CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3610|Reply: 0

“Setan” Krismas

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:46 AM | Show all posts |Read mode
“Setan” Krismas



Rahsia di sebalik perayaan yang paling ceria di dunia

Hari Natal, atau lebih dikenali sebagai Krismas diantara perayaan yang dikenali dan disambut di seluruh dunia.

Apablia bertanya tentang Krismas, confem benda pertama yang lintas di fikiran adalah Santa Claus. Kalau pergi mana mana pusat membeli belah semasa perayaan Krismas, jarang lah tak nampak gambar ataupun patung kadbod Santa Claus.

Tapi tahukah anda, di dalam tradisi asal Krismas, Santa Claus dikatakan sering ditemani oleh seekor mahkluk mengerikan?

Krampus
Wajah hodoh dengan mata merah dan badan berbulu hitam. Tanduk raksasa melengkung dari kepalanya, mempunyai bentuk badan menyerupai separuh kambing dan separuh setan.


Gambaran yang menakutkan untuk perayaan yang ceria

Di setiap illustrasi yang ada, Krampus telah digambarkan membawa rantai dan kadang kala rantai itu mempunyai loceng. Makhluk ini juga dipercayai membawa beberapa dahan pokok birch dan lebih menakutkan bakul yang dipenuhi kanak-kanak.

Nama Krampus adalah daripada perkataan Jerman krampen yang bermaksud claw atau kuku. Ia dikatakan Krampus ini kepercayaan orang gasar yang pernah menduduki rantau Jerman pada zaman dahulu.

Satu filem seram Barat yang bertajuk Krampus yang ditayangkan pada tahun 2015 menunjukkan betapa kejam dan sadisnya si Krampus ini.

Ia juga dipercayai bahawa Krampus ini adalah anak kepada Hel, dewa kematian dalam mitologi budaya Norse.

Kanak Kanak Jahat
Krismas pada zaman ini menceritakan pada malam Krismas, Santa Claus akan terbang rumah ke rumah dan meninggalkan hadiah untuk kanak kanak yang baik.

Namun, untuk kanak-kanak yang nakal pula, Santa Claus akan tinggalkan batu arang untuk mereka.

Tetapi itu adalah versi yang direka untuk menyenangkan kanak-kanak sebelum itu, ia dipercayai asalnya pada malam Desember 5, Krampusnacht atau Malam Krampus, Krampus akan muncul.

Pada keesokan harinya, Nikolaustag, atau St. Nicholas Day, kanak-kanak akan melihat diluar rumah jika kasut mereka mempunyai hadiah atau batang besi.

Sebagai rakan sejawat yang ‘jahat’ kepada St. Nicholas, yang akan memberi hadiah kepada kanak-kanak yang baik, Krampus pula akan melakukan sebaliknya.

Makhluk itu akan memukul kanak-kanak yang jahat dengan dahannya dan meletakkan kanak-kanak tersebut kedalam bakulnya dan membawa mereka ke sarangnya atau neraka bergantung kepada versi cerita itu.

Festival tahunan Krampus


Tradisi pelik yang dikatakan untuk lebih mengenali sifat kehaiwanan mereka.

Setiap tahun di Lienz, Austria, penduduk di situ meraikan satu tradisi pelik dah berabad-abad tahun dikenali orang lokal sebagai Perchtenlauf atau Klaubaufe iaitu Krampus Parade.

Pemuda akan berpakaian seperti Krampus dan mahkluk-mahkluk mitos lain dan berarak di tengah pekan sambil memukul loceng lembu.

Pemuda tersebut akan membuat bising sambil cuba menakut-nakutkan penonton terutamanya kanak-kanak.

Tradisi ini bertujuan untuk mengusir hantu musim sejuk. Tradisi purba ini semakin popular, diraikan di negara lain seperti, Austria, Germany, Slovenia, Hungary dan Czech Republic, setiap dengan variasi lagenda Krampus yang tersendiri.

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/setan-krismas/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.336930 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list