CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ops khas tahan 52 individu

[Copy link]
Post time 26-10-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Ops khas tahan 52 individu[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Bukit Mertajam: Polis menahan 52 individu termasuk seorang tokan dadah dalam satu operasi khas di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis melancarkan operasi dengan menumpukan kawasan tumpuan penagih.

"Hasilnya, 52 individu termasuk seorang tokan dadah berjaya ditahan dalam lapan serbuan yang diadakan.

"Daripada jumlah itu, 10 adalah wanita, manakala selebihnya lelaki," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, 38 individu ditahan mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam ditahan mengikut Seksyen 39B dan seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 39C, akta sama.

"Turut ditahan ialah empat individu mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 dan masing-masing dua mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a), ADB 1952," katanya.

Sementara itu, Shafee berkata, dalam operasi sama, polis turut menahan enam warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor di Bukit Indera Muda, Kubang Semang, di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B, ADB 1952.

"Dalam serbuan polis itu, turut merampas dadah jenis heroin seberat 88.94 gram (g), syabu (8.38 g), ganja (6.86g) dan amphetamine seberat 5.70 g untuk tindakan lanjut

Dalam perkembangan lain, polis daerah Seberang Perai Utara turut menahan empat lelaki warga tempatan ketika melakukan tugas rondaan cegah jenayah di Kampung Pekan Darat, Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan ke atas empat lelaki itu menemui dua paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi serbuk kristal yang disyaki syabu dan satu keratan straw mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin.

"Berikutan itu, mereka diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 26, 2021 @ 7:30pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047004 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list