CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rindu 'baju' lama

[Copy link]
Post time 22-10-2021 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Rindu 'baju' lama[size=0.8][size=0.9]Redzuan Muharam
[email protected]


MOHD Izzuddin dulu berpangkat Lans Koperal ketika bersama PDRM. FOTO Ihsan Mohd Izzuddin Syukri Ishak



Bayan Lepas: Pengalaman terbabit dalam kemalangan motosikal sembilan tahun lalu ibarat mimpi ngeri buat pesara polis, Mohd Izzuddin Syukri Ishak kerana mengubah statusnya daripada insan normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).

Mohd Izzuddin Syukri, 35 dari Taman Tunas Muda, Sungai Ara, di sini yang dulunya cergas dan aktif bermain bola sepak juga terpaksa melupakan minat terhadap sukan kegemarannya itu akibat kemalangan itu.

Ini kerana kecederaan serius dialami menyebabkan Mohd Izzuddin Syukri patah tulang belakang dan hilang keupayaan berjalan hingga perlu bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Bapa dua anak itu mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menerima ketentuan Ilahi dengan reda dan bersyukur kerana isteri, Noor Syuhaida Sholihin, 37 setia di sisi serta sentiasa memberi semangat supaya tidak berputus asa.

Kini, Mohd Izzuddin Syukri dan Noor Syuhaida bersama mencari rezeki dengan mengusahakan kafe diberi nama Kurie De Bamboo Cafe bagi menyara dua anak mereka iaitu Muhammad Izz Ziqrie, 11, dan Nur Izz Humaira, 9.

"Saya sebelum ini berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulim, Kedah dan masih bertugas selepas pulih daripada kecederaan akibat kemalangan tetapi ambil keputusan bersara pada 2018 disebabkan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Sebenarnya, sewaktu menjadi anggota polis lagi saya sudah ada gerai makan tetapi secara sambilan namun nekad kembangkan lagi perniagaan selepas bersara dengan membuka menghidangkan menu tempatan dan barat

"Mujurlah isteri banyak membantu menguruskan perniagaan dan keluarga daripada awal hingga kini kerana pergerakan saya terbatas jadi ada perkara tidak dapat dilakukan sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi pengalaman berniaga dalam tempoh pandemik, Mohd Izzuddin Syukri tidak menafikan terkesan apabila tidak dapat menerima pelanggan untuk menjamu selera di kafe dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Mohd Izzuddin Syukri menggunakan khidmat syarikat penghantaran makanan bagi membolehkan pelanggan membuat pesanan daripada kafenya menerusi aplikasi dalam talian.

"Baru dua tahun buka kafe itu, negara pula dilanda pandemik dan pada awalnya memang terkesan malah sambutan pelanggan agak kurang.

"Bagaimanapun, saya dan isteri ikhtiar gunakan khidmat penghantar makanan ada kalanya hantar sendiri pesanan kepada pelanggan.

"Di samping itu, saya cuba juga promosikan perniagaan di akaun TikTok dan Alhamdulillah, sambutannya amat baik malah saya gunakan juga platfrom berkenaan untuk kongsikan kisah sebagai OKU supaya dapat beri semangat kepada insan istimewa lain di luar sana," katanya yang pernah berpangkat Lans Koperal ketika bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengakui rindu kenangan berkhidmat sebagai anggota badan beruniform.

MOHD Izzuddin bersama isteri tercinta, Noor Syuhaida dan dua anak mereka. FOTO Ihsan Mohd Izzuddin Syukri Ishak






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 11:05 AM | Show all posts
terbaik bak hg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071666 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list