CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 0

[Pulau Pinang] MARDI hasilkan varieti padi beras wangi indeks glisemik rendah

[Copy link]
Post time 1-11-2021 08:24 PM | Show all posts |Read mode
MARDI hasilkan varieti padi beras wangi indeks glisemik rendahNovember 1, 2021 @ 3:02pm



Gambar hiasan



KEPALA BATAS: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan varieti padi MRQ 103, beras wangi dengan indeks glisemik (GI) rendah yang baik untuk kesihatan, terutama bagi pesakit kencing manis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata varieti padi itu adalah antara strategi MARDI bagi menyediakan varieti padi berimpak tinggi di samping dapat menjaga kesihatan orang ramai.

Katanya, ketika ini varieti padi itu berada di peringkat akhir kajian dan ia dihasilkan selepas proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 2009 oleh pakar.

"Ia akan memberi manfaat kepada petani dalam meningkatkan pendapatan mereka dan membantu meningkatkan pengeluaran beras negara.

"Varieti ini termasuk dalam beras istimewa dan kerajaan menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) berusaha memperkukuhkan beras istimewa untuk tujuan pasaran tempatan serta eksport kerana ia mempunyai nilai tambah iaitu bukan sahaja beras wangi malah baik untuk kesihatan," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Prihatin anjuran MARDI, di sini hari ini.

Pada majlis itu, MARDI menerima sumbangan sebuah traktor penyembur pelepasan tinggi pelbagai guna dengan corong baja daripada Syarikat Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM) bagi tujuan penyelidikan.

Mohamad Zabawi berkata, varieti padi MRQ 103 itu dijangka diperkenalkan di pasaran menjelang tahun depan dan ketika ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat pengilang bagi mengeluarkan benih berkenaan.

"Kami sedang mencari syarikat pengilang yang bersesuaian kerana benih varieti ini tidak boleh bercampur dengan beras-beras lain, ia lebih istimewa kerana GI rendah dan bagus untuk menjaga kesihatan terutama bagi pesakit kencing manis," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, MARDI juga sedia bekerjasama dengan sektor swasta bagi mengembangkan teknologi moden dalam usaha membantu kumpulan sasar membabitkan petani dan pesawah.

"Kejuruteraan pertanian adalah bidang penting dalam industri agromakanan dan kami juga mempergiatkan pemodenan dan pertanian pintar untuk meningkatkan penerimagunaan teknologi dan automasi dalam sektor agromakanan, mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mempergiat program serta aktiviti inovasi untuk menyokong kemajuan agroteknologi," katanya.– BERNAMA






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.092942 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list