ...

Itula . Pastu nk dok tmpt tu je tkmo pindah aka cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-10-2021 07:56 AM
Dalam pada itu, Adnan berkata, skop kerja pembantu tadbir sudah melangkaui fungsi asal mereka sehing ...

Yelah tuuuu....slalu yg ini jugak lh jwb “bkn keja sy, org in charge cuti”....eh klu ala2 pengurus semua bnda kna tau okehhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape suruh malas belajar masa sekolah dulu2? Bila dah kerja meroyan pulak nak free2 naik gred.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-10-2021 08:01 AM
Ayat2 nak naik pgkat da naik pgkat semua bkn kjer saya. Yg incaj cuti

Memang hanat perangai seko2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 15-10-2021 07:43 AM
Kalau ada Diploma boleh la nak naik 29, janganlah lambak je semua jadi 29.
Banyak je post bila jumu ...

Pemalas seko2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 15-10-2021 08:30 AM
Sape suruh malas belajar masa sekolah dulu2? Bila dah kerja meroyan pulak nak free2 naik gred.

Mcm cikgu la naek gred tggi tp  brp subjek jee boleh ajar. Tau2 nk pencen gred 54. Pastu sruh buat itubini meroyan byak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 15-10-2021 08:16 AM
Yelah tuuuu....slalu yg ini jugak lh jwb “bkn keja sy, org in charge cuti”....eh klu ala2 pengur ...

Kann....nmpk sgt kopek kaki penipu...lgpun salah kot kalau pembantu tadbir buat keje pengurus....auditors bolehla check ofis gomen since kopek dah terlepas ckp..kalau private sect buat mcm ni, dah lama kna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 09:14 AM | Show all posts
baru ku tahu., kerani gomen skang dah sama tarap menejarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 01:08 PM | Show all posts
aechae replied at 15-10-2021 08:16 AM
Yelah tuuuu....slalu yg ini jugak lh jwb “bkn keja sy, org in charge cuti”....eh klu ala2 pengur ...

Betul tu...kalau 2 minggu pergi kursus...dua minggu jugakla form tu tak process.....tu belum yang pergi haji lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuepacs ni penipu. Sejak bila pembantu tadbir yang banyak rilek tu buat kerja manager? Nak kencing tak agak2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 02:02 PM | Show all posts
Edited by fish at 15-10-2021 02:03 PM

mmg la diorg boleh buat kerja ala2 pengurus
kat opis aku ni, kerani paling cikai ada diploma
yg ada degree pun belambak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 1.014229 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list