CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 1

[Pulau Pinang] Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 31-10-2021 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


KEMALANGAN membabitkan empat mangsa dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, di sini, semalam. FOTO Ihsan JBPM



Bayan Lepas: Seorang wanita dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Dr Awang di sini, semalam.

Manakala seorang lagi wanita dan pemandu kereta mengalami kecederaan parah.

Difahamkan dua wanita itu adalah pejalan kaki yang cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dan motosikal Honda Waze dengan dua pejalan kaki.

"Pejalan kaki dan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala orang ramai bantu mengeluarkan pemandu kereta yang mengalami kecederaan parah.

"Penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Faizal Abu Bakar, 33, dan pejalan kaki Suhaila Zainol Abidin, 45 tahun. Manakala seorang lagi wanita belum dikenalpasti identiti," katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau semua mangsa di hantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Disiarkan pada: Oktober 31, 2021 @ 10:18am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2021 12:55 PM | Show all posts
Salam takziah. al-fatihah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048692 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list