CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5737|Reply: 24

Teater Muzikal CINTA - sape plakon yg anda nak??

[Copy link]
Post time 18-8-2010 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Filem Cinta Kembali Dengan Teater Muzikal





        Teks oleh: Syafiqah Jalal
        Foto oleh: Mazlan Fotografi
        KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2010: Filem Cinta yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-20 bakal dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula pada 17 Februari 2001 hingga 6 Mac 2010 akan datang.
        Diterbitkan The Creative Partnership Sdn.Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn. Bhd, teater muzikal yang dinamakan sebagai Terima Kasih Cinta ini akan berlangsung selama 2 minggu menerusi 19 persembahan di IB.
        Pengurus Besar , Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat, Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, pihaknya memang sudah lama terfikir untuk mengembangkan lagi brand filem Cinta, tapi tidak pernah ada mana-aman pihak pun yang cuba mendekati secara serius.
        "Sehinggalah kami didatangi Boudeng Edruce daripada Creative Partnership Sdn Bhd membawa kertas kerja untuk mementaskan filem Cinta. Selepas perbincangan dilakukan,kami terus setuju untuk kukuhkan semula branding Cinta ini," katanya dalam sidang media Terima Kasih Cinta di Seri Pentas Damansara, petang kelmarin.
        Manakala Penerbit Craetive Partnership Sdn. Bhd, Boudeng Edruce pual berkata, pihaknya percaya penonton pasti akan mendapat impak serta suntikan yang lebih menerusi teater muzikal ini.
        "Dengan mengambil pendekatan kontemporari, Terima Kasih Cinta telah diolah semula dengan mengetengahkan babak-babak dramatik serta dialog yang penuh emosi, diselang-selikan dengan 25 hingga 30 lagu-lagu retro. Ianya juga akan disuntik dengan gerakan tarian yang menyentuh perasaan dan akan menambah lagi keterujaan pada persembahan ini", katanya.
        Sungguhpun begitu, Boudeng memberitahu, pihaknya masih belum dapat mengesahkan lagi siapa yang akan membintangi teater muzikal ini.
        "Kita akan adakan satu ujibakat yang mana ia terbuka kepada sesiapa saja termasuklah pelakon asalnya. Kalau boleh, kami mahu melahirkan lebih ramai penggerak teater di dalam industri ini melalui Terima Kasih Cinta.
        "Oleh itu satu ujibakat akan diadakan untuk pelakon utama, ensemble dan artis yang mana ianya akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Apapun, kami berharap kami akan dapat kekalkan karektor utama filem Cinta.
        "Seandainya sesi pemilihan pelakon sudah pun dibuat, kami akan berusaha untuk memulakan siri latihan bermula pada minggu pertama bulan November dan akan berlanjutan selama 3 bulan", tambahnya lagi.
        Teater Muzikal, Terima Kasih Cinta ini berkisarkan kepada kisah cinta pada masa kini yang bakal menunjukkan kepelbagaian karakter, manakala lagu-lagunya pula disuntik daripada era awal 90-an.
        Mengimbau kembali filem Cintapula, ia mengisahkan jalinan lima cerita yang meraikan keajaiban cinta: mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan & Azura, dan hubungan Arianna & Taufiq - di mana semuanya saling berkait dan berlatar belakangkan kota metropolitan Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2010 02:45 PM | Show all posts
harap fasha sandha kekal membawa wataknye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:09 PM | Show all posts
sepa2 je la pelakonnya... yg penting BKN FS k.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:17 PM | Show all posts
amik pelakon asal la!! feel siket
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:25 PM | Show all posts
Harap semua pelakon asal filem Cinta ni kekal....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 02:25 AM | Show all posts
haah..
semua plakon dikekalkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2010 02:27 AM | Show all posts
haah..
semua plakon dikekalkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 07:43 AM | Show all posts
Reply 4# samshik

iols setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 09:35 AM | Show all posts
sapa2 je lah.. sbb carly confirm x tgk citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 09:57 AM | Show all posts
takde masalah nak kekalkan pelakon, itu yang sebaiknya, tapi ini ialah TEATER, bukan filem. bukan emua pelakon leh buat teater
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:25 AM | Show all posts
Kekalkan Fasha Sandha!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:49 PM | Show all posts
ok. tapi tak tak faham dengan tarikh.

dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula pada 17 Februari 2001 hingga 6 Mac 2010 akan datang.

tarikh ni dah lepas. mungkin tahun depan 17 Februari 2011 - 6 Mac 2011 ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by wirazam at 20-8-2010 00:06

aku nak cadangkan Intan Sarafina/Puteri Sarah/Nora Danish/ Nieyl (Mentor)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:07 AM | Show all posts
confused  filem sepi dgn filem cinta
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:07 AM | Show all posts
Antara Pelakon asal

Dato' Haji Rahim Razali : Cikgu Elyas (Pelakon Utama)
Fatimah Abu Bakar : Rubiah (Pelakon Utama)
Eizlan Yusof : Azlan (Pelakon Utama)
Fasha Sandha : Azura (Pelakon Utama)
Nanu : Dyan (Pelakon Utama)
Que Haidar : Dhani (Pelakon Utama)
Rashidi Ishak : Harris (Pelakon Utama)
Rita Rudaini : Airin (Pelakon Utama)
Pierre Andre : Taufiq (Pelakon Utama)
Sharifah Amani : Arianna (Pelakon Utama)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:09 AM | Show all posts
kalau nak tukar pun..FS kot..tukar dgn Farahdhiya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 12:09 AM | Show all posts
Fatimah Abu Bakar tu..kalau tak free ganti dgn Ogy
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:44 AM | Show all posts
Kekalkan pelakon asal lah..

Iols lg feel cter sepi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:00 AM | Show all posts
aku memilih

Dato' Haji Rahim Razali : Cikgu Elyas (Pelakon Utama) - KEKAL
Fatimah Abu Bakar : Rubiah (Pelakon Utama) - KEKAL
Eizlan Yusof : Azlan (Pelakon Utama) - AZHAN RANI
Fasha Sandha : Azura (Pelakon Utama) - AMY MASTURA
Nanu : Dyan (Pelakon Utama) - JUHARA AYOB
Que Haidar : Dhani (Pelakon Utama) - KEKAL
Rashidi Ishak : Harris (Pelakon Utama) - ZULHUZAIMY
Rita Rudaini : Airin (Pelakon Utama) - VANIDAH IMRAN
Pierre Andre : Taufiq (Pelakon Utama) - ZAHIRIL ADZIM
Sharifah Amani : Arianna (Pelakon Utama) - KEKAL
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:36 AM | Show all posts
nak buat teater muzikal plak dah...better buat cinta 2 ke ..kasih..sayang ke..meriah sikit..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069829 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list