CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah bertambah

[Copy link]
Post time 29-10-2021 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah bertambah[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Anggota APM melakukan operasi untuk memindahkan mangsa banjir berikutan paras air yang meningkat semalam. FOTO IHSAN APM




Alor Setar: Hujan semalam menyebabkan mangsa banjir di Kedah kembali meningkat dengan 239 orang daripada 63 keluarga ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, sehingga 8 pagi ini, empat PPS dibuka di Baling, manakala satu PPS di Pendang yang sudah dibuka sejak 21 Oktober lalu.

Katanya, PPS Banggol Derom di Baling dibuka semula pada 11.45 malam semalam untuk menempatkan 46 mangsa daripada 11 keluarga, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantung dibuka pada 2.10 pagi hari ini mempunyai sembilan mangsa daripada dua keluarga.

"Dua lagi PPS di Baling iaitu SK Tanjung Pari dibuka pada 9 malam dan menempatkan 26 mangsa daripada lapan keluarga selain PPS SK Siong mempunyai 21 mangsa (lapan keluarga)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hanya sebuah PPS di Pendang iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah yang kekal dengan 137 mangsa daripada 34 keluarga.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2021 @ 10:01am







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.077979 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list